aku bercuti di Perlis. Bukan nak pi mana pun. Nak pi tidoq di hotel ja. Sebabnya, aku janji dengan anak anak aku nak pi Cameron Highlands sebelum tu, tapi apakan daya yang kecik tu demam. Jadi, tak jadilah nak pi CH. Bila dah ok demam, cuti sekolah already..Habis camno? Nak pi CH , pakai dak la , jalan mesti jem gila babas punya. So, tukaq plan, sebab nak mengabulkan hajat anak anak, kita pi Perlis la senang. confirm tak ramai orang. yesss..yang penting dok hotel kan? Ala budak budak bukan tau pun hotel tu berapa star, janji hotel. So, aku pun chek kat google. ooo jumpa satu hotel yang masa aku pi tahun sebelum tu, aku just lalu ja depan hotel tu. Google google, jumpa la Hotel Putra Regency dan Brasmana Hotel Putra. Mana satu nak pilih. Satu kat pekan kangar, satu kat jeti. Baca la review dulu. Aiseyyy banyak nor komen -ve pasai Brasmana Hotel. ish takut lah nak dok situ, satgi problem plak. Aku amik la Putra Regency Hotel, tanya price, deluxe room rm235, extra bed rm35. cantikkkk..Masih dalam bajet. Tunggu laki aku keluaq ops ja, teruih kami pi. Aku bawa tiga anak aku pi, amik, jom dok hotel.Mandi kolam, makan kat cafe hotel. Puas rasa hati, bila anak anak aku hepi ja bila masuk dalam bilik hotel. not bad and really recommended to stay here. Price pun ok sangat.
Lepas check in, rehat sat, semayang pastu keluaq cari baju mandi ain sebab tak bawa baju mandi dia. Setel bab tu, makan kat Subway kat dalam C mart Arau. Setel tu, balik hotel, mandi kolam puas puas. Malammmm plak, kami pi makan kat Kuala Perlis. Amboiiii mak, ramainyaaaaa orang kat kedai mona tu..Malaih plak nak menunggu kalau orang ramai camtu, kami pun makan kat kedai hujung. LizaCheMat kalau tak silap. Ok la.Sama ja rega dengan kat belah Kulim ni. Selesai makan, kami balik hotel.
Aku nak cucuk duit kat CIMB, jenuh mencari mana CIMB kat perlis ni. Guna waze pun tak dibawanya betul betul ke lokasi. At last, dapat gak la cucuk duit. Esoknya, lepas breakfast, teruih terjun kolam..Suka betoi anak anak aku dapat mandi kolam..Amik kau, mandi puas puas. Aku tunggu sat ja depa mandi, pastu aku naik bilik. Bagi mandi yang kecik tu, tunggu depa naik, kemas beg semua, ready to go back to Kulim.
Jadila semalam stay kat hotel, kalau ada duit dan masa, kita pi tang lain plak. OTW balik, kami makan di Kenny Rogers Sg Petani. This month, 3 times kami makan Kenny's Rogers sebab dapat redeem yang resit isi minyak caltex. Haiii syarikat minyak, rajin rajin la buat promo camni. Suka betul aku.
No comments:
Post a Comment