Wednesday 17 July 2019

Bila Jual Kereta, Apa perlu Buat?

secara rasminya, aku dah jual kancil aku yang aku beli tahun 2017. yaaa dah juai..rasa seronok sangat. sebab dah setel semua urusan. aku juai kat orang kampung aku ja. rm 4k. aku beli pun rm4k jugak. pasaipa juai rega sama? sebab banyak dah yang aku buat kat keta tu. aku tukaq gear box 4 speed, asai 3. absorber baru, tayar pun baru sebulan tukaq dah juai. temperature pun dah cantik. dulu jadik jugak cepat hot. aku dah pi wiring, dah pi kedai feveret aku tu. setel rm380. dia buka semuaaaa kat depan tu nak cari punca. ehhh timing belt pun dah tukaq baru. so, aku boleh katakan keta tu elok sebab aku dah buat banyak. tu la yang aku juai rm4k...
aku dapat duit dah seminggu. ehhh senangnya kak cik ni bayaq. dia bayaq hari jumaat 12.7.2019, aku masih guna keta tu. lepas tu, hari ahad aku hantaq kat adik aku. mksdnya kat kg la untuk adik aku cuci bagi bersih. hari ahad selasa baru dia amik. hari rabu pi puspakom. lulus..alhamdulillah. la ni ada kelonggaran dah sebab tinted tak payah koyak kalau % gelap tu ok. tu pun yang depan ja diambik kira. yang belakang, ok ja. 
bila kak cik call dia dah pass puspakom, aku pun teruih pi JPJ, isi borang pepelasan hak. kejapppp ja urusan. pastu, kak cik dah blh thumb print dah jadi keta dia sepenuhnya. road tax insuran semua baru. legaaa.

journey to sell a car :
keta kena bawa pi puspakom untuk di test.
sapa kena buat? owner atau buyer.
boleh buat sendiri atau pakai runner.
runner - bayaq rm 130..sendiri buat -  rm35
(lebih kurang la caj dia +-)

setel puspakom..owner akan pi JPJ isi borang lepas hak milik (lbh kurang cmtu la nama borang)
isi borang - thumb print - setel - no charge

owner baru - pi JPJ - isi borang - thumb print - bayaq rm100.
setel (jgn lebih dari seminggu bila owner lama dah pi thumb print). pi kedai insuran, beli la insuran dan road tax baru. 
setel...

insuran dari kereta lama..apa nak buat?
pi kedai insuran - withdrawal atau batalkan.
batalkan -  insuran dan road tax yang ada kat kereta akan batal. mksdnya kereta tu kalau owner baru bawa, tiada perlindungan..
nak batalkan - kena ada dokumen yang mengesahkan kereta tu dah ada owner. maknanya kena pi puspakom, dapat surat kelulusan, pi jpj baru bleh buat batal.
untungnya - bleh dapat duit bila dah batai

withdraw - keluarkan ncb. kena bagi cover note insuran
kedai insuran akan proses dan amik masa dua hari untuk dapat surat withdrawal insuran.
pastu bleh dah amik insuran baru.
lecehnya..kena bayaq duit untuk kos insuran yang balance tu..

masa beli kancil aku tak buat semua ni. aku pi JPJ ja untuk thumb print. ni baru first time buat walaupun keta dah 3 biji beli.ok..setel. esok nak pi amik keta baru tp second hand la. yuhuuuuuuu......

4 comments:

Sunah Sakura said...

ooo banyak jugak prosedur nak jual kereta kat orang ni ekk...ni kalo kita buat tukar nama pemilik sekaligus la kan..

Kakak Navigator said...

Nice sharing :)

Kerja Sendiri said...

Boleh jadi panduan ni kalau nak jual kereta sendiri. Thank u share.

norhidana said...

mudah bila kita dh pernah buat dan tahu semua langkah2 nya...