ayahanda mertua aku, allahyarham Abu Bakar Bin Idris telah kembali ke rahmatullah pada 24.9.2011 (sabtu) pada jam 5.45 ptg di Hospital Seberang Jaya, P. Pinang pada usia 68 thn..beliau dimasukkan ke hospital kerana telah nazak dan koma pada Khamis 22.9.2011. beliau telah menderita sakit selama 3 bulan bermula pada 16.6.2011..sejak hari itu, beliau tidak bangun dan hanya terbaring di atas katil. makan minum, mandi semuanya perlu dilakukan oleh anak2 dan isterinya..
Pemergiannya amat dirasai dan pastinya akan sentiasa dirindui oleh isterinya, anak2nya dan cucunya..
pepatah Melayu mengatakan patah tumbuh, hilang berganti, tetapi, hilangnya seorang ayah atau ibu, pasti TIDAK akan ada penggantinya..kerana ibu dan ayah hanya SATU shj di dunia ini..tiada 2 atau 3..
pak mentua aku ni mengidap kencing manis kronik.. mula2, ibu jari kaki dipotong...waktu tu, aku dalam pantang kat anak aku...kiranya setahun lebih dah la kejadian ni berlaku...
lepas tu, kakinya terpaksa dipotong sehingga ke paras bawah lutut..masa tu, anaknya yang sulung buatkan kaki palsu untuknya...bleh la dia berjalan dalam rumah..pi masjid pun bleh...
cumanya pada 16.6.2011 tu dia mengadu sakit kepala, nak tiduq dan terus tak bleh bangun..masa tu lah anak beranak dia bergilir menjaga ayah mereka. apa yang nak dimakan, mandi, buang air besar,seeeeemua anak dia bantu,..bagus anak2 dia ni...
sudah ditakdirkan, hayatnya setakat 24.9.2011..janji Allah adalah pasti dan tidak akan terlewat atau tercepat walau sesaat..semoga pak mentua aku akan ditempatkan bersama dengan orang yang beriman dan sentiasa dirahmati Allah..amin..
1 comment:
Amin...semoga beliau dicucuri rahmat...
Post a Comment