Sunday, 9 October 2016

Berita Sedih

minggu lepas, aku banyak trima brita sedih. ada 4 kejadian yang berlaku. aku crita satu satu.kalau tak habis aku sambung next entry.
crita 1 :
kawan seopis aku, nama meera, dia kematian anak di dalam kandungan. dia ada 3 kali ke spital sebab dia rasa pergerakan anak dia mcm kurang. bila pi spital, doktor kata ok..bleh balik.lepas tu, dia dah buka 1 cm, doktor suruh balik, buka 2cm doktor suruh balik. lastly, buka 3cm,punnn doktor suruh balik. dia sempat mai keja 2 hari sebab mintak mc doktor tak bagi, nak amik cuti, cuti dah tak banyak, jadinya mai opis.risau kami tengok dia ni. dah buka 3 cm pun tak beranak lagi. last day dia mai keja, malam tu dia pecah ketuban, pi spital. aku tak tau crita penuh tapi masa sampai tu denyut jantung masih ada tapi mungkin lemah. anak dia tak dapat diselamatkan. dia meninggal dalam kandungan.rumah dia nak ke spital jauh jugak, napa la doktor suruh balik sebab ada setengah kes bukak 1cm dah tahan wad.tak paham jugak aku dengan doktor ni. pagi esoknya baru aku tau anak dia meninggal sebab aku tak on data. OMG..tak tau nak kata apa. aku tumpang sedih sebab rasa macam mn kalau jadi kat diri sendirikan? kami pi rumah dia, sempat tengok jenazah anak dia. kawan aku tu pun sempat tengok jenazah anak dia.dia mintak kat doktor nak balik awai. ada kawan aku punya kawan, doktor tak lepas balik tau walaupun anak nak dikebumikan dah. lokasi kejadian spital yang sama. heran la aku dengan keja doktor ni. mcm kes aku, bacaan gula normal tapi dia suruh aku chek gula sehari 4 kali. yang aku rasa biol tu, doktor sendiri cakap kenapa kena chek gula ni, tak diabetic pun. eh, ada nama doktor kot yang bagi arahan first, ko tanya la dia. aku rasa bengong ja. kan satu jbtn, tanya la reason. ni dak, biaq ja. heran aku depa ni reja. mcm buat main2 pun ada. tak pasai2 aku kn jumpa pakar kerap. bkn kes apa pun. semua bacaan gula aku normal..
semoga kawan aku meera tabah menghadapi dugaan ni. dia dapat anak lelaki, kalau hidup sepasang la. tapi, apakan daya, Allah lebih sayangkan anak dia.

crita 2 :
bukan aku nak promot insurans tapi it is related. kawan sekolah aku, disahkan kanser paru2 tahap 4.2/3 dari paru2 dia dah rosak. sekarang berada di icu spital alor setar. anak yang paling kecik umuq 9 bulan. sedihkan?company dia buat la kutipan derma untuk dia tapi tau saja la, nama pun derma, berapa sangat nak dapat. kawan aku ni takdak insurans. aku bukan la nak kata, insuran ni penting. memang la kalau sakit, berubat kat mana pun kalau tak sembuh, tak sembuh juga. tapi cuba fikirkan, insuran ada bagi pampasan kan? boleh dak kita guna pampasan tu untuk berubat, cari ubat yang lebih baik, cari tempat yang kita boleh dapatkan rawatan dengan cepat? boleh kan? kalau ada medikal kad, walaupun limit sikit tapi at least kita bleh dapatkan rawatan dari swasta yang lebih cepat. tapi confirm la rega mahai.admitted , dapat claim elaun spital. kalau meninggal, anak2 akan dapat la jugak pampasan yang dia boleh guna untuk nak survive. kalau takdak pampasan, cmna nak survive yang ditinggalkan tu? kalau anak dah besaq lain, anak kecik?cuba fikir. orang melayu ni bukan takdak duit tapi malaih nak amik pusing bab camni. bila dah kena baru teringat nak amik insuran.sapa nak bagi dah ada penyakit dah. sebab tu insuran kena amik time sihat. benda yang nampak macam tak penting tapi teramat penting bila kita perlukan. kalau nak tanya pasai plan perlindungan, pasai saving dengan company insuran, whatsap ja aku 0178011859. aku bleh tolong. insuran ni boleh cover penyakit kritikal, mc akibat kemalangan, nak protect income. insya Allah, boleh bergantung kepad bajet la pampasan tu pun. kalau bayaq sikit camna nak dapat banyak kan?mcm beli rumah la, bayaq sikit dapat rumah kecik la, bayaq banyak dapat la rumah besarrrr...
jangan lupa, amik insurans, cover anda dan diri anda jugak. orang yang sakit akan bertambah sakit bila tak berduit..betulkan?

1 comment:

Kakcik Nur said...

AllahhuAkbar... ajal memanglah ajal, tapi kenapalah hospital boleh suruh kawan tu ulang alik saat dia dah sakit? Hospital manalah tu? :(