Tuesday, 10 March 2015

Tujuh Sunnah Nabi SAW

zaman sekarang ni kan zaman teknologi..dalam whatsapp aku macam-macam masuk mesej.ada yang sampai tak dan nak baca.ada yang post gambaq yang sama ja selalu..ada yang post gambaq merepek ..kalau yang macam tu, aku delete ja. nyampah. tapi nak tekan clear conversations sayang plak sebab ada mesej yang memang baguihhhhh sangat. sebagai renungan, perhatian dan tindakan kita. ni yang aku nak share.nanti ada masa aku taip yang lain plak..kalau la..hehehe

sunnah pertama :
Tahajjud - kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. pastinya, doanya akan mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir kepadaNya.

sunnah kedua :
membaca Al-Quran sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, mata kita membaca al-quran terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. paling tidak, jika sesibuk mana pun kita, bacalah 3 qul dan ayat kursi

sunnah ketiga :
jangan tinggalkan masjid terutamanya di waktu subuh. sebelum melangkah ke mana pun, langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkatan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid

sunnah keempat :
jaga solat dhuha. kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki

sunnah kelima :
jaga sedekah setipa hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah. malaikat sentiasa mendoakan orang yang selalu bersedekah. percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

sunnah keenam :
jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. orang yang selalu berwudhu senantiasa  ia akan merasa selalu solat walaupun ia sedang tidak solat dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa..ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah

sunnah ketujuh :
amalkan istigfar setiap saat..kerana dengan istigfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

cubalah amalkan apa yang termampu..aku pum banyak yang tak bleh nak buat secara maintain. ada yang buat, ada yang dak..ada yang paaaayah sangat nak buat. sapa yang dapat amalkan secara maintain..alhamdulillah la kan? takpa, kita cuba sikit-sikit..bukan mudah nak mendidik hati nih..

selamat beribadat..
(ni aku copy dar whatsapp..kalau ada yang salah..maaf lah yer)

1 comment:

kakrose said...

Baguslah share yg bermenfaat. Yg merepek2 tu dgn orang2nya sekali kita delete..