Tuesday, 16 January 2018

Alhamdulillah

itik dan ayam tinggal sereban
     nasi dan dedak jadi makanan
sengketa lama kita lupakan
     semoga persahabatan berkekalan

indah sungguh suasana pagi
    cantik dan segar rasa di hati
kawan yang baik kita hormati
    barulah persahabatan akan harmoni

berakit ke hulu, berenang ke tepian
   ikhtiar kita untuk berjaya
janganlah kita makan kawan
   kerana itu kawan teraniaya

aku tak pandai bab pantun, tapi gagah jugak la nak taip. alhamdulillah, selesai sudah isu yang terpendam sekian lama.
sengketa yang ada telah diselesaikan. itulah kita, adat berkawan, ada yang ok, ada yang tidak. kalau tak ok, kita betulkan tapi bergantung juga pada keadaan, ada yang boleh terima, ada yang tidak. 
sebenarnya, kadang kadang berpunca daripada salah faham sebab kita mendengar cakap orang. bila dengaq cakap orang ni, maka, crita yang pendek akan jadi panjang. sudahnya, kita ni akan bercakaranlah jadinya. itu yang bahaya. biasalah manusia, ada salah dan silapnya.
alhamdulillah.. semoga kejadian yang berlaku ini akan jadi iktibar dan pedoman pada kita semua.


** ini adalah masalah kemelut yang berlaku di opis aku.



Aku dan Sandwich

hai kawan kawan.. aku sekarang dah juai sandwich. setiap hari aku akan letak sandwich dekat kedai kak ti putih. sebab apa pangge kak ti putih, sebab dia memang putih. albino gitu. idea juai sandwich ni wujud selepas aku buat sandwich kat anak aku hari hari. jadinya, dari aku buat kat dia aja, baik aku juai sekali. bukan banyak pun. 5 pek ja sehari. tambah yang kawan kawan order se pek dua, jadila 7 pek. se pek aku juai rm2..komisen kat kak ti, 2 kupang. jadila. nak kira modai, memang aku pun tak reti sebab , ye la, beli roti, aku makan jugak, beli salad, aku pun makan salad jugak. jadinya , aku kira yang asas saja la. roti, bekas sandwich dan inti sandwich saja. sardin ka teluq. seronok tau buat sandwich ni.

 kenapa sikit sangat? sebab market ni tak besaq. orang yang mai market ni tak seramai market di Kulim. yang tu memang ramaiiiii sangat sangat. ni kami pangge market cina sebab penjual dan pembeli banyak cina, yang melayu ni sikit ja. india pun sama, sikitttt ja. nak parking keta pun kena berebut dengan orang yang mai market. tu sebab selalu kena saman parking sebab dah takdak parking, kena la buat double line. dah kena saman sebab parking luaq kotak, nak parking dalam kotak camna dah parking penuh. selesai time market, baru la ada parking. itu la rutin kami ni ha. 

ni sawan nak masak aku dah mai nih. cadang nak buat almond london juai plak. sebab anak aku suka makan biskut tu. tengok, apa anak aku suka makan ja aku buat. pastu, juai la sikit sikit. bukan nak buat untung sangat pun. eh , lupa nak maklum, aku dah stop jadi agen insuran HLA. yang ni insuran konvensional tp ada islamic fund. bila aku pi kursus takaful, baru la aku tau beza konvensional dan takaful. sebelum ni, aku cuma tau asas yang amat simple. konvensional ibarat beli kat Tesco, ada juai barangan non halal. kita pembeli kena pilih yang halal ka haram. kalau takaful, semuaaaa yang di jual adalah halal. cam kita pi halal mart la kekdahnya. hmmm ada lagi la bezanya. tengoklah, kalau rajin, mungkin buat takaful plak. 

Sunday, 7 January 2018

The Carnival Sg Petani

Dah banyak hari anak aku ain dok mintak nak mandi kolam..amik balik dari tadika ja,tanya,boleh mandi kolam dak petang ni?dua tiga hari ni,asik tanya soalan sama ja. Stress aku. jadinya, aku pun plan ke The Carnival, water theme park hari sabtu lepas. dari kampung , teruihhh kami ke sg petani. amboiii nak mandi kolam sangat dia. haaa aku bawa mai sini. tapi a bit leceh sebab bawa si kecik tu, dia tak bleh mandi. bukan tak boleh sebab apa , sebab aku tak mandi sekali. abang dengan kakak dia ja yang mandi. walaupun ada pampers yang water proof tapi aku tak beli pun. berapa rega pun tak tau. 



jadinya jenuh la kami menunggu depa dua mandi. tiket masuk , rm 96 utk kami berempat. dua dewasa , dua kanak kanak. bawah 3 tahun tak kena bayaq. kalau tak bawa baju mandi, dun wori, ada dijual di sini dengan harga serendah rm5. key chain, pelampung semua berbaloi la aku rasa. tak mahai mana. bagi aku affordable, bagi hampa yang banyak duit, lagi laaaaaa mampu dak?
kami dok dalam ni 2 jam saja sebab aku pun dah berpeluk ketiak jaga anak aku yang kecik ni. sepatutnya , kena dok dalam tu 5 jam, baruuu berbaloi dengan duit yang dibayar tapi apakan daya, mukhlis dah cemuih dan aku pun dah letih jaga dia. so, kami cabut awai. 

lepas habis mandi situ, kami makan kfc kat tepi econsave ja. yang dekat dengan bandar puteri jaya tu ja. kos makan rm 34.90. plan nak mai lagi sini. tapi without mukhlis. sebab aku nak berendam sama. nak naik glider tu semua. walaupun kecik dan tak la semeriah lost world tapi ok la bagi aku sebab peraturan pakaian mandi yang tak ketat sangat. pakai seluar track pun boleh. 

Thursday, 4 January 2018

Hari Hujan

Di kulim,hujan turun mencurah curah dari awal pagi td. Memang lebat. Baju dah 2 hari tak berbasuh. Bayangkan 5 orang punya pakaian. Pagi td,aku mesin jugak baju.3 trip. Nak keluaq pi kedai dobi utk pekering baju,hujan masih lagi lebat. Kena tunggu dulu ,keluaq beli sayuq dengan mukhlis,dalam hujan jugak.nasib kau nak.suruh dok rumah dgn abang tak mau.nak ikut.ha meh kau. Berpayung,berdukung beli sayuq.
Menu tengah hari ni,bihun hailam. Aku beli bihun kat kedai dalam taman selasih ni..aiseyyyy hancuq bihun tu bila aku celuq.selalu aku guna cara yg sama tp guna bihun tesco ok ja..ni hancuq plak. Memang tak bleh blah.nasib ada sepeket lagi bihun tesco spare. Celuq ja la yg tu.sebab aku nak bw balik kg bihun hailam ni.la ni,blik kg,bw balik makanan siap siap sebab senang. Buka taperware dah boleh ngap. Tu dah jadi rutin aku sekarang ni. Mak aku sakit lutut.anak aku plak tak mau kat org.kat mak aku pun dia tak mau.jdnya mcm mn nak masak.abang dgn kakak dia bila blik kg ada ja la keja nak buat.bkn nak tengok adik. Solutionnya masak la siap siap.kalau tak masak siap siap pun,bahan yanga nak masak tu mesti dah ada dan siap potong. Bila sampai rumah,zap zap zap terus masak.jimatttt masa.bleh menyembang dgn mak lama sikit.
Pagi ni juga,aku dpt msg ayah, Zu,kwn opis aku telah meninggal dunia jam 2.15 pg td. Al fatihah utk arwah ayah zu.semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman dan beramal soleh. Aminnnn. Aku br balik pekering baju di kedai dobi dekat opis aku. Seronok sebenaqnya guna pengering ni.jimat masa tak pyh sidai kecuali yang agak tebal. Masa pi pekering baju tu,sementara nak tunggu kering aku gi lepak kat kedai 24 jam tu sat.pasti masuk dalam keta. Aku tak berani nak tunggu kat kedai,kot la ada penyamun ka mai samun,naya ja aku.ada duit ka takdak duit ka bukannya mat penyamun ni kira.baik aku tunggu dalam keta ja. Cukup masa,masuk dlm kedai amik baju,balik teruih.setel bab baju. Dunia dah moden,senang ja sekarang ni. Kalau dulu jenuh la nak tunggu baju kering. Syukur pada kemakmuran dan kemajuan yang ada.cuma kena guna dgn baik ja la.kalau guna cara tak baik,hancuq la hidup.

Baii..nak simpan dengan ready baju nak balik kg...


Tuesday, 2 January 2018

Azam

azam? kau ada? aku takdak nya azam azam nih. tapi aku ada wish list nak aku buat tahun ni.
* nak banyakkan amal ibadat. yang wajib nak dijaga betul betul, yang sunat nak ditambah.
* nak faham apa yang dibaca dalam solat. alfatihah ja aku betul betul ingat, yang lain ke laut la. 
* ustaz pesan, kn hafal surah surah pilihan mcm al mulk. baru la boleh baca di mana mana saja dan bila bila saja.
bila kita mati, surah tu akan bersama dengan kita sebab kita hafal.
* al quran, kena baca setipa hari bukan selang selang hari. whatsap kau boleh baca selalu, quran payahkan nak baca.
* pelajaran anak anak nak dipantau dengan baik dan terancang.
* sedekah perlu. haaa bab ni payah ni sebab memikirkan apa yang nak disedekahkan. tapi akan diusahakan
* hmmm itu saja la kot yang nak dilakukan dengan kesungguhan. sungguh la sangat. tapi saya akan cuba.

selamat tahun baru guys!!!

Riding To Penang

haaaa ni nak crita. first time la dalam hidup aku ni ha, aku naik motor pi penang. sebelum ni, dari rumah aku pi pasar malam ja. ni, sampai ke penang aku pi. saja la, aku nak try. camna rasanya naik motor sampai penang. elehhh apa la sangat penang tu..memang la pada yang besa naik motor pi penang. nothing la. bagi aku yang first time ni, ha jakun la sikit. aku naik motor dengan laki aku. dia kan selalu berulang kulim - penang.
kami pi awai, pukui 8 dah bertolak dari kulim. cari apa ntah kuaq awai awai ni. nak elak jem. sebab hari tu, hari jumaat.tarikhnya 29.12.2017. perghhh naik la motor kami berdua. perjalanan berjalan lancar dan kami berhenti makan pagi di Deen Nasi Kandar Jelutong. adoiiiii aku macam tengok penang dari sudut berbeza. sebab aku rasa, alahai keciknya tempat ni. jalan sempit, rumah banyak. selalu aku pi e-gate, tak nampak crowd sangat kawasan tu. makan nasi kandar pagi pagi. orang belum beratuq lagi. nasi kandar ni, pi la tang mana pun. kedai makan satu malaysia dan yang paling win, ayam goreng ler. di mana mana kedai pun sodapppp. bagi aku la.
ni yang aku makan. nasi separuh, jelata, timun, nenas, bawang tu, ayam bahagian dada seketui, kasi potong, milo suam. aku rasa yang aku rm 7.70 tak termasuk air. setel makan, kami bergerak ke opis asben aku. nak tukaq motor sebab kami naik motor orang. motor pinjam. bukan sendiri punya. saja la naik motor tu dah asben aku tolong setel tayar yang pancit. bawa balik teruih. apa punya pesen depa ni, tolong setel, bawa balik motor. senang pulak bagi bawa balik. trust.

haa, ni la minah rider hari tu. ishhh seronok sungguh naik motor ni. masih awal dan bersemangat nih. sampai kat opis asben., tukaq motor, naik motor sendiri. nak pi mana? singgah la ke Padang Kota, kononnya nak makan pasemboq, tapi apakan daya, kedai bukak pukui 12. aku sampai awai. yang lawaknya, aku dah pi beratuq, baru tanya, nak pasemboq, pasemboq start juai pukui 12, yang dok beratuq panjang tu nak beli mi goreng sotong yang femes tu.yang kaler merah, ada sotong depa boh atas mi tu. femes ni beratuq panjang orang nak membeli. cina ka melayu ka india ka semua nak makan. masuk the star some more. 
ni ja la yang aku order kat situ. ais kacang rm4.00. fort cornwallis tengah di tambah ka baik pulih ntah la dia punya kawasan tu. boleh masuk tapi yang sebelah tempat makan tu ditutup. ok. setel makan ais kacang, kami decide kita balik ja la. nak pi mana lagi. rasa macam kurang la bila berjalan takdak anak anak nih. kat situ ada padang, dulu tranformers depa display kat situ la. la dah ubah pi tang lain. ada playgroud, boleh la anak anak nak main. teduh plak tu. dekat situ juga ada satu lagi palyground, for me, kalau kita ni bajet nak bawa anak main main dengan bajet sikit, kat sini pun ok. sebab nak masuk theme park ka tempat main main yang bercaj tu, mahai, boleh la bawa mai sini. konsepnya, anak anak merasa la makan angin jugak. budak budak bukannya tau tempat tu exclusive ka apa, yang penting, keluaq berjalan ada main main. yang gatai nak memilih tempat tu kita ni ha.
 dari plan nak teruih balik, kita tukaq pikiran, pi queensbay. saja jalan nak cari baju ain. lastly takdak yang berkenan, makanya, lunch lah kami di subway. aku suka makan kat subway tapi sampai sekarang aku sebenarnya tak tau order. aku pakai sebut ja. proper punya aku tak reti. hahahah sebab tu masa bayaq aku akan confius, tadi tengok rega cam lain, ni kena bayaq rega lain plak. sabor je la. 
on the way, balik, sampai kat kubang semang ja, hujan turun dengan lebatnya. bertabahlah naik motor dalam hujan hujan lebat tu. best ooooo. sampai rumah lencunnnn. aku dah rasa cam nak demam. nasib la tak demam. best experience naik motor. rs nak naik motor lagi.