Tuesday 2 January 2018

Riding To Penang

haaaa ni nak crita. first time la dalam hidup aku ni ha, aku naik motor pi penang. sebelum ni, dari rumah aku pi pasar malam ja. ni, sampai ke penang aku pi. saja la, aku nak try. camna rasanya naik motor sampai penang. elehhh apa la sangat penang tu..memang la pada yang besa naik motor pi penang. nothing la. bagi aku yang first time ni, ha jakun la sikit. aku naik motor dengan laki aku. dia kan selalu berulang kulim - penang.
kami pi awai, pukui 8 dah bertolak dari kulim. cari apa ntah kuaq awai awai ni. nak elak jem. sebab hari tu, hari jumaat.tarikhnya 29.12.2017. perghhh naik la motor kami berdua. perjalanan berjalan lancar dan kami berhenti makan pagi di Deen Nasi Kandar Jelutong. adoiiiii aku macam tengok penang dari sudut berbeza. sebab aku rasa, alahai keciknya tempat ni. jalan sempit, rumah banyak. selalu aku pi e-gate, tak nampak crowd sangat kawasan tu. makan nasi kandar pagi pagi. orang belum beratuq lagi. nasi kandar ni, pi la tang mana pun. kedai makan satu malaysia dan yang paling win, ayam goreng ler. di mana mana kedai pun sodapppp. bagi aku la.
ni yang aku makan. nasi separuh, jelata, timun, nenas, bawang tu, ayam bahagian dada seketui, kasi potong, milo suam. aku rasa yang aku rm 7.70 tak termasuk air. setel makan, kami bergerak ke opis asben aku. nak tukaq motor sebab kami naik motor orang. motor pinjam. bukan sendiri punya. saja la naik motor tu dah asben aku tolong setel tayar yang pancit. bawa balik teruih. apa punya pesen depa ni, tolong setel, bawa balik motor. senang pulak bagi bawa balik. trust.

haa, ni la minah rider hari tu. ishhh seronok sungguh naik motor ni. masih awal dan bersemangat nih. sampai kat opis asben., tukaq motor, naik motor sendiri. nak pi mana? singgah la ke Padang Kota, kononnya nak makan pasemboq, tapi apakan daya, kedai bukak pukui 12. aku sampai awai. yang lawaknya, aku dah pi beratuq, baru tanya, nak pasemboq, pasemboq start juai pukui 12, yang dok beratuq panjang tu nak beli mi goreng sotong yang femes tu.yang kaler merah, ada sotong depa boh atas mi tu. femes ni beratuq panjang orang nak membeli. cina ka melayu ka india ka semua nak makan. masuk the star some more. 
ni ja la yang aku order kat situ. ais kacang rm4.00. fort cornwallis tengah di tambah ka baik pulih ntah la dia punya kawasan tu. boleh masuk tapi yang sebelah tempat makan tu ditutup. ok. setel makan ais kacang, kami decide kita balik ja la. nak pi mana lagi. rasa macam kurang la bila berjalan takdak anak anak nih. kat situ ada padang, dulu tranformers depa display kat situ la. la dah ubah pi tang lain. ada playgroud, boleh la anak anak nak main. teduh plak tu. dekat situ juga ada satu lagi palyground, for me, kalau kita ni bajet nak bawa anak main main dengan bajet sikit, kat sini pun ok. sebab nak masuk theme park ka tempat main main yang bercaj tu, mahai, boleh la bawa mai sini. konsepnya, anak anak merasa la makan angin jugak. budak budak bukannya tau tempat tu exclusive ka apa, yang penting, keluaq berjalan ada main main. yang gatai nak memilih tempat tu kita ni ha.
 dari plan nak teruih balik, kita tukaq pikiran, pi queensbay. saja jalan nak cari baju ain. lastly takdak yang berkenan, makanya, lunch lah kami di subway. aku suka makan kat subway tapi sampai sekarang aku sebenarnya tak tau order. aku pakai sebut ja. proper punya aku tak reti. hahahah sebab tu masa bayaq aku akan confius, tadi tengok rega cam lain, ni kena bayaq rega lain plak. sabor je la. 
on the way, balik, sampai kat kubang semang ja, hujan turun dengan lebatnya. bertabahlah naik motor dalam hujan hujan lebat tu. best ooooo. sampai rumah lencunnnn. aku dah rasa cam nak demam. nasib la tak demam. best experience naik motor. rs nak naik motor lagi.

No comments: