Tuesday, 27 December 2016

Tadika Baru Ain

tahun ni ain akan ke tadika baru. tadika tapis bestari di taman cengal. ada 2,3 orang staf pejabat aku hantaq kat sini anak depa. jadi, aku pun ikut sekali. tadika ni dah lama dah wujud. dah establish dah. students dia pun ramai yang dapat masuk sek ren islam yang memang femes kat sini.setiap tahun dlm belasan budak la yang dapat masuk sek tu. aku dah pi bayaq duit buku, dah amik baju.cuma yuran bulanan ja aku belum bayaq sebab boleh bayaq bulan januari. setengah tadika depa amik siap siap utk bulan pertama tu. mana nak jumpa tadika (setakat yang aku tau la) yang tak kisah bayaq yuran 3 kali, tak bayaq yuran tak penah kacau, boleh tawaq menawar yuran bulanan. kat tadika ni ja la boleh dpt. aku kena bayaq yuran sebulan rm270. tapi aku mintak diskaun dapat la rm250. bayaran tu untuk setahun, bukan sepenggal. tadika yang aku pernah hantaq anak aku, bayaran setahun dua kali sebab depa kira penggal..so, memang tadika ni ok la. bukan dari segi bayaran tapi dari semua segi. budak2 dia pun pandai sebab cikgu memang tekan bab belajaq nih. total aku bayaq kemarin rm490. ain ni, akai jugak ni sebab mula2 dia kata nak ke tadika lama. tapi aku pujuk la dia sebab tadika ni ada ajaq bab agama. tadika lama tadika cina. takpala, nanti darjah 1 aku bagi dia belajaq bahasa cina sebab sek ren dekat opis aku ni ada subjek tu. semoga anak aku mudah bangun pagi sebab dia ni perangai gak kadang2 tu..abang dia lain, senang ikut, yang pompuan ni lain sikit. tapi lama2 dia ok tu. 

No comments: