Saturday, 7 March 2015

Short Trip To Jerantut

sempena cuti raya cina hari tu, aku amik cuti seminggu..actually 4 hari ja sebab cuti Raya Cina hari Kamis dan Jumaat. hari Ahad ganti yang hari Jumaat tu. jadinya 4 hr ja hari bekerja. aku ikut asben aku pi Taman Negara Kuala Tahan. dia balik, lepas tu pi balik sebab nak hantaq motor. susah gak kalau harap ke keta ja nak bergerak ke mana2 kan..so, pinjam la Mazda 4x4 abang dia sat. kebetulan, abang dia g umrah..pinjam Mazda, pastu, aku amik cuti, kami pun pi la ke Taman Negara..matlamat : hanya nak hantaq motor.. so, pukoi 6.30 pagi kami bertolak dari rumah ke Kuala Tahan. berenti sat utk makan pagi di RnR Tapah..pastu sambung balik perjalanan. kami masuk kot Kuala Kubu Baru..pi ikut situ, lalu kot Genting Sempah..masuk la sikit kot Genting Highland..rasa la sejuk sikit..turun dari situ, singgah sat di Mini Cameron..bukan ada apa sangat pun.ada kebun strawberi yang kecikkkk tu. ada tempat jualan..ada mini cultural apa ntah..cam mahai ka caj. aku tak amik pot pun.nak kutip strawberi, bayaq rm8 utk 100gm ja..hmm cam mahai la plak dari cameron highland..ala nama pun mini, bukan la sebijik cam CH kan? ada tempat tanam salad..salad je? hmmm ada tempat tanam cendawan tiram..ada la seciput tempat dia..bleh la takat nak tengok cendawan tiram..pastu, sambung balik ke Kuala Tahan..kami sampai di Jerantut dalam pukoi 3 petang gitu. aku tak pikiaq panjang dah, pi tala kat hotel yang dekat bus station tu, teruih ja amik..ala hotel bajet ja pun.Hotel Inderapura .bilik family rm88 ja.2 katil queen size, ada bilik air, ada tv yang ada astro, tuala 2 lai ja..bajet dok 4 orang kot..bagi la lebih sikit. tu pun tuala nipis ja..amik ja la. dah la aku pun tak bawa towel sendiri. dok bajet tuala depa bagi cukup macam masa aku pi dok di Perlis hari tu. petang tu, tak tau apa nak buat aku pi ronda kedai2 dekat dengan hotel tu..hmmm pasar malam pun ada tapi kecik ja la..boleh la beda lepas boring.. pagi esoknya, lepas sarapan, kami chow balik..sebelum tu pi Kuala Gandah dulu, tengok gajah..

No comments: