Sunday, 25 May 2014

Dah Ganti Posa

sapa yang tak ganti lagi posa mai a pakat posa la ni. tak berapa hari lagi nak sambut posa. macam tahun-tahun lepas, aku tetap tak beringat dari awai, duit nak bagi kat orang tak simpan siap-siap, baju raya tak cari dari awai. baju kita mak pak takpa, ni baju raya anak-anak nih. tahun ni aku juai biskut raya. bukan nak sembang la, murah dan sedap. yang buat ni bukan cikai-cikai depa memang ada dah kilang buat biskut.cuma time posa ja adik dia bawa mai juai. jadi aku tolong la adik dia juai. perghhh memang diakui sedap dan murah. size besaq bukan kecik, bahan terbaik punya..cam promot plak yer.heeee
so, mai la pakat posa ramai-ramai..

Tolong La Amik Perhatian

kemarin aku pi pameran kat satu kampung tu. program dengan komuniti, buat di dewan komuniti kampung tu bersama dengan student UPM. student ni ada program cam khidmat bakti dengan orang kampung. ala cam kita kat U dulu la, masuk kampung, buat gotong-royong la, tanam pokok la.
yang aku nak crita nih, orang kampung atau penganjur bila dah tau nak buat program di situ, nak pakai dewan dan segala kemudahan yang ada, toloooooong la perati tengok kemudahan apa yang boleh pakai, apa yang perlu diperbaiki. aku bgai contoh, kat mana - mana program yang kita buat pun, selain makan minum yang perlu diambil berat ialah TANDAS.. penting tu cek oiiii...program yang aku pi hari tu, tandas depaaaaa punya la teruk. dah la air kena cedok kat luar. kepala paip ada, air takdak plak. amik air dari luar, bawa masuk dalam toilet, tak heran sangat, yang aku geram nih, tandas tu tolong la cuci bagi bersih. ni dak, berselepat.kotoq. malu kat orang UPM.pelajar depa, pensyarah depa. ish awat la yang organize tu bleh tak perati semua tu. kebersihan takdak langsung. lagi satu, bila sewa khemah untuk pameran ka apa ka, cari la yang sedia kipas sama. bukan la nak kata yang pi pameran tu semuanya puteri lilin tapi pikiaq la sama orang yang jaga pameran tu nak tunggu di situ sampai tengah hari.panas lik lik orang kedah kata, ada kipas kurang la sikit panas tu. ni bukan kata program orang kampung anjur, program yang pejabat YB pun sama. lagi teruk, khemah koyak. buat malu ja weh. bajet YB ciput ka?tgk ke program cam best tapi sayang...tengok ja, bila pi sendiri, rasa sendiri baru tau.aiseyyy cuba pekemas sikit tempat program tu.aku kata ni pun cam kata kat diri aku jugak la sebab nanti aku pun nak anjur program gak. tapi program aku kecik ja. tak cam depa nih scale besaq..

D'Yan Chalet...Hmmm

baru  ni aku kena pi kursus di D'Yan Chalet, Titi Hayun, Yan. Aku pernah pi meting di situ masa tahun 2008. Masa tu ada lagi program PINTAR. sekarang dah takdak dah program tu. 10 tahun sahaja jabatan aku join dengan pihak sekolah. Aku kena pi diskusi meja bulat berkaitan dengan penyalahgunaan ketum. moderator adalah pihak pensyarah UUM. Taraf depa ni prof madya, prof madya dr,dr, kira bukan cincau punya moderator la. aku tak tau beza prof madya dengan prof madya dr..korang tau?tolong jelaskan.


ni katil kat bilik yang aku stay selama 3 hari 2 malam..sian kan?aku rasa chalet ni macam tak terurus. walaupun murah tapi kualiti kena la jagakan? takkan la orang bayar walaupun murah tapi gini tempatnya. hitam berdanok orang kedah kata.


kerusi yang dah nak tertanggal tempat duduk dia. gamak depa bagi kat pelanggan kerusi ni. walaupun dalam bilik tapi agak-agakla kan. mentang-mentang murah takkan gini kemudahannya.


ni siling bilik yang aku stay. bukan retak tapi macam satu bahagian tu yang depa boleh angkat ke apa tah..kalau roboh ni timpa pelanggan tengah tidur..huiii jenuh nak menjawab..


tangga yang berlumut. aiseyyy cuci la dah tau orang nak masuk guna. nampak sangat tempat ni takdak orang pi. jabatan aku ja kot yang pi buat kusus.


tengok tu cam bocor ja. nampak tak yang putih-putih tu. kan macam air bocor yang dah lama. cam dah berketul benda tu. lama sangat dah tu jadi camni.


tidur malam kena pasang ubat nyamuk tidak tak bleh tidur la kau..nyamuk mai dok menyanyi kat tepi telinga.
orang dulu-dulu kata nyamuk tu tengah cari subang tuan puteri yang hilang. dongeng ja la.


Tuala yang nipis. aku tak bawa tuala sendiri sebab selalunya kalau pi kusus tempat kusus akan sediakan tuala. tebai la gak.. yang ni nipis melayang.hahahaha

ni kira bilik aku elok banyak nih. sebab ada bilik yang cikgu cikgu dok, air takdak.kena pi mandi dekat dewan yang kami dok buat aktiviti. yang lelaki punya bilik plak..tiap 3 minit, elektrik putus.tiap 3 minit , elektrik putus.kan ke haru. depa tidoq jenuh dok bertampaq nyamuk..sian..actually tempat ni bukan jabatan aku yang pilih tapi ngo yang kami joint venture..sebab duit depa jadi kita ikut ja la kan..nak buat camna..

aku rasa tempat ni kalau dijaga cantik, memang bagus nih. tapi mungkin kurang bajet ke apa kan?nak buat camna depa pun. bagi ja la apa yang ada. tapi tak best la tempat camtu kan..moga depa akan pekemas sikit tempat tu nanti. kalau hampa nak tau, makanan yang depa masak memang best..kena betoi dengan selera kami peserta nih..sedapppp..tambah2 ayam masak merah yang hari lastu tu..perghhh sempoi.

Monday, 5 May 2014

Hutang..

hampa ada hutang dak?aku ada.hutang rumah,hutang peribadi.bila tahun nak habis?tunggu la dekat nak pencen esok.orang kerja gomen ni banyak hutang. pada pendapat aku la sebab aku dok perati senang ja nak overlap.belum habis bayar dah apply nak overlap.yang bank pun seeeenang ja lulus loan.aku sendiri pernah overlap.sekali tu ja la buat pastu tak buat dah sebab bila pikir-pikir balik masa bila nak habis loan kalau dok overlap ja.sekarang gomen susah sikit nak overlap sebab tempoh pinjaman dah dipendekkan dari 25 tahun ke 10 tahun je.sakit nak membayor kalau buat loan banyak-banyak.ada gak syarikat yang dia buat peraturan, kalau buat loan dengan depa, tak bleh overlap kalau kurang dari 5 tahun tempoh pinjaman. ada gak yang masa sain agreement interest rendah tapi kalau nak setel sebelum time dia, siap ko, naik 2 kali ganda.kesimpulannya, orang tu tak bleh nak overlap la.cantik tak idea depa nak ikat customer supaya tak lari pi bank lain. selain dari bank, koperasi pun bersepah offer loan. mana mai nombor telefon aku kat depa pun tak tau. sat sat masuk mesej interest sekian-sekian untuk pinjaman banyak ni banyak ni.rimas aku.
ada gak kawan seopis dengan aku nih yang reja overlap.ishh berani dia asik buat loan.berapa baki kat tangan?yang aku tau potongan dia saja dah lebih dari 65%.sakit kalau cam ni.aku bagitau la, tak berani aku nak main-main dengan loan nih. dapat seronok, nak bayar sakit. tak mau aih..penting-penting sangat boleh la amik.cam rumah, keta, mana ada duit nak bayar cash.kalau cash, income tax pun cari maaa...
beringat la sebelum isi borang hutang k.tu hutang dengan manusia, belum lagi kira hutang kita dengan Allah.sembahyang yang kita tak buat, tertinggal dan sebagainya.hutang posa lagi..aihhh macam-macam la jenis hutang nih.yang penting kena bayar la kannnn...

Nama...

apa ada pada nama?haaa jangan dok buat mudah dengan nama. tambah plak kalau nama tu ditambah dibelakangnya dengan gelaran apa apa.meh aku crita, orang kampung biasanya ada nama gelaran. ada gelaran yang cam lawak, ada yang cam memalukan, ada yang melambangkan laki bini.
contoh, kat kampung aku ni, ada sorang pakcik tu kami pangge pakcik brahim kobok. aku tak tau la mana mai nama kobok tu.ada yang kami pangge man perenggan. sebab dia dok kat tengah -tengah antara sempadan kampung aku dengan kampung yang satu lagi. kampung aku nama kampung padang ubi, kampung jiran nama kampung padang patung, sebelum kampung aku ada kampung nama kampung padang bola..cantik nama kampung kami?heeee
arwah jiran aku kami pang saad wak..pun aku tak tau mana mai wak tu. nak kata jawa bukan. ayah kawan aku kami pangge aqk belacan.sebab dulu dia juai belacan.yang tanam jagung kami pangge li jagung.ada sorang tua yang kami pangge tok don ayam.peliknya dia tak bela ayam, dia bela lembu.lembu dia punya la banyak sampai berpuluh-puluh ekoq.mak aku kata, dulu dia bela ayam sebab tu orang pangge tok don ayam.
macam mak aku, dia pangge esah dollah, sebab pak tiri aku nama dollah. jiran aku hamid tok chat sebab pak mentua dia nama arshad, short form nama pak dia tok chat.haaa pak mertua pun dapat nama sekali.bini dia orang pangge timah hamid sebab laki dia nama hamid.heee
hampa ada ka nama gelaran.meh la cita...

Sunday, 4 May 2014

FOC..Tmn Aku Jadi Blackspot..

tahu tak foc tu apa?bukan free of charge k..tapi fear of crime. dimaklumkan oleh bos aku tmn selasih yakni taman yang aku dok la ni telah dinyatakan sebagai kawasan hitam atau blackspot. huiyooo...bahaya tu.macam-macam kejadian jenayah berlaku taman nih. penagih dadah ramai, ragut, pecah rumah semua ada kat sini. kat sini pun ada jugak kawasan komersil cam supermarket, bank dan sebagainya. kat lorong rumah aku ja, berapa orang penagh dok ada. setau aku la, ada la dalam 5 orang taik pit kat sini. Baru ni ja ada orang kena curi basikal. nasib la ada orang nampak dia sempat bawa lari jap ja dia bawa lari, pastu bila orang nampak dia campak basikal tuh..aihhh risau aku. kat luaq rumah aku tu, basikal ada, motor ada, keta kontrol anak aku pun ada. jangan la berlaku curi mencuri di rumah aku nih. so, bila dah blackspot, ada la agensi yang bertanggungjawab untuk buat program supaya yang black jadi kelabu ke, jadi putih ka.nak bagi tukaq kaler ni bukan senang. susah oii..kadang2 jabatan kerajaan beria nak buat tapi sambutan orang setempat yang hampeh. taman ni plak dikategorikan sebagai miskin bandar. banyak anak2 sekolah yang bekerja part time untuk sara hidup.hmmm nak wat camna???