Sunday, 15 March 2015

Loghat Utara

 hampa try jawab tengok..

tulong dengag habih-habih na...toksah dok tebiang satni hang muleh kot

ayat di atas kedengaran dalam satu perbualan antara 2 sahabat. ayat tersebut merupakan ayat :
a) nasihat
b) amaran
c) gurauan
d) pujukan

awat la yang hang dok tahana kat menatang, depa bukan reti apa...

"tahana" dalam ayat di atas merujuk kepada :
a) membelai
b) mendera
c) memberi makan
d) memandikan

susunkan perkataan-perkataan di bawah mengikut turutan yang paling dekat hingga paling jauh

i- tengalong
ii- baling
iii- punggai
iv- hawin
v- tauk

ok lah kawan2..takat ni dulu kita belajaq bahasa utara..lain kali cek sambung na...

Believe It Or Not



** ikan parang tidak boleh digunakan untuk menebang pokok
** walau maju macammana pun, Pekan di Pahang tetap akan disebut Pekan
** air sebenarnya tidak boleh dicincang tapi ditarik.cthnya: teh tarik
** satu2 benda yang tidak bernyawa dan tidak hidup tetapi boleh melahirkan ialah surat beranak
** sumbu yang ada pada badak sumbu tidak boleh dinyalakan dan dicucuh
** kawasan yang mempunyai ibu tunggal dan boleh dipercayai adalah di Janda Baik
** tempat tertinggi di Malaysia bukannya di Gunung Kinabalu tetapi di Kota Tinggi Johor
** kakak tua tidak tahu yang dia adalah saudara lebih tua dari adik beradinya
** burung tukang tidak boleh diharapkan untuk membuat rumah
** tempat paling kecil di Malaysia ialah Setapak
** kuda laut tidak boleh berlumba
** walaupun licin, penduduk di Lumut tidak jatuh ketika berjalan
** Pasir Mas di Kelantan tidak laku jika di bawa ke pajak gadai

Wednesday, 11 March 2015

Mama Tak Sayang Abang

mama tak sayang abang..mama tak sayang abang kan?mama sayang adik ja....hmmmm tu la ayat mohsin kalau nampak aku lebihkan adik dia..kalau aku pangge sapa nak sayang mama, kalau yang mai peluk aku adik dia, siap la...dia kata tu la..kalau dia dulu takpa la..anak aku yang sulung ni cukup kuat merajuk..siap nangis nangis lagi..dasatttt..adik dia steady ja..tapi adik dia memang laaaaa garang.silap sikit ja, siap la naik tangan..tengah dok melawak pun dia bleh penampaq abang dia..kasaq lawak anak aku yang pompuan nih..tapi, depa ni suka buat benda yang sama masa minum susu..depa suka main hidung aku. bila nak minum susu, aku kena tidoq kat tengah2 sebab, abang nak tidoq ataih tangan aku..adik nak main hidung. kadang2 berebut nak pegang hidung..abang akan kata, kita pegang hidung mama sampai penyet..hidung mama penyet..ada ka kata camtu..nak kena budak ni..hehehhe kadang2 sebab pakat2 nak pegang,aku suruh abang pegang telinga aku..setel..tak yah berebut..

GST Nak Mai Dahhhhh

bulan depan stat gst dah..hampa camna rasa? aku rasa cam terbeban ja..aku baca buku kecik yang pejabat penerangan keluarkan..kalau sebelum gst kita bayar rm50 tapi bila dah kena gst, kita kena bayaq rm56.. tang mn, kita rakyat yang bergaji kecik nak jimat nih? tang mana yang kata untung rakyat nih? baru-baru ni, ada plak whatsapp kata kita pakai kad bank akan kena caj..kalau keluarkan rm1000 kena caj rm60..biaq betoiii..cam ni, aku nak amik gaji cash la. bayangkan bila semua staf nak gaji cash, aku rasa pening kerani kewangan jabatan aku..time gaji ja, pejabat kosong sebab pakat2 nak amik gaji. tambah kami di Kulim, kena amik gaji di Alor Setar nuh..tu dia.. kena amik cuti la gamaknya..takpun, pakat beratuq ramai-ramai kat bank.sebab amik guna buku..tu diaaa,,sebelum bank bukaka ja, penuh dah depan bank dengan customer yang nak withdraw duit..kahkahkah mesti kelakar..tapi kalau kena caj sungguh, tak mustahil la orang akan buat camtu..termasuk aku la tewwww..anyway, kita tunggu dan lihat..dah jenuh kita tunggukan, wait another fews day to go..jeng jeng jeng..suspen jer kan???

Tuesday, 10 March 2015

Tujuh Sunnah Nabi SAW

zaman sekarang ni kan zaman teknologi..dalam whatsapp aku macam-macam masuk mesej.ada yang sampai tak dan nak baca.ada yang post gambaq yang sama ja selalu..ada yang post gambaq merepek ..kalau yang macam tu, aku delete ja. nyampah. tapi nak tekan clear conversations sayang plak sebab ada mesej yang memang baguihhhhh sangat. sebagai renungan, perhatian dan tindakan kita. ni yang aku nak share.nanti ada masa aku taip yang lain plak..kalau la..hehehe

sunnah pertama :
Tahajjud - kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. pastinya, doanya akan mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir kepadaNya.

sunnah kedua :
membaca Al-Quran sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, mata kita membaca al-quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. paling tidak, jika sesibuk mana pun kita, bacalah 3 qul dan ayat kursi

sunnah ketiga :
jangan tinggalkan masjid terutamanya di waktu subuh. sebelum melangkah ke mana pun, langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid

sunnah keempat :
jaga solat dhuha. kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki

sunnah kelima :
jaga sedekah setipa hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah. malaikat sentiasa mendoakan orang yang selalu bersedekah. percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

sunnah keenam :
jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. orang yang selalu berwudhu senantiasa  ia akan merasa selalu solat walaupun ia sedang tidak solat dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa..ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah

sunnah ketujuh :
amalkan istigfar setiap saat..kerana dengan istigfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

cubalah amalkan apa yang termampu..aku pum banyak yang tak bleh nak buat secara maintain. ada yang buat, ada yang dak..ada yang paaaayah sangat nak buat. sapa yang dapat amalkan secara maintain..alhamdulillah la kan? takpa, kita cuba sikit-sikit..bukan mudah nak mendidik hati nih..

selamat beribadat..
(ni aku copy dar whatsapp..kalau ada yang salah..maaf lah yer)

Mana Pi Ni???

last week aku kena pi kusus di PLAK Sg Petani. hmmm time gini la kasut takdak.aku pun pelik, mana la hilang kasut nih. baru ja beli masa program tilawah hari tu..chek dalam almari takdak..chek kat opis pun takdak gak. nak pakai apa pi kusu nih? hmmm kena la pi beli kasut baru. shining lagi kasut tu..kasut lebih menyerlah dari baju dan aku. hahhaha
aku beli kat Giant, Kulim. kedai kasut apa ntah. lupa dah tapi kat kasut tu tulis Seegirl..murah ja kasutnya. cari yang ofer la.gila tak ofer time awal bulan nih. dah la gaji bulan lepas dapat awai..gila..yakye yakye..habis terpakai duit untuk bayar insurans..tak bayar la aku bulan lepas..kehkehkeh..wrong management money..
ok..dah beli baru, tak tau mana pi kasut tu. cari dalam keta pun takdak..gagau bawah kusyen pun takdak..consider tak tau letak kat mana la. dah..lupakan hal tu.. tapikan, aku cari macam mana tak tau la, kalau orang kata cari dengan hidung marah sebab masa anak aku dok main dalam keta, laaa jumpa kasut aku tuh..dok bawah kusyen sebelah driver..ishhh ada rupanya,,ingat kat mana la pi kasut tu..hmmm rugi duit beli kasut baru..dah tengah sengkek nih..nasib laaaa badan..jenuh la nak berjimat cermat time-time camni nih..duit dalam tangan koi kecik..hehehhe

Saturday, 7 March 2015

Short Trip To Jerantut

sempena cuti raya cina hari tu, aku amik cuti seminggu..actually 4 hari ja sebab cuti Raya Cina hari Kamis dan Jumaat. hari Ahad ganti yang hari Jumaat tu. jadinya 4 hr ja hari bekerja. aku ikut asben aku pi Taman Negara Kuala Tahan. dia balik, lepas tu pi balik sebab nak hantaq motor. susah gak kalau harap ke keta ja nak bergerak ke mana2 kan..so, pinjam la Mazda 4x4 abang dia sat. kebetulan, abang dia g umrah..pinjam Mazda, pastu, aku amik cuti, kami pun pi la ke Taman Negara..matlamat : hanya nak hantaq motor.. so, pukoi 6.30 pagi kami bertolak dari rumah ke Kuala Tahan. berenti sat utk makan pagi di RnR Tapah..pastu sambung balik perjalanan. kami masuk kot Kuala Kubu Baru..pi ikut situ, lalu kot Genting Sempah..masuk la sikit kot Genting Highland..rasa la sejuk sikit..turun dari situ, singgah sat di Mini Cameron..bukan ada apa sangat pun.ada kebun strawberi yang kecikkkk tu. ada tempat jualan..ada mini cultural apa ntah..cam mahai ka caj. aku tak amik pot pun.nak kutip strawberi, bayaq rm8 utk 100gm ja..hmm cam mahai la plak dari cameron highland..ala nama pun mini, bukan la sebijik cam CH kan? ada tempat tanam salad..salad je? hmmm ada tempat tanam cendawan tiram..ada la seciput tempat dia..bleh la takat nak tengok cendawan tiram..pastu, sambung balik ke Kuala Tahan..kami sampai di Jerantut dalam pukoi 3 petang gitu. aku tak pikiaq panjang dah, pi tala kat hotel yang dekat bus station tu, teruih ja amik..ala hotel bajet ja pun.Hotel Inderapura .bilik family rm88 ja.2 katil queen size, ada bilik air, ada tv yang ada astro, tuala 2 lai ja..bajet dok 4 orang kot..bagi la lebih sikit. tu pun tuala nipis ja..amik ja la. dah la aku pun tak bawa towel sendiri. dok bajet tuala depa bagi cukup macam masa aku pi dok di Perlis hari tu. petang tu, tak tau apa nak buat aku pi ronda kedai2 dekat dengan hotel tu..hmmm pasar malam pun ada tapi kecik ja la..boleh la beda lepas boring.. pagi esoknya, lepas sarapan, kami chow balik..sebelum tu pi Kuala Gandah dulu, tengok gajah..

Sunday, 1 March 2015

Ar-Rahnu YAPEIM

korang pernah ke Ar-Rahnu Yapeim? aku pernah dengaq nama dan pernah jugak jemput depa mai program aku. tapi aku tak pernha guna servis depa. so, mak mertua aku dengan adik beradik dia pi umrah baru ni, jadi barang kemas depa nak tinggai kat aku untuk aku jaga sebab aku tak pi mana asalnya. tapi, aku pun tak teringat yang aku nak ke pahang, nak pi hantaq motor laki aku. jadinya, takkan nak tinggai kat rumah barang kemas tu masa kami takdak kan? kot satg pencuri masuk ka apa ka tak ka naya. bukan la mintak tapi kita beringat. sebelum aku ke pahang, aku pi la kat Ar-rahnu..pi simpan barang kemas mak mertua dengan cu aku..boleh tahan gak value barang depa.bila nak simpan kat sini, kita kena jugak buat pinjaman. minimum rm10. sebab nak simpan saja tak bleh la, kan depa pajak gadai.ok la, aku setuju, yang penting barang selamat aku tak payah susah hati. barang yang aku simpan tu dipecahkan kepada 3 resit bermakna aku pinjam rm30 la. sebab 1 resit rm 10 pinjaman. barang yang disimpan dikira caj harian. jadinya, barang mak mertua aku kena caj dalam rm5 sehari dan barang cu aku dalam rm7 sehari. selamat dah..lega aku..tunggu depa balik, aku bawa mai Ar-rahnu, bayar la caj simpan tu. amik balik barang. senang crita. sebab simpan di sini ada cover insurannya..jadi apa2 depa tanggung la..tapi mohon selamat la semuanya..tak nak la dengaq kena rompak ka, kena pecah masuk ka..ishhh nauzubilah benda2 gitu jadi kan? so, kawan2 yang nak pergi bercuti kalau barang kemas tu dah banyak, hantaq la kat situ, biar dema jaga kan untuk kita..