Masa kecik2
dulu, aku pangge cermin mata hitam atau sunglasses rayban.padahai rayban tu
adalah brand sunglasses. Sama macam aku pangge filem yang kita guna untuk amik
gambar, Kodak, padahal Kodak tu adalah jenama filem . Orang kampungggg camtu
la. Bila dah besaq baru lah tau beza antara jenama dan benda. Penting ke
sunglasses ni? Aku rasa, setiap dari kita tak kira lelaki atau pompuan akan ada
satu sunglasses.tambah-tambah orang pompuan, lebih dari satu sekurang-kurangnya.
Sebab , penting untuk melindungi mata kita dari terik matahari. Especially time
drive. Kalau tak pakai, time panas lit lit (terik) tu, kecikkkk je mata kau
kan? Boleh pedih mata tu. Dan sebagaimana berubahnya fesyen pakaian, kasut dan
sebagainya, cermain mata juga tidak ketinggalan mengalami revolusi. Sesuai la
dengan peredaran zaman. Sekarang ni, bermacam-macam bentuk sunglasses yang kita
boleh dapatkan di pasaran dengan pelbagai pilihan harga. Ada yang kalau kau
pakai sunglasses tu, amboiiii cam mak datin kau jah..ada yang bila pakai
sunglasses tu nampak sweet ja. Itu semua bergantung kepada stail cermin mata
yang kita pilih. Bagi yang sentiasa gemar kumpul sunglasses especially wanita,
aku gerenti, ada macam macam stail cermin mata yang depa ada. Kita tengok stail
cermin mata yang common..kira cam evergreen la ni.tak hilang dek zaman, tak lapuk
dek hujan. Bentuk ni dipanggil wayfarer. Sesuai untuk semua jenis muka dan
digemari oleh ramai wanita termasuk aku.
Wayfarer |
Selain dari
wayfarer yang evergreen dan digemari wanita, stail aviator juga menjadi
kesukaan ramai penggemar cermin mata. Tak kira lelaki atau wanita. Sesuai untuk
yang bergaya ranggi.
Aviator |
Untuk yang
sukakan gaya yang lebih elegan dan classy, kena cari stail yang clubmaster.
Haaa..ini yang terbaik dan palingggg ideal. Serius meletop kau jah kalau pakai
sunglasses stail ni.
Clubmaster |
Seterusnya,
stail eye cat. Ha yang ni sekali tengok cam stail dulu-dulu. Tapi kalau takdak
yang dulu takdak yang sekarang kan? Amatlah sesuai untuk yang gemarkan fesyen
dan kelainan.
Eye Cat |
Kalau nak tengok lagi stail cermin mata yang
pasti akan menusuk kalbu dan menyentap hati dan perasaan anda untuk
memilikinya. Jangan segan segan klik ja kat sini cermin mata terkini online. Sunglasses di Zalora ni menawarkan
pelbagai stail dan harga yang cuuuukup berpatutan. Tidak perlu papa untuk
bergaya.