Monday, 29 December 2014

Percubaan Pertama

aku pun tak tau mai mana idea nak juai dadih. aku dok tercari-cari port nak juai. mula2 sekali aku teringat KMK (sapa yang tau, tau la). tu pun secara kebetulan, aku nak telefon tempat lain, tertelefon KMK. alang-alang dah tepon tanya teruih la, bleh letak dadih dak? alhamdulillah..jawapan yang cukup positif. boleh letak. tapi jangan banyak. dalam 20 bekas sudah. sebab tempat ni pelajar, pelajar tak banyak duit sangat nak berbelanja. oo gitu. aku start la letak kat situ. masalahnya, time la plak. aku kena hantaq awai sangat. sebelum pukoi 7..camna nak hantaq? setakat 2,3 hari ni, aku bleh la hantaq awai sebab laki aku ada.nanti dia pi dok pahang nun, camna?hmmm kena atuq strategi nih. setakat ni, alhamdulillah, dadih aku laku. cuma aku kena pelbagaikan la. sebab satgi orang jemu. so, plan seterusnya, aku nak juai jeli kelapa. orang suka jeli tu. dan aku dapat satu lagi idea apa lagi aku boleh buat untuk dijual..jeng jeng jeng..kena cari tempat baru ler..doakan aku berjaya..

Sunday, 21 December 2014

BR1M 2015

untuk pengetahuan kawan-kawan, kaunter untuk submit borang BR1M dibuka sepanjang bulan ni walaupun hari cuti. cuti Krismas ni pun buka gak kaunter tu. so, sapa2 yang tak hantaq lagi borang bleh submit. bila nak submit, sila bagi sekali potostat ic pemohon, ic waris, ic isteri dan tanggungan. dalam borang yang depa pos aku rasa tak ditulis semua benda tu kecuali disebut ic pemohon, bila kat kaunter baru depa mintak. dah jadi haru dah sebab nak kena potostat plak. cam borang mak mertua aku, aku tulis waris nama asben aku, tup tup ic potostat tak bawak, hmmm kena la patah balik plak. dah rugi masa. pada yang ada orang tua yang tak dak buku akaun tu, kena buat jugak. sakit tera mana pun, bawa mai bank, dok dalam keta, depa akan pi sain borang kat dalam keta.ha..tera tu punya nak suruh buat buku..so, sila la hantaq borang cepat2 kot ada rezki bleh la dapat duit claim..

Wednesday, 10 December 2014

Next Project

untuk next punya plan..nak juai dadih plak.nak buat dadih 2 layer..baru lain sikit dari yang lain kan?semoga aku berjaya..kawan2 tolong doakan saya berjaya. nak harap gaji tak cukup, nak keluaq cari klien untuk insuran, kos jugak sekarang nih. lagipun nak kena set time dengan depa. tapi jangan ingat aku tak buat dah insuran..buat jugak sebab aku minat sharing..tapi ni minta yang baru..heeeee

Tuesday, 9 December 2014

Mak Selalu Kata

mak aku selalu kata
jangan siksa kucing..sebab kucing tu akan doakan kita supaya kaya..heheheh lawak la mak ni..tpi kucing binatang kesukaan nabi kan?
 
mak selalu kata
masa mak kecik2 dulu, rega barang muuurah sangat. ikan baru sekilo 10 sen, tepung baru 1 sen.tanah yang mak aku dok sekarang ni rega rm40 ja.rm40 kay!! kalau rega camtu zaman la ni, mau berpuluh relung aku beli. masa u ayah aku takdak duit, pinjam duit tok. mak aku dah umur 74 tahun..imagine la masa dia umuq 7,8 tahun dulu rega camni la.best kan.?
 
mak selalu kata
baiq la apa laki dia(pak tiri aku) buat apa pun. tuhan ada.tuhan satu ja. bukan 2,3..maknanya, tuhan nampak apa yang berlaku dan dia tahu.kalau ada 2,3 maknanya, ada yang nampak ada yang dak la.
 
mak selalu kata
belajaq la rajin2..mak tak reti pa. mak tak sekolah sebab tok mati masa mak kecik..mak ni nasib la mak menakan sepupu ka camna tak tau la amik bela mak. sebab tu mak terpisah dengan adik beradik dia yang lain.
 
mak selalu kata
kalau kita susah tak sapa nak amik tau. takut kita mintak duit ringgit depa. sebab tu kami susah sangat dulu kami dok sama2 kami ja. mak tak mintak tolong sapa pun. makan ka dak, sendiri2 la.
 
aku bersyukur ada mak yang amat penyayang. rasa menyesal plak masa kecik2 dulu buat perangai. melawan cakap mak..aku doakan Allah panjangkan usia mak aku. apa yang aku paling suka mak masak? nasi goreng bekas belanga. maksudnya, buat sambal tumis ka apa ka, kita amik smabal, sisa yang tinggai tu, boh nasi, goreng balik..sedappppp

Monday, 8 December 2014

Crunchy Jar Crunchy Jar..Mari Mari Mari

ok..kawan2 sekalian..mai sini rapat2..la ni aku dok juai makanan ringan nih..femes gak makanan nih. sapa yang nak order bleh sms aku kat no ni..0124945435 atau whataps aku 0178011859.. sebalang aku juai rm 4.50 ja. kalau tambah lagi bahan mcm letak coklat m&m ka, oreo ka, aku up la lagi 5 kupang. kos penghantaran sendiri naaa. cek tak masukkan dalam nih..ni rega crunchy jar saja.
 
 
ni la dia bisnes aku..takat la ni, aku letak kat kedai makan. cadangnya nak letak dekat stesen petronas, tapi kena kenai tokey dulu la. tapi, aku dah booking satu lot di kedai kek area Macang Bubok, Bukit Mertajam..alhamdulillah..depa memang dok cr orang yang nak letak crunchy ni. walaupun depa kedai kek, tapi nak buat yang ni tak sempat..jadi, aku bleh la cuba letak. kalau ada rezeki, jalan la crunchy ni.. doa banyak2 moga berjaya..kawan2, tolong doakan sama yer..
pesanan akhir..sapa nak order la yer..

Tuesday, 2 December 2014

Bad Or Good News

aku pernah cakap dekat asben aku, kalau dia kena tukaq, aku nak duduk rumah sendiri. tak mau lagi dok dengan mak mertua. buat apa nak duduk sekali, dia bukan ada pun. sebab aku kata macam tu, bos dia dah bgtau masa meeting, nama dia antara yang tersenarai untuk kena tukaq. yess memang betul. surat dah keluar. tapi, jauhhhhnya tempat tu. kat Taman Negara Pahang nun..gila ko, line tepon pun payah nak ada. semalam baru aku tengok surat tu. ada 5 orang yang akan kena untuk batch pertama. semua jauh-jauh belaka. ada yang sampai ke Johor tu.kalau naik pangkat takpa la. ni tukaq biasa ja. hmmm berita baik ka buruk?baik, kalau aku bleh dok di rumah sendiri. tau saja la dok dengan mak mertua macam mana?buruknya bila asben dok jauh sangat plak. takat perlis, penang, perak ok lagi. ni Pahang tu. takkan aku nak ikut sekali. aku kerja kat sini. kat tempat sendiri. semua dah ok dah.hmmm tunggu rayuan la, berjaya ka dak..sabar ja la.

Aku Suka

aku suka..
bila tengok anak anak tidoq..rasa macam depa free ja..takdak masalah..tidoq pulak macam2 gaya. anak aku yang sulung, masa mula tidoq kepala arah lain bila pagi dah arah lain. kadang2 kepala sampai jatuh dari tilam pun tak sedaq. aku la yang kena angkat plak. hehehehe yang adik plak, tidoq lewat, asyik jaga minum susu. semalam 2 kali ooo jaga nak susu. comeyyyy ja aku tengok anak2 tidoq..actually, semua anak2 tidoq comey sebab takdak dosa kot..cuba tengok orang dewasa cam kita tidoq,hmmm tak rasa comey pun.

aku suka
bila anak aku dah pandai request nak makan apa, bila kat kedai makan dia dah tau apa dia nak makan..sukaaa sangat. kadang-kadang dia mintak buat kek. bukan nak makan sangat tapi nak tabuq chocolate rice kat atas kek. aku rasa tu kualiti time aku dengan anak aku.nak pulak bila dia kata, mama masak macam masterchef.
 
 aku suka
bila pi tadika cikgu cakap anak aku ni bagus. tapi biasa budak2 ada peel dia. time senyap, senyap lah dia, time mulut bising, pot pet pot pet ja. bila cikgu bagitau dia malas buat kerja sekolah, aku diam ja sebab aku tau, dia tak suka kerja sekolah. aku biarkan ja. kadang2 buku dia baca sehelai ja pun sehari. biar lah, budak lagi

aku suka
bila anak aku banyak bertanya. banyak bercakap. tengok tu tanya, tengok ni tanya. walaupun kadang2 aku malaih gak nak menjawap secara detail, jawap ja ala kadar sebab bila terang dengan panjang lebar, banyak plak soalan akan datang.heee jawap simple ja