tanggal 24.9.2016, aku buat akikah untuk anak bongsu aku untuk setakat ni, mukhlis husni kot kot kedepan ada lagi sorang nak mai tak tau la. aku amik sekoq kambing..sekoq ja dulu.hujung tahun nanti atau tahun depan baru la buat sekoq lagi.kambing ni aku beli dekat pakndak..dia bela kambing dan kalau nak sembelih, nak proses sampailah nak masak semua dia buat.bayaq ja kat pak ndak tu.cam aku, kira rega adik bradik dapat la rm 900..rm 700 untuk kambing, rm 200 lagi untuk upah masak kurma..perghhh sedap baq hang.ramai yang puji sedap. tak rugi la suruh pak ndak ni masak.tak mengecewakan. kalau aku nak buat akikah lagi sekoq pakndak janji nak sponsor sikit. cantikkkk. kenduri kali ni buat kat rumah Chik aku. sebab rumah Chik aku kan baru ja renovate.semua buat lain. jadinya dia nak buat kenduri kesyukuran, aku nak buat akikah + family asben aku nak buat kenduri arwah. jadi, kita gabungkan semua sekali, buat kat satu tarikh dan satu tempat. setel. jemputan ramai jugak. dalam pukul 11 lebih, orang masjid mai, lepas tu depa tahlil, baca yassin, doa akikah, depa makan dulu. bukan la nak puji, menu makanan memang banyak. memang tabiat depa ni, kalau buat kenduri, side dishes pun banyak. jadinya, lambatla depa ni balik.lepas makan nasi, makan yang sampingan plak.bayangkanlah, yang baru mai nak makan, yang mai awai makan tak habis lagi. penuh rumah dengan khemah. amik plak satu khemah dengan 10 meja ja. camno? sabo ja la. menu kenduri hari tu :
* nasi putih
*ayam goreng berempah
* kambing masak kurma
*daging masak hitam
*gulai ikan
*asam pedas keladi
*ikan pekasam
*ulam dan sambal belacan
*buah oren
sampingannya :
*tepung talam
*bubur kacang dan pulut
*kek marble
*puding oreo
*puding roti
*sumi dan london swiss rol utk kanak2
atas meja makan:
*biskut semperit
*biskut kacang
*maruku
* biskut apa ntah satu jenis lagi
air minuman :
*mineral water
*teh tarik
*oren sunquick + sirap
meriahkan? memang camtu la setiap kali kenduri. banyak makanan..biaq penuh perut orang yang mai kenduri tu.pak menakan, mak menakan belah ayah pun ramai gak mai kali ni. pakndak latif yang tak bleh berjalan pun mai gak. besanya belah ayah ni yang mai pak long Karia ja. kali ni mai dengan altis baru dia. mana pi kreta lama dia tak tau la. dia tu tak padan dengan tua, nak naik motor besaq, mana nak bleh. anak2 tak bagi la. dah tua pun..jadinya nak ganti kan motor beli la keta bagi kat dia..takpa la beb, anak2 bergaji besaq. sembang kot mana pun jadila..
kenduri kendara ni aku rilek banyak la sebab aku kan ada anak ekcik..cmana nak tolong.depa yang takdak anak kecik bleh la tolong buat tu buat ni..aku sebenaqnya suka potong potong bawang, kupas ubi kentang, cuci pinggan. suka. tapi nak buat camna, sapa nak tengok anak aku kan? best sebenaqnya gotong royong ni.
1 comment:
Walaupun tak nampak makanannya tapi kakak boleh membayangkan berderet hidangan pada kenduri tersebut. Sedapnyaaa:)
Post a Comment