Saturday, 10 December 2016

Balik Kampung

dah lama tak balik kampung. anak anak aku pun dok tanya, awat kita tak balik kg ubi. merujuk kepada kampung padang ubi. kalau mak aku,depa pangge tok ubi, maksudnya, tok dok di kg padang ubi..kalau mak mertua aku, depa pangge mak tok tmn selasih. haihh simple benor panggelan depa. tok ubi ja.nanti aku tune bagi pangge betul betul..
mak aku dah 2 bulan dok di meru, rumah abang aku. jadinya dia pun dah cemuih sangat dok di sana. bukan ada apa nak buat pun. masak kat abang aku ja. pastu tengok tv, tidoq, bangun masak lagi..mana la tahan orang tua tu. 2 bulan cukup lah. dia nak balik kg. adik aku la pi amik.
bila mak dah ada di kg, boleh la aku balik. tidak, nak balik kg pun malaih. ada adik aku dengan anak anak dia ja.sebelum balik kau beli ikan siakap 2 ekoq, temenung besaq 6 ekoq, sotong berapa ekoq ntah. dah alang2 ke market, bawa mak mertua aku pi beli cabai bawang. bawang kat rumah ada seketoiii ja. aku pi buat piza plak. habis langsung bawang dia.so, hari jumaat, aku bawa pi la market sat.
balik market, buat makanan anak aku yang kecik tu, petang tu aku balik kg. lega, berjaya sampai ke kg walaupun separuh perjalanan aku kena dukung yg kecik sambil drive keta. nasib keta auto..hahahaha..selalu dah aku bw camtu. dr taman tiram ke tman selasih pun, separuh jalan ja dia dok dlam bekas dia. lain semua aku kena dukung.

No comments: