Wednesday 4 April 2018

Rangkuman Cerita Seminggu

minggu ini agak membosankan. aku dah berapa hari tak buat sandwich sebab dah ada yang tak habis dijual. aku pun dah rasa cemuih nak buat sandwich. aku rasa nak buat jeli kelapa la plak. aku kan pernah buat dulu tapi aku stop sat. nak juai apom coklat. memang aku try buat. jadi tapi tak jadi macam yang aku beli tu. ohh susah rupanya. hari ni bawa 28.3.2018 bekal sebab memikirkan sayuq yang aku beli tak habis guna. nanti rosak terutamanya sodek jagung tu. nanti masam. lagi satu memikirkan isi ketam yang dah lama aku beli tapi tak masak. nak chek tarikh expired, plastik dah buang. ohhh wangian kereta fleur dah ada. dah boleh juai dah. minggu lepas gaji. lega rasa sebab gap gaji bulan dua dengan bulan 3 panjangggg sangat. mau merangkak nak tunggu gaji.
owhhh aku pi boh bateri jam kat sunway. pi dengan asben ja. mohsin kafa,ain tak nak ikut. fine, pi berdua ja. makan kat kenny's roger sebab rasa nak makan kat situ. tapi dah lama tak makan, lupa cam na nak order.dalam gambaq ada nasik, dalam pinggan takdak nasi. sebab? aku silap order. dasar orang kampung..kuang kuang kuang.
adik adik praktikal pun nak habis dah tempoh praktikal. baguih depa ni. jenis mau belajaq. tapi dah nama praktikal, kena la rajin kan? kalau malas nak lulus camna? FYI, dalam opis ni aku rasa dah tak sebulu dah. ramai yang mcam hal sendiri sendiri. termasuk anak buah aku. aku malas nak layan. time kerja ada aku bagi, takdak lantak korang la. jenis payah nak teguq. biarkanlah. 
aku perasan, lately, aku kerap sakit pinggang. normal atau something wrong. risau gak nih. minggu lepas, aku tak balik rumah mak sebab kerja. hmmm hari jumaat tu 23.3.2018 , ada pameran anjuran Pemadam di masjid air merah. hmmm sambutan terlalu la teruk. takdak orang langsung. bukan sikit. takdak. camna la depa deal. tapi dari pemerhatian aku, memang masjid tu senyap ja buat program bila pun. tobat tak mau buat dah program kat situ.

No comments: