Saturday 16 November 2013

EDUWIS..MY SON ENROLLED HERE

lawak pulak aku rasa bila aku pi nak daftar anak aku, aku plak kena buat benda kreatif ni.walaupun aku memang tak kreatif..sendiri ngaku ar.tajuknya parenting skill. aku ingatkan nak crita pasai perkembangan anak-anak tapi disuruhnya kami buat benda nih..hahahah kena la kami dua orang.aku pun tengok ke tajuk ajak la mak ain depa ikut sekali.spoil gak la sikit sebab bukan talk..just aktiviti.tu pun sampai jam 6 petang..aku dgn mak ain depa tak tunggu aih sampai pukoi 6..pukoi 5 dah belah balik dah.


nampak tangan mak ain depa dok ralit gunting kertas warna. mummies yang dok nampak dalam gambar tu anak depa dah setahun kat sini.open day..semua parents akan datang.nak register, nak bagi feedback kat sekolah pasai perkembangan anak depa, ok ka tak ok..so far yang aku tanya semua kata ok..very good.ada sorang adik tu br 4 tahun, bleh main piano, nyanyi lagu mandarin, omputih lagi..hopefully, mohsin will be like that.


parents kena buat kreatif work.pakat pulun buat la..ada theme lagi bukan pakai hentam saja k.


ni aku punya artwork..theme my garden..ada bunga sekuntum, caterpillar, ladybird..korang perasan tak apa yang aku buat nih?kalau tak nampak buat2 la nampak. ala cam tak biasa..hahahaah


yang kertas kuning tu mak ain punya hasil kerja..


refreshment..karipap,kek dan ketayap..air oren dan mineral..makan la sikit dah adakan.orang dah jamu, kita makan ja la. bukan kena bayar pun..


contoh hasil kerja ibu2 dan bapak2 sempena teacher's day


 ni lagi.so kena jadi kreatif le aku lepas nih..nanti anak nak bawa pi sekolah.
nak tunjuk kat kawan2.


yang ni depa punya aktiviti.hasil kerja budak tadika


ada piano.semua budak wajib amik.ada singing competition nanti.ish mintak2 la anak aku mau main benda nih.tak sabarnya nak tengok mohsin main piano.


one of the corner..my music


puppets..depa akan ada puppet show..so, anak2 kena amik bahagian.cam best jer cam best jer..

habis buat kerja kreatif, makan sikit, amik gambar sikit, aku dengan mak ain pun pulang dengan gembira..hahaha dah bagi deposit rm500..hutang lagi rm 255. bulanan rm270 dari pukoi 8 pagi sampai le 2 petang..next month, mohsin start dah pi kelas..untuk suai kenal..tadaaaaa

3 comments:

happyichigo♥ said...

Seronoknya!

Unknown said...

Alhamdulillah... Ibu saya salah seorang yang menjadi tulang belakang Tadika Eduwis ni dari mula (dulu namanya Tadika Orkid). Segala pembaharuan, pengolahan modul, semua kami dengar di rumah. Kami adik beradik 'graduan' Tadika Eduwis ni, (atau Tadika Orkid sebelum 'rebranding')

Alhamdulillah, saya masih teringat lagi masa di tadika tu... Saya masuk tadika tu waktu 6 tahun (lambat sikit)... Tapi, Alhamdulillah, sekarang (22 tahun) sedang belajar perubatan di National University of Ireland, Galway... Saya doakan anak2 admin, insyaAllah jika ke sini, akan ikut jejak langkah 'graduan'2 yang lain...

p/s: dulu2 takde belajar main piano, belajar fine dining... Tapi sekarang, kerana 'demand' yang banyak dalam kalangan ibubapa muslim, Tadika Eduwis (yang induk... yang lain tak pasti) mula mengajar Iqra' kepada anak2 muslim... Tadika yang bagi saya, sangat holistik... Walaupun agak mahal, tapi invesment untuk anak2, ialah investment for the future...

Sekadar berkongsi pengalaman....

Anonymous said...

Mkn smua mcm mne ye.. Blh bwk sndiri tak