Wednesday, 31 July 2019

Cucu Saudara

tua dah rupanya aku ni..dah bercucu dah pun. kalau sebelah aku, jangan cakap la. cucu aku dah ramai. ada la dalam 20 orang dah pun. belah asben aku, ni la cucu sulung dia, cicit sulung mak dia. so, biasa ja aku rasa. cucu abang dia yang no. 4. anak dia yang no 2. lagi 3 orang belum kawin.
kemarin, aku pi la tengok cucu. belum sebulan pun mak dia berpantang. aku memang plan nak pi tengok pun. asyik tertangguh ja. sebabnya tak tau rumah. satu perangai abang ipaq aku ni, dia suka pindah rumah. jenis tak bayaq sewa. macam tu la. tapi jangan risau. dia tak pi jauh. dalam area taman angsana dan sri pinang ja dia pindah. senang ja nak cari. tapi aku kan adik ipaq ja, yang adik dia pun tak pi cari. lantak la katanya. 
anak dia ni baik jugak la. jadinya takdak sebab aku nak bermusuh ka apa dengan dia. abang dia ja yang problem. menyombong ntah hapa hapa.macam kerja baguih sangat. kerja kilang ja pun. yang bawah dia tu, ok lah sikit la ni. dulu pun kategori hampeh gak tu. dah besaq ni, ada akai la sikit. yang kecik sekali pun dah keja. lepas spm apa lagi, keja la kan? nak harap mak ayah, mak ayah pun tak tentu hala hidupnya..sat keja sat dak. takpa lah, dah dia pilih hidup camtu.
moga anak anak amik la iktibar hidup yang pernah mereka lalui. jangan la jadi macam tu. susah hidup asyik nak bergantung kat adik bradik ni. berapa lama orang nak sara kan? adik bradik pun ada komitmen lain jugak. kalau dah sediaaaa meminta, tak ke hangin depa. bukan kata depa, bini depa pun hangin sekali. 
anak anak amik la sebagai panduan. biaq keja kecik, gaji sikit, asaikan anak anak tak terabai. susah hidup cara susah. senang , jangan lupa pada yang susah. cakap dan sikap kena la jaga. ni dah la susah, mulut tak mau jaga. cakapppp ikut dan ja. mana adik bradik tak meluat.
selamat lahir ke dunia afiq rizki..moga bertambah rezeki keluarga kamu.

Tuesday, 23 July 2019

Aktiviti Waktu Petang..

lepas punch card, aku memang rush balik rumah. petang sibuk sikit. sikit ke? banyak kot. aku sampai rumah, mandi, makan kalau nak, boh baju dalam mesin. boh ja dulu sebab tunggu semua balik baru nak basuh semua baju. aku sebenaqnya suka kumpui baju banyak banyak baru basuh. bestttt. penuh penyidai. siap nak pi amik mohsin balik KAFA. kelas habis pukui 5.45 ptg. pi awai pun dalam 10 minit ja. tu punnn line keta dah penuh. kadang2 aku geram sebab anak aku tu keluaq lambat. pukui 6 baru sampai kat keta. stress aku tunggu. besa la. panaih panaih ni kan..
kadang, aku drop mohsin kat rumah, kadang dia ikut aku amik adik dia kat Taman Lobak tu.kadang aku suka dia ikut , kadang nyampah sebab satg mesti dia gaduh dengan adik dia. jenuh aku menjerit dalam keta. s
setel amik adik, balik rumah. teman dia main ndoi orang sebelah rumah sat. haishhhh asik nak main ndoi ja. malaih nak tunggu. dekat maghrib, baru masuk rumah.semayang maghrib, hantaq ain pi qiraati. dia habis kelas pukui 9.30 malam. amik dia, setel untuk hari tu. tengok tv, tunggu depa semua tidoqqqq..kalau adik tidoq awai, lega la aku.. kalau tidoq pukui 12, hmmm sian la kat aku.aku dah la jaga awai, pukui 5 lebih sikit. siang tak tidoq. mana la tak ngantuk awai.

Perancangan Tu Penting Buk

23.7.2019 - happy aku sebab pagi ni semuanya smooth. 
aktiviti pagi ni..
5.00 pagi 
bangun tidoq
iron baju KAFA anak
ready susu anak yang kecik
defrost nugget
ready nasi semalam nak goreng
potong sayuq , bawang , cabai untuk nak buat nasi goreng

5.45 pagi
hantaq anak pi kat rumah pengasuh di Taman Lobak. Jarak pi balik 16 km
yang sulung dah mandi
goreng nugget
kejutkan yang no dua. pompuan. payah nak bangun tidoq...huihhhh bukan calang calang punya payah bangun
bagi minum susu sebotol, kejut dia
bagi mandi..kalau dia mandi sendiri (memang lambat)
siap anak pompuan
dia kemas beg sekolah
depa makan nugget
mandi, solat subuh

6.55 pagi
hantaq depa pi sekolah
pi buka pejabat.kunci aku pegang (terpaksa)
goreng nasi (ada nasi lebih, tiap tiap hari goreng bawa pi opis - tak mau membazir)
buat kuah tomyam sikit - aku punya. no share
iron baju - bersiap

7.50 pagi
pi keja. dekat ja. 10 minit dari rumah

nasi goreng aku mudah ja.
cabai blender, bawang, sayur, sayur campur - tumis sekali sebb nak cepat. boh kicap, perasa, nasi -  done.
alhamdulillah..hari hari habis. dan aku memang suruh depa habiskan. sayang membazir.

setel pagi..esok aku tulis aktiviti aku waktu petang plak. i'm really saluted whoever can do household chores dan working at the same time. still managed to check children homework everynight. perghhh hebat. i cannot. terlepas pandang gak banyak benda. but that is the best i can do..

Refund Duit Insurans

lately, caj insurans increase macam nak gila. imagine, my medical card yang monthly baru rm 50+.. tak sampai pun rm60, bulan 7 naik sampai rm 127.00.. gila. asben aku pun sama dari rm50 lbh sikit ke rm 130. gila ka apa? ingat duit nak bayaq insurans saja ka? banyak lagi benda nak buat. kalau gaji tu banyak ribu ok la. ni pun cukup mkn ja. 
so, aku kansel ja la plan tu.
lebih tragis, aku hantaq borang cancellation 1.7.2019, tak complete becoz no polisi no. eventhough aku dah bagi no ic dengan harapan they can fill up for me. but they  sent me back the form,asked me to complete. then, aku email balik form tu, hari 2.7. aku dapat respond..it is done 3.7.2019. 3.7.2019 autodebit masih berlaku. aku minta la balik duit tu. call customer care.. still waiting the refund. goods news is..aku dapat claim balik ncd refund sebb tak pernah claim langsung kad tu. 
hohoho....tunggu ja la...

Wednesday, 17 July 2019

Bila Jual Kereta, Apa perlu Buat?

secara rasminya, aku dah jual kancil aku yang aku beli tahun 2017. yaaa dah juai..rasa seronok sangat. sebab dah setel semua urusan. aku juai kat orang kampung aku ja. rm 4k. aku beli pun rm4k jugak. pasaipa juai rega sama? sebab banyak dah yang aku buat kat keta tu. aku tukaq gear box 4 speed, asai 3. absorber baru, tayar pun baru sebulan tukaq dah juai. temperature pun dah cantik. dulu jadik jugak cepat hot. aku dah pi wiring, dah pi kedai feveret aku tu. setel rm380. dia buka semuaaaa kat depan tu nak cari punca. ehhh timing belt pun dah tukaq baru. so, aku boleh katakan keta tu elok sebab aku dah buat banyak. tu la yang aku juai rm4k...
aku dapat duit dah seminggu. ehhh senangnya kak cik ni bayaq. dia bayaq hari jumaat 12.7.2019, aku masih guna keta tu. lepas tu, hari ahad aku hantaq kat adik aku. mksdnya kat kg la untuk adik aku cuci bagi bersih. hari ahad selasa baru dia amik. hari rabu pi puspakom. lulus..alhamdulillah. la ni ada kelonggaran dah sebab tinted tak payah koyak kalau % gelap tu ok. tu pun yang depan ja diambik kira. yang belakang, ok ja. 
bila kak cik call dia dah pass puspakom, aku pun teruih pi JPJ, isi borang pepelasan hak. kejapppp ja urusan. pastu, kak cik dah blh thumb print dah jadi keta dia sepenuhnya. road tax insuran semua baru. legaaa.

journey to sell a car :
keta kena bawa pi puspakom untuk di test.
sapa kena buat? owner atau buyer.
boleh buat sendiri atau pakai runner.
runner - bayaq rm 130..sendiri buat -  rm35
(lebih kurang la caj dia +-)

setel puspakom..owner akan pi JPJ isi borang lepas hak milik (lbh kurang cmtu la nama borang)
isi borang - thumb print - setel - no charge

owner baru - pi JPJ - isi borang - thumb print - bayaq rm100.
setel (jgn lebih dari seminggu bila owner lama dah pi thumb print). pi kedai insuran, beli la insuran dan road tax baru. 
setel...

insuran dari kereta lama..apa nak buat?
pi kedai insuran - withdrawal atau batalkan.
batalkan -  insuran dan road tax yang ada kat kereta akan batal. mksdnya kereta tu kalau owner baru bawa, tiada perlindungan..
nak batalkan - kena ada dokumen yang mengesahkan kereta tu dah ada owner. maknanya kena pi puspakom, dapat surat kelulusan, pi jpj baru bleh buat batal.
untungnya - bleh dapat duit bila dah batai

withdraw - keluarkan ncb. kena bagi cover note insuran
kedai insuran akan proses dan amik masa dua hari untuk dapat surat withdrawal insuran.
pastu bleh dah amik insuran baru.
lecehnya..kena bayaq duit untuk kos insuran yang balance tu..

masa beli kancil aku tak buat semua ni. aku pi JPJ ja untuk thumb print. ni baru first time buat walaupun keta dah 3 biji beli.ok..setel. esok nak pi amik keta baru tp second hand la. yuhuuuuuuu......

Monday, 15 July 2019

Mulut dan Tangan

isu pada kali ini berkaitan dengan mulut.ya..kita semua ada mulut. yang bisu pun ada mulut. sebabnya mulut tu penting. nak makan, nak bercakap, nak minum, lebih mudah pakai mulut. apa yang teman nak tulis ni berkaitan dengan mulut yang tidak dijaga. bukannya tak gosok gigi, tapi tak jaga pertuturannya. maka , akan terhasillah, gaduh gaduh, masam muka, sindir sindir. sebabnya, mulut. sebab tu la, mulut kena jaga. bercakap benda yang perlu. kalau tak tau jangan la bercakap lebih lebih. satg jadi fitnah. manusia spesies tak jaga mulut ni ada ja di mana mana. kat opis, kat taman perumahan, dalam sekolah, kolej atau sebagainya. sebb, dirinya tidak diajaq atau tak makan ajaq supaya jaga mulut. disampainya benda yang tak betui. konon dia ja la yang betui. lagi parah bila pi tipu asben ka bini kata dia difitnah. piiiii... kena tipu la pasangan tu.
tangan pun bahaya gak la ni. sebab menaip mesej atau ig atau fb. haaaa sebab tu la mata pena lebih tajam dari mata pedang. dia karang ja cerita, kasi real, habis semua orang percaya. tulisan pun bahaya sebab bertulis. jadinya dapat diforwardkan ke sapa sapa saja. haaa punggahhhhhh..dari sorang yang tau, sampai 100 orang tau. tak ke naya. kalau ia fitnah, makaaaaaa berjalan la fitnah ituuuuu. bahayakan? apa yang nak ditulis, nak dicrita biaqlah betui dan memberi pengajaran. kalau tidak, buat naya si penulis dan pencerita dan orang yang ditulis. benda ni semua akan dikira akhir hayat kita nanti. cuba chek kat opis kita, kalau ada macam ni, berhati hati la. kadang buruknya nama kita pun sekali harung. 

Wednesday, 10 July 2019

Semangat Baru

rasa bersemangat plak dua tiga hari ni. why? donno. yang pastinya, baju iron awai, bagi tugasan kat anak. yang sulung tu je la. tolong sidai baju. haaa jimat sikit masa aku pagi pagi. sebabnya, si abang tu siap awai nak pi sek. jadinya, dari dok saja, baik la tolong mama. aku sangkutkan kat hanger dah. dia cuma pi sangkut kat penyidai ja. basuh basuh malam. 
iron baju bg extra. so, pagi pagi tak kalut dah sebab baju dah beriron. satu cara nak jimat masa. kalau nak masak, malam tu kena potong siap siap. esok tinggai nak masak ja. satu lagiiiii jimat masa.
aku memang ngantuk malam malam. dalam dok tengok mukhlis tu, aku dan lagi terlelap. memang ngantuk. nak buat cmna, anak aku tu kerap jaga. jdnya, aku tak cukup tidoq. bila terlelap sat tu, bila sedaq, memang cergas la. dulu aku minum nescafe kalau nak berjaga. lama dah tak buat. 
tu pun lipat baju sambil sambil tengok mukhlis. lipat rajin, simpan lambat sikit. la ni pun, anak sulung dok tolong. aku letak siap siap baju sapa, dia pi boh ja dalam drawer. alhamdulillah..dah boleh tolong. yang no 2 tu ja payah sikit sebab manja lebih. bukan dengan aku, dengan mama ain dan abah din depa.
semoga hari hari aku akan bersemangat. baru kerja lancarrrrr...

Tuesday, 9 July 2019

Puasa Ganti

aku posa ganti lagi hari ni
hari ketiga
masa syawal tak posa
nak posa nak posa
tapi nak pi open house la
camna nak posa
see? dengan makanan ja tertewas

so, ganti la bulan lain
target memang nak setel awai
sebab? tak mau kalut 
dekat nak posa baruuuu nak posa
leceh kan? 11 bulan ada baki
awat tak posa awai awai

menu buka semalam
very simple
roti dan aiskrim
chewahhh cam jimatkan?
malam, anak dah tidoq
aku belasah doyan 5 ulas
perghhhh sedap gilaaaaa

ada satu ulas tu, biji kecikkkkk
besaq syiling 5 sen
bayangkannnnn isi dia tebai mana
adoiiiii sedapnyaaaa tak terkata

aku ni masalah mkn lewat malam
why? sebab anak dah tidoq br selesa nak makan
kalau tidakkkkkk...huihhhh kacau sj
so, tunggu tidoq la br blh makan

well..minggu ni bab iron baju 
rasa lapang sangat sebab?
aku dah iron awai awai lagi
bayangkan hari ni iron baju untuk esok
hebatkan?

idola aku bab buat reja rumah ni
mestila mama ain depa
cekap betui la
baju yang dah angkat, sup sap lipat
yang nak iron, iron teruih

walaupun waktu cuti sek
baju semua dah iron siap
aku kaaaaaa? tunggu esok nak sekolah
malam ni baru iron
hahahaha malaih kan?

Hellooooo.....

haiiiii....kembali bersiaran..
adoii malaihnya nak kerja
bukan hari ja, selalu ja malas
hmmm kalau keja sendiri mcm mn
tapi nak kerja apa?

nak meniaga, modai tiada
nak jadi dropship, nak iklan plak malaih
see..malaih saja
apa nak jadi dengan kau ni?

hari ni, rasa seronok jugak
sebab?
eh anak teruna i tolong sidai kain
bukan free..upah singgit
dia nak kumpul beli mainan

kemarin pegi eco
kedai berhantu tu
gila la masuk situ
nak beli 1 ja barang
tipu la, mesti lebih

murah gila dan kualiti pun ok
dulu masa mula buka
aku tak berapa confident nak beli kat situ
sebab nama barang pun cam hampeh

tapi la ni, barang semua yang ada brand
staedler, kreati yang ada juai di tesco
ada di sini, jadinya boleh percaya
gila kalau masuk sini

eh sekarang ni the store 
pun juai rm2.10
besaq oo store dia tengah pekan
nanti nak try pi
boleh celen eco ke dak

hmmmm semoga hari ni 
aku tak marah marah anak
anak anak dengaq kata
seronokkkk rasa

buka posa hari ni
aku nak makan ais krim dengan roti ja
jadi la, tadi pi tesco
teringin plak nak berbuka camtu

kalau tahan, tak payah makan nasi
konon la, kalau tahan
kalau tak tahan
makan la nasi jugak

acaner nak kuruihhhhh

Monday, 1 July 2019

Medikal Kad

sekarang ni apa apa jadi, orang akan tanya, ada insuran dak? insuran ni memang satu keperluan, bukan kehendak dah. sebabnya dengan banyaknya penyakit yang dok ada, dengan ramai yang sakit, pakat nak berebut masuk spital gomen, mana nak cukup. yang mampu, pi swasta. kalau pi swasta, rega kasi ingat la. bukan mata ratuih la, mata ribu. jadinyaaaa.. medikal kad la pemyelesaiannya. 
tak kira la dari company mana sekalipun. kad tu amatlah penting. sakit ja, pi spital, sua kad tu, depa pun bagi la masuk, nak kuaq spital esok, amik kad ja, pi naik keta balik. tak payah pikiaq dah brp nak kena bayaq sebb semua kad tu tanggung...mudahkannnnnnn?
mudah ka sebenarnya? tidak la mudah sangat. sebab apa, sebab kos nak dapatkan kad tu mahai weiiiii. tambah tambah la ni, dengan rega ubat mahai, bayaq doktor mahai, semuanya mahai, jadinya rega sekeping kad tu pun mahaiiiii. standard la tu kan. nak semua elok, rega kena elok la kan? contohnya, kalau amik kad medikal yang murah, kos rawatan pun murah la jugak. kalau bayaq sebulan untuk kad saja sampai seratuih dua ratuih, confirm la depa punya coverage pun ratuih ratuih ribu kan? jadinya, ikut la bajet sendiri. ada yang cover sampai sejuta. dan la claim sampai sejuta? dak kot, takdan sampai sejuta, kita mati dulu. sebab apa, yang sampai tera tu, mesti la sakit yang amatttttttt kritikal. dan claim dua tiga ratuih ribu, mesti dah pi. jadinya tak payah la ligan juta juta tu. amik takat 300k pun cukup dah. jangan pulak ada kad tu, kira nak pi sua kat spital ja. ada jugak yang jenih macam tu. sakit sikit spital. ya la, kau yang bayaq tapi tengok la sakit sama. kena pisau pun nak masuk wad ka? lain la kalau kena tetak. spital tu pun nak ready place utk orang yang lebih memerlukan. ingat senang doktor nak admit patient ka? kalau tak munasabah, doktor tu kena query balik dengan company. haaa ingat senang. 
dengan kad ni, ada yang amik kesempatan. admitted, pastu balik dok rumah. esok mai balik, dok kat wad. sebab apa buat mcm tu sebab dalam insuran biasanya ada elaun spital. so, senang senang la dapat elaun dua tiga ratuih. mudah kan? guna kad ajeeeee. tapi jangan ingat company bodo, la ni depa akan siasat, perlu ka dia ni warded. kadang kadang company cuma bayaq bil yang memang perlu. contohnya, ubat saja. haaa so, jangan ingat senang ja ada medikal kad. ni untuk nak mengekang pembohongan yang digunakan dengan menggunakan kad. yang guna untuk kecemasan sepenuhnya memang la baik yang menipu ni.
so, kepada sesiapa yang berhajat untuk nak apply medikal kad, silakan lah. aku pun agen jugak. hong leong ,sig takaful. yang muslim, cari yang takaful yer. banyak kelebihannya.