Monday, 26 December 2016

Dah Nak Sekolah

pejam celik, pejam celik dahhhh nak bukak sekolah.
sat ja cuti sebulan tu. rasa cam lama tapi sat ja.
anak aku dah nak masuk tahun 1. hari tu pi dengaq taklimat,
pi bawa dia exam untuk kelas. mula2 memang target nak dia masuk kelas pertama,tapi, fikir balik, masuk la kelas mana pun. tahun ni sekolah dia ada DLP (dual language prog) maksudnya pengajaran dalam bahasa inggeris dan melayu. masa taklimat tu, cikgu bagitau ikut mak ayah la nak bagi anak masuk kelas tu ke dak? kalau tak nak, masuk kelas no 2 dan seterusnya. hmmm aku takut jugak sebab macam mencabar ja. ikutla result dia. kelas mana pun belajaq jugak. kalau nak berjaya bukan ikut kelas, ikut otak budak kan?
baju sekolah dah beli, buku dah beli. semua hampir setel. cuma baju sekolah belum berjahit lencana. baju belum iron lagi. aku beli baju 4 lai, seluaq 2 lai. 2 kain bodo ja,2 lagi kain licin. takpa, bergasak la..kalau rosak beli lain. masa tu ada offer kat tesco, selai baju sekolah kain cotton rm6..murah kan??? kasut sekolah 2 pasang. haihhh anak nak sekolah, mak yang lebih nih. belum kira lagi nak tulis nama kat baju anak, kat pencil anak, kat kotak pensil anak. banyak sangat keja nih. minggu pertama tu aku nak kena tengok jugak dia nak ke kantin. tapi, dia kata nak bawa bekal. jimatttt duit.makanan pun confirm bersih kalau bawa bekal..tengah dok pikiaq apa menu dia nak bawa nih..tu baru sorang anak, yang no dua belum lagi. tulis yang bab mohsin dulu, kang lupa. perbelanjaan dia setakat yang aku ingat :

baju sekolah + singlet kat tesco : rm 24.00
kasut newbery dengan stoking (jaya jusco ) : rm 31.80
kasut diadora diskaun 50% : rm 13.45
baju sekolah kain licin dengan seluar + kotak pensil + tali pinggang + kapur kasut : rm 126.00
beg sekolah newbery :rm 29.99
kaler staedler tesco offer :rm 6.90
buku :rm 82.30
baju sukan dengan lencana dan tie : rm 47.70
yuran pibg : rm 30.00
total : rm 392.14

tu baru sorang..kalau banyak orang anak, congak la sendiri..kadang2 pelik jugak, awat yang kos tadika lagi mahai dari sek? heran aku..takpa, yang tu aku tulis next topik..
semua dah hampir ready, sekarang nak tunggu bukak sekolah dannnnn mak yang rasa bedebar...
standardkan mak mak rasa camtu?

No comments: