hmmm ni la anak pompuan cek sorang..masa kecik , kecikkkk ja, la ni, tu dia. besaq. makan terlebih cukup. masa time dia, aku suka beli baju online. bbm nama website tu. dalam pantang, asyik order barang ja. la ni dah malaih. rasa macam mahai pun ada. tapi....mana ada yang murah la ni. aku boh dalam blog ni sebagai kenangan untuk aku. insya Allah, kalau hset rosak bleh tgk kat sini ja.
Sunday, 28 May 2017
Throwback..Mohsin At 3
lama dah sangat kan. sebab aku baru transfer semua gambar dalam tab ke pc. baru leh jumpa gambaq ni. ni pun dalam usaha nak delete gambaq yang tak berjenih dalam tu. tinggai yang penting penting ja dah. ni gambaq masa besday dia umuq 3 tahun. mana ntah gambaq makanan yang lain. aku pun dah lupa beli ke dak makanan sampingan. ka potong kek ja. kek pun beli kat damiral..tu ja kedai orang melayu di kulim ni yang kek dia boleh la dari takdak langsung kan. nak tempah tak sempat.
Breakfast Simple
ha, ni sarapan paling senang. nestum je, nak bagi lagi mabeles, masukkan serunding. sekarang bulan posa kan, mesti hampa tengah cari srunding gak untuk raya. kawan aku ada juai serunding ayam dan daging. mai dari kelantan. kelantan memang femes bab serunding ni. aku selalu beli. memang sedap. beli tak banyak, setengah kilo ja. cukup la, bukan ramai dalam keluarga aku yang minat serunding ni. makan dengan ketupat of course, makan dengan roti, makan dengan bubur nasi. apa apa ja pun boleh dong. janji kenyang. harga macam mahai sebab setengah kilo dah rm40 lebih tapi cuba bayangkan proses nak buat. nak masak aku rasa no hal tapi nak tunggu, nak kacau sampai jd cam ni, memang lama. mak mertua aku penah try buat tapi sekali tu ja, lepas tu tak buat dah.lama cek oi.so, kalau ada orang jual, beli, kalau kau rasa mahal jangan beli sebab kalau nak buat sendiri aduhaiii renyah. jangan kau nak murah ja, pikiaq sama kudrat orang yang buat tu...
salam ramadan....
Bihun Goreng Untuk Mak
chewah tajuk cam feeling manja kan? sebenarnya aku saja saja ja goreng bihun ni lepas masak makan tengah hari, hari tu. aku masak lauk very simple. asam pedas dan sambal teluq, ayam goreng ja. so, nak top up la dengan bihun goreng.. aku cadang tak nak makan nasi, bihun ja sudah. nak dijadikan crita, elok ja aku siap goreng bihun, adik aku mesej, kami nak pi rumah hang. ok, mai la. cantik la sangat sebab aku dah siap goreng masak bagai. seperti biasa, aku kalau masak mesti banyak bahan sebab baru puas makan. sayuq campuq, mesti ada, hotdog ,daging..pergh meriah. rasa pun ok,chewah, puji diri sendiri kot.
dulukan, aku rasa macam susah ja nak goreng bihun. tapi la ni, rs mudah sebab alu tengok dekat ig sorang tu masak bihun. aku rendam bihun sat, lepas tu tumis apa yang patut, lepas tu masukkan segala mak nenek sos, boh air pastu masukkan bihun. sementara air nak kering, bihun pun lembut.dah setel.semakin terror aku goreng bihun.
setel bihun aku goreng hari tu.alhamdulillah..
seronok rasa dapat jamu adik, mak, makan makanan yang aku masak.
Tuesday, 23 May 2017
Mission Wrap Yang Sedap Dan Berkhasiat Ya Amat
haii... sihatkan makanan yang aku buat ni. kalau orang diet memang sesuai kot makan nih. ish bukan nak puji tapi sedappp la sangat. weiii puji diri sendiri k..nak sediakan pun simple ja. mission wrap beli ja kat supermarket. ada banyak jenis perasa, bawang putih, ori dan apa lagi ntah. aku tak pernah fix perisa dia..amik ja yang mana bekenan. actually, aku kenai benda ni dari sorang blogger tu. aku ubah suai sikit la bahan bahan nak boh dalam tu. ala makanan kan dia ikut kreatif gak.
bahan bahan untuk inti :
tomato dan bawang besar dipotong dadu dan digoreng sehingga layu
(banyak mana bawang dan tomato, ikut suka)
isi ayam diperap dengan bawang putih, minyak, lada hitam dan serbuk kari
(boleh juga ditambah yogurt. resepi asai guna yogurt tp aku tak boh sebab kalau tak hbs guna yogurt tak tahan lama)
mayonis dan sos
daun salad
karrot yang dipotong memanjang
timun yang dipotong memanjang
mission tu dibakar dalam 2 minit sahaja atas frying pan. 1 minit untk sebelah.
setel dibakar, sapu la mayonis dan sos, alaskan dengan salad, timun dan karot, isi ayam dan tomato + bawang
gulungkan dan potong di tengah tengah
yang aku buat, first tak bleh gulung sebab terlalu banyak bahan. so, ngap ja la tebai tebai tu pun. aku memang masak apa pun suka bahan yang banyak. baru puas makan.
confirm sekeping ja dah kenyang. aku biasa makan 2 keping. itu pun dah rasa teramat kenyang k..
selamat mencuba
Mari Buat Roti
ha amik kau. ni la hasil dari aku pi belajaq buat roti kat rumah komuniti kulim hari tu. old story actually. baru nak boh dalam blog. sebenarnya aku dah penah belajaq dah dulu cara nak buat roti. aku bayaq rm50 utk kelas tu. rupanya, bkn nak mengajaq sangat tapi nak promot noxxa tu. dia punya cerita, kalau tak pakai mesin memang jenuh la lenguh tangan nak menguli doh. berapa lama nak siap. aku pun sampai naik takut dengaq dia crita. rasa macam laaaa nak buat roti camna kalau takdak mesin ajaib la sangat nih. dah masuk clas teruih ja la tadah telinga.
tapi, nasib baik la kawan aku cari sorang lagi cikgu. aku bayaq rm25 ja utk clas tu. senang nak mampuih nak buat roti. tak payah dok risau lenguh tangan nak menguli. aku rasa uli pun dak rasanya nak buat roti nih. basic yang sama,pastu hang nak buat roti ka, piza ka, bun ka, lantak. ikut suka hati. dan cara nak buat pun senang ya amat. lepas dah bancuh, dah campuq itu ini, tinggai ja. pi buat reja lain, senang kan?
ni roti cheese bergula. aku tak tau nama betui tapikan, bila dah tau cara nak buat roti/piza nih, rasa amattttt la rugi kalau beli. sebab dah kita tau kan caranya dan bukan susah sangat pun. baik buat sendiri, puas hati makan.
cara buat roti yang cikgu na ajaq. bahan bahan :
yis sepekt
gula 4 camca
susu pekat 2 camca
air suam secawan
garam secoit (secubit)
kacau bahan tadi tapi jangan terlalu kacau, kacau manja manja ja dalam 5 kali, biaq pi kat dia. ada la dalam 30 minit. mesti yis tu dah naik cantik dah.
adunan tepung :
tepung roti 3.5 cawan
marjerin ka butter ka 2 camca
bread softener 1 camca
bread improver 1 camca
susu tepung 2 camca
teluq sebiji
gaul bagi sebati dan seroi..makna kata elokkkk ja depa sebati.
bila campuran yis dah naik ok, campuq la dengan adunan tepung tadi. biaq la dalam 30 minit. boleh la nak tanak nasi ka apa ka, buat la. bila adunan tadi dah naik, kaup adunan tu, tumbuk tumbuk bagi buang angin. pastu masukkan dalam loyang, buat la bentuk camna pun.. bulat ka, panjang ka. biaq dok dalam loyang sampai adunan tadi naik sekali lagi. haaa makna kata 3 kali naik adunan ni.
parut la cheese dan tabuq gula. bakaq pada suhu 170 darjah dalam 20 minit. setel, sedia untuk di makan.
Sunday, 21 May 2017
Kakak Pi Hotel
ni ayat poyo kakak sebab mak ain bawa dia pi makan kat evergreen laurel hotel, penang. mak kak ain. tok jan belanja. depa ni kalau makan memang mabeles la. makan standard tinggi nih. hotel u..sambut besday pun kat hotel u. ni depa kautim dengan kawan sobri, dapat la special rate. total spend utk 4 family, rm800. pergh ratus tu. hmmm jangan membazir dah la sebab bukan senang nak dapat duit seketui camtu. aku pun tak bayangkan nak makan bufet kat hotel.. rasa amatla membazir nak bayaq banyak camtu. tapi, kalau berduit silakan.cuma jangan membazir..layan ja gambaq seciput nih.
ni la keluarga mak ain. depa 3 beradik ja.
dah besaq camni pun kena berdukung lagi
ni la abah din yang amat dirindui oleh ain setiap masa. serius, kat ayah dia pun dia tak rindu camtu
my daughter..
Mohsin Ain
gambaq ni ketika ikut mak ain di pi spital untuk check up hafizi. rutin medikal check up. kat GH Penang. selalunya depa dua akan ikut sebab lepas pi spital, depa akan pi taman rimba. mandi kolam. tu la rutin depa kalau pi penang. sampaikan anak aku ingat, penang tu taman rimba. lain tempat bukan penang.
mohsin kalau senyum sampai telinga. baju ain pakai tu, beli kat sunway carnival. offer raya. murah sangat. tapi sekrg dah ketat dah. n anak aku memang kurang sangat baju camtu. sampai pernah la kena pinjam baju orang. sebab asik pakai baju yang sama.
Mohsin's Besday
haaaa dah lama baru aku nak boh dlm blog.just utk kenangan. sambutan yang amat simple. jemputan hanyalah abah din n family, pak ngah dia n arif, kami. tu ja. kek pun beli last minit kat damiral cake house, hmmm walaupun aku amat tak minat kek kat situ, but compare to sunflower punya kek lagi rasa tak bleh nak telan kan? so, beli ja la. bagi lengkap majlis. kami makan makan di adila seafood. aku order 2 set makanan, pastu tambah sup ekoq 2 mangkuk dan tomyam. kos semuanya rm 185. dari anggaran asal dalam rm150..lari amat la banyak. apa nak kata, byq ja la. so, ni gambaq yang ada. sebenarnya, aku dan asben tak berapa beria bab sambut sambut ni..just makan, potong kek, sudah. gambaq ni pun dari handset mak ain dia..gambaq guna handset, camtu la..heeeee
the best part is, makan makan ni right on his besday. selalunya lewat..heeeeee
Monday, 15 May 2017
Sakit
tadi, lepas aku pi bagi surat untuk program, aku ikut kawan aku pi ziarah adik dia di spital. dah 3,4 hari dah dok wad. sakit? banyak sangat andaian doktor bagi.tibi, demam denggi,kanser dan yang last sle. tapi, td mak dia bgtau, sle ja. yang lain tu semua salah. sian dia sebab muka dia jadi hitam. hanis kata sebab alah pada antibiotik. dah habis makan antibiotik, 3 hari lepas tu, muka dia jadi hitam. kat muka ja. masa aku masuk dalam bilik dia tu, aku tengok kuruihnya dia..kat paha tu nampak tulang ja rasanya sebab nampak kecik sangat. berat 40 kg..ya Allah..sakit ni mai macam ribut tapi nak lega tu macam siput babi. lambattttt sangat nak ok. syukur dikurniakan kesihatan yang baik. masih ada tenaga untuk nak beribadat. betul la , time sakit, rasa nak beribadat tu memang rasa meruntun runtun sebab masa tu baruuuu ingat kat tuhan. bila sihat, nak buat ibadat bertangguh tangguh. sebab tu kita kena ingat 5 perkara sebelum 5 perkara.
note pd diri sendiri :
stop menaip, pi semayang.. dah pukui berp ni?
Bertangguh Ja
patutnya, 7.5.17 hari ahad hari tu, aku kena masuk wad untuk nak buat operation batu dalam hempedu.tapi aku kansel sebab anak aku yang kecik jadi apa ntah, naik bintik bintik kecik kat badan, macam campak kecik atau orang tua pangge sekam tapi bila pi kat doktor, doktor kata bukan. jadinya aku terpaksa kensel sebab anak aku dok merengek, teriak ja. takkan nak tinggai kat laki aku camtu, dia nak jaga lagi dua orang anak kot. aku pun tak tau nak stay kat wad berapa lama, so, baik kansel ja. nak hantaq kat pengasuh pun macam tak sampai hati. macam menyusahkan depa ja walaupun pengasuh tu mak menakan dia ja. kronologi anak kes anak aku nih :
4.5.17 - khamis
mak sedara dia dah bgtau ada naik bijik bijik merah di kepala, kat muka ada sikit. aku ok ja, mungkin ruam.
6.5.17 - jumaat
aku bawa pi spital kulim. wad kecemasan, doktor kata alergi. anak aku makan apa sebab yang aku tau makanan dia sama ja. tak tukaq. kot tukaq cadar ka sabun mandi ka, sama ja.
dia bagi ubat alergi. sukatan 15 ml..aihhhh banyaknya utk budak yang umur 11 bulan. so, aku tepon tanya balik doktor. jawapannya, memang betul sebab tak pekat.
aku bagi makan malam tu ja..
7.5.2017 - ahad
aku bawa pi klinik taman selasih sebab aku tengok koi naik banyak biji sampai satu badan. kat muka jadi berkeruping. kat hidung terutamanya. macam ruping kudis. kat kepala macam kelemumur yang banyakkkk sangat. tebai.
doktor kata, jangkitan virus tapi tak tau virus apa. aku confirmkan kot kot campak, bukan doktor kata. aku mintak surat sebab aku nak kena jaga dia. lagipun boleh berjangkit dia kata benda ni. dia bagi aku mc 4 hari..best dapat mc tapi tak best anak sakit. anak aku aktif dan tak demam. alhamdulillah. kalau tak lagi kalut.
8.5.2017 - isnin
aku bawa anak pi jumpa pakar di klinik pakar kanak kanak kulim. sebab? aku macam tak confident ja dengan ubat dokotr kerajaan. phuii..eksyen. doktor tu kata, ubat yang klinik kerajaan bagi tu dah betoi dah..dia pun tak bagi ubat tambahan kecuali untuk putih putih dalam mulut ja. dia cadangkan masuk wad untuk on antibiotik, aku kata, takpa, dokotr bagi surat dulu, sy tunggu sampai hari rabu,kalau tak ok, saya akan pi sebab saya akan pastikan anak saya makan ubat dengan sukatan yang betul. so, ok, amik ja surat dulu.
balik rumah aku bagi makan ubat cantik punya, alhamdulillah. sekarang dah ok cuma ada sikit lagi macam mengelupas di kaki. tu ja, nanti ok lah tu...
kesimpulannya..eh eh ok gak ubat kerajaan nih...
then, aku punya operation, kalau sakit baru aku pi spital..atau after raya baru pikiaq nak pi buat kat swasta.
4.5.17 - khamis
mak sedara dia dah bgtau ada naik bijik bijik merah di kepala, kat muka ada sikit. aku ok ja, mungkin ruam.
6.5.17 - jumaat
aku bawa pi spital kulim. wad kecemasan, doktor kata alergi. anak aku makan apa sebab yang aku tau makanan dia sama ja. tak tukaq. kot tukaq cadar ka sabun mandi ka, sama ja.
dia bagi ubat alergi. sukatan 15 ml..aihhhh banyaknya utk budak yang umur 11 bulan. so, aku tepon tanya balik doktor. jawapannya, memang betul sebab tak pekat.
aku bagi makan malam tu ja..
7.5.2017 - ahad
aku bawa pi klinik taman selasih sebab aku tengok koi naik banyak biji sampai satu badan. kat muka jadi berkeruping. kat hidung terutamanya. macam ruping kudis. kat kepala macam kelemumur yang banyakkkk sangat. tebai.
doktor kata, jangkitan virus tapi tak tau virus apa. aku confirmkan kot kot campak, bukan doktor kata. aku mintak surat sebab aku nak kena jaga dia. lagipun boleh berjangkit dia kata benda ni. dia bagi aku mc 4 hari..best dapat mc tapi tak best anak sakit. anak aku aktif dan tak demam. alhamdulillah. kalau tak lagi kalut.
8.5.2017 - isnin
aku bawa anak pi jumpa pakar di klinik pakar kanak kanak kulim. sebab? aku macam tak confident ja dengan ubat dokotr kerajaan. phuii..eksyen. doktor tu kata, ubat yang klinik kerajaan bagi tu dah betoi dah..dia pun tak bagi ubat tambahan kecuali untuk putih putih dalam mulut ja. dia cadangkan masuk wad untuk on antibiotik, aku kata, takpa, dokotr bagi surat dulu, sy tunggu sampai hari rabu,kalau tak ok, saya akan pi sebab saya akan pastikan anak saya makan ubat dengan sukatan yang betul. so, ok, amik ja surat dulu.
balik rumah aku bagi makan ubat cantik punya, alhamdulillah. sekarang dah ok cuma ada sikit lagi macam mengelupas di kaki. tu ja, nanti ok lah tu...
kesimpulannya..eh eh ok gak ubat kerajaan nih...
then, aku punya operation, kalau sakit baru aku pi spital..atau after raya baru pikiaq nak pi buat kat swasta.
Posa Ganti
hampa dah habih ganti posa ka? aku belum. ada lagi 6 hari. lagi seminggu nak puasa. how come lambat sangat nak habis ni? haaa tu dia la, dah tau banyak hari nak kena ganti, lambat start posa ganti. kalau tak habis ganti, malunya muka ya Allah.. rasa malu sangat sebab nak kena ganti cuma 28 hari ja,Allah bagi tempoh 11 bulan untuk ganti, boleh tak habis? hmmm teruk beno aku kalau tak bleh ganti habis. tahun depan confirm kena bayaq fidyah. malukan ?kena bayaq fidyah sebab bukannya aku sakit terlantaq tapi malas nak start awai. ini lah jadinya. ada jugak yang salah paham, bayaq fidyah posa tak kena ganti..silap oiii..posa kena ganti, fidyah kena bayaq. so, hopefully, aku dan la speed bayaq posa sebelum bulan posa.
Subscribe to:
Posts (Atom)