baru ni aku kena pi kursus di D'Yan Chalet, Titi Hayun, Yan. Aku pernah pi meting di situ masa tahun 2008. Masa tu ada lagi program PINTAR. sekarang dah takdak dah program tu. 10 tahun sahaja jabatan aku join dengan pihak sekolah. Aku kena pi diskusi meja bulat berkaitan dengan penyalahgunaan ketum. moderator adalah pihak pensyarah UUM. Taraf depa ni prof madya, prof madya dr,dr, kira bukan cincau punya moderator la. aku tak tau beza prof madya dengan prof madya dr..korang tau?tolong jelaskan.
ni katil kat bilik yang aku stay selama 3 hari 2 malam..sian kan?aku rasa chalet ni macam tak terurus. walaupun murah tapi kualiti kena la jagakan? takkan la orang bayar walaupun murah tapi gini tempatnya. hitam berdanok orang kedah kata.
kerusi yang dah nak tertanggal tempat duduk dia. gamak depa bagi kat pelanggan kerusi ni. walaupun dalam bilik tapi agak-agakla kan. mentang-mentang murah takkan gini kemudahannya.
ni siling bilik yang aku stay. bukan retak tapi macam satu bahagian tu yang depa boleh angkat ke apa tah..kalau roboh ni timpa pelanggan tengah tidur..huiii jenuh nak menjawab..
tangga yang berlumut. aiseyyy cuci la dah tau orang nak masuk guna. nampak sangat tempat ni takdak orang pi. jabatan aku ja kot yang pi buat kusus.
tengok tu cam bocor ja. nampak tak yang putih-putih tu. kan macam air bocor yang dah lama. cam dah berketul benda tu. lama sangat dah tu jadi camni.
tidur malam kena pasang ubat nyamuk tidak tak bleh tidur la kau..nyamuk mai dok menyanyi kat tepi telinga.
orang dulu-dulu kata nyamuk tu tengah cari subang tuan puteri yang hilang. dongeng ja la.
Tuala yang nipis. aku tak bawa tuala sendiri sebab selalunya kalau pi kusus tempat kusus akan sediakan tuala. tebai la gak.. yang ni nipis melayang.hahahaha
ni kira bilik aku elok banyak nih. sebab ada bilik yang cikgu cikgu dok, air takdak.kena pi mandi dekat dewan yang kami dok buat aktiviti. yang lelaki punya bilik plak..tiap 3 minit, elektrik putus.tiap 3 minit , elektrik putus.kan ke haru. depa tidoq jenuh dok bertampaq nyamuk..sian..actually tempat ni bukan jabatan aku yang pilih tapi ngo yang kami joint venture..sebab duit depa jadi kita ikut ja la kan..nak buat camna..
aku rasa tempat ni kalau dijaga cantik, memang bagus nih. tapi mungkin kurang bajet ke apa kan?nak buat camna depa pun. bagi ja la apa yang ada. tapi tak best la tempat camtu kan..moga depa akan pekemas sikit tempat tu nanti. kalau hampa nak tau, makanan yang depa masak memang best..kena betoi dengan selera kami peserta nih..sedapppp..tambah2 ayam masak merah yang hari lastu tu..perghhh sempoi.
1 comment:
aduyai...teruknya servis..
Post a Comment