Tuesday 23 May 2017

Mari Buat Roti


ha amik kau. ni la hasil dari aku pi belajaq buat roti kat rumah komuniti kulim hari tu. old story actually. baru nak boh dalam blog. sebenarnya aku dah penah belajaq dah dulu cara nak buat roti. aku bayaq rm50 utk kelas tu. rupanya, bkn nak mengajaq sangat tapi nak promot noxxa tu. dia punya cerita, kalau tak pakai mesin memang jenuh la lenguh tangan nak menguli doh. berapa lama nak siap. aku pun sampai naik takut dengaq dia crita. rasa macam laaaa nak buat roti camna kalau takdak mesin ajaib la sangat nih. dah masuk clas teruih ja la tadah telinga. 
tapi, nasib baik la kawan aku cari sorang lagi cikgu. aku bayaq rm25 ja utk clas tu. senang nak mampuih nak buat roti. tak payah dok risau lenguh tangan nak menguli. aku rasa uli pun dak rasanya nak buat roti nih. basic yang sama,pastu hang nak buat roti ka, piza ka, bun ka, lantak. ikut suka hati. dan cara nak buat pun senang ya amat. lepas dah bancuh, dah campuq itu ini, tinggai ja. pi buat reja lain, senang kan?

ni roti cheese bergula. aku tak tau nama betui tapikan, bila dah tau cara nak buat roti/piza nih, rasa amattttt la rugi kalau beli. sebab dah kita tau kan caranya dan bukan susah sangat pun. baik buat sendiri, puas hati makan.

cara buat roti yang cikgu na ajaq. bahan bahan :
yis sepekt
gula 4 camca
susu pekat 2 camca
air suam secawan
garam secoit (secubit)
kacau bahan tadi tapi jangan terlalu kacau, kacau manja manja ja dalam 5 kali, biaq pi kat dia. ada la dalam 30 minit. mesti yis tu dah naik cantik dah.

adunan tepung :
tepung roti 3.5 cawan
marjerin ka butter ka 2 camca
bread softener 1 camca
bread improver 1 camca
susu tepung 2 camca
teluq sebiji

gaul bagi sebati dan seroi..makna kata elokkkk ja depa sebati.

bila campuran yis dah naik ok, campuq la dengan adunan tepung tadi. biaq la dalam 30 minit. boleh la nak tanak nasi ka apa ka, buat la. bila adunan tadi dah naik, kaup adunan tu, tumbuk tumbuk bagi buang angin. pastu masukkan dalam loyang, buat la bentuk camna pun.. bulat ka, panjang ka. biaq dok dalam loyang sampai adunan tadi naik sekali lagi. haaa makna kata 3 kali naik adunan ni.
parut la cheese dan tabuq gula. bakaq pada suhu 170 darjah dalam 20 minit. setel, sedia untuk di makan. 

No comments: