Monday, 5 May 2014

Nama...

apa ada pada nama?haaa jangan dok buat mudah dengan nama. tambah plak kalau nama tu ditambah dibelakangnya dengan gelaran apa apa.meh aku crita, orang kampung biasanya ada nama gelaran. ada gelaran yang cam lawak, ada yang cam memalukan, ada yang melambangkan laki bini.
contoh, kat kampung aku ni, ada sorang pakcik tu kami pangge pakcik brahim kobok. aku tak tau la mana mai nama kobok tu.ada yang kami pangge man perenggan. sebab dia dok kat tengah -tengah antara sempadan kampung aku dengan kampung yang satu lagi. kampung aku nama kampung padang ubi, kampung jiran nama kampung padang patung, sebelum kampung aku ada kampung nama kampung padang bola..cantik nama kampung kami?heeee
arwah jiran aku kami pang saad wak..pun aku tak tau mana mai wak tu. nak kata jawa bukan. ayah kawan aku kami pangge aqk belacan.sebab dulu dia juai belacan.yang tanam jagung kami pangge li jagung.ada sorang tua yang kami pangge tok don ayam.peliknya dia tak bela ayam, dia bela lembu.lembu dia punya la banyak sampai berpuluh-puluh ekoq.mak aku kata, dulu dia bela ayam sebab tu orang pangge tok don ayam.
macam mak aku, dia pangge esah dollah, sebab pak tiri aku nama dollah. jiran aku hamid tok chat sebab pak mentua dia nama arshad, short form nama pak dia tok chat.haaa pak mertua pun dapat nama sekali.bini dia orang pangge timah hamid sebab laki dia nama hamid.heee
hampa ada ka nama gelaran.meh la cita...

2 comments:

Petak Bunga said...

tak dok lagi..
org tua memang kena ada..sb nama diaorg semua sama je..
hahaaa


Nastyna said...

hehehehe macam2 kan nama gelaran especially kat kampung sebab senang nak ingat dan diffrentiate man yang mana mana. Kami tak femes kat kampung, so takda la nama gelaran.