Monday, 23 September 2013

ain batuk

rasanya sekarang time anak anak demam kot..sebabnya, anak kawan aku baru ja lega demam, lepas anak kawan tu anak kawan ni.lastly, anak aku.aku ingatkan yang sulung nak demam rupanya yang kecik tu yang demam.dah la demam, batuk lagi, kerongkong merah lagi kahak lagi tambah kot atas..siannnn...aku dah bawa pi klinik kesihatan, dia bagi ubat demam, batuk dan untuk kerongkong.. dah 3 hari makan ubat tak ok gak lagi..aku ulang pi lagi..doktor kata tak dak ubat baru,continue yang tu dengan tambah dos untuk ubat batuk..yang aku kesian, bila malam, anak aku batuk pastu dia akan muntah sebab kahak tu dia tak reti nak kuarkan..kita boleh le ludah kuaq..dia mana tau nak buat..lastly aku bawa dia pi klinik kanak2 kamachi kat kilang lama kulim tu..adoiiii punya la ramai orang..yang tension tu klinik buka pukoi 6.30 petang, amik no dulu la sebab doktor mai klinik pukoi 7.30 malam..dah tak tau nak buat apa, pi beli makan dulu..balik, tunggu je la doktor masuk..nasib mai awai, aku dapat no 4..tak la kena tunggu nak jumpa doktor lama2..dah jumpa doktor, dia bagi 2 ubat ja..batuk dan kahak dan ubat untuk paru2..next appoinment mai balik untuk check ok ke tak ok paru2 dia..caj?rm35.00..ish aku crita mai, 2 klinik pakar kanak kanak yang aku selalu bawa anak aku pi..ni yang murah sikit..aku dok ingat mesti kena rm50 keatas, upanya rm35..lega lega alhamdulillah..gaji lambat lagi oiii...

Wednesday, 18 September 2013

pilih brader pilih, pilih sister pilih...

 
jeng jeng jeng..okey..ni aku nak habaq mai...aku la ni dok menjual produk kecantikan dan kesihatan..aku jadi agen satu kedai tu..ni antara yang aku juai..rega aku bleh bagi kurang dari standard sebab aku dapat komisen..ni produk Jamu Ratu Malaya..ada banyak lagi..tapi aku masukkan 4 barang je dulu..lain2 barang boleh tgk kat fb aku siti sarah abdul wahab..
 
 
produk ni utk nak pejalkan kembali payudara..kan orang pompuan menyusukan anak, breast akan jatuh sikit la..tak macam masa anak dara..bleh cuba guna krim ni..

 
ni lak jus untuk kecantikan dan kesihatan..satu jus mangga merah

 
ni plak jus tea peach mengkudu..

 
ha ni untuk yang jaga badan..nak kurus slim cam anak dara..sebab tu la namanya Persis Dara walaupun dah beranak pinak..kalau nak tau rega utk korang..comment kat aku yer..nanti aku balas...pm kat fb pun bleh..suma produk original..dun worri...

Bosannya...

aiseyyyy napa malaih nak kerja nih?2 3 minggu ni rasa malaih ja..napa pun tak tau..hampa ada rasa cam aku dak? bila mai reja rasa nak dok di rumah..bila dok rumah rasa nak mai keja..apa la aku nak buat..nak g jumpa klien pun malaih...camna duit nak masuk..aiseyyyy

Monday, 16 September 2013

Sedapnya Baskin Robbin Nih

ni gambar lama.masa bulan posa hari tu.aku bawak yang sulung ja pi  Jaya Jusco Perda sebab nak cari baju raya depa.yang kecik tinggai kat mak menakan dia.masa ni time Jumaat..laki aku pi semayang Jumaat, aku dok tunggu kat Jusco dengan anak aku..sambil tu beli le ice cream baskin & robbin ni..harga pun dah lupa..tapi ok la.sekali sekala.
 

wajah gumbira dapat makan aiskirm..maknya telan air liur..posa kan?
 
 
sedapnya..nak sikit....mama beli lain la..lagipun mama kosa (puasa) kan..sedap ja anak aku jawab..pandai pandai..

Saya Belanja Pizza

 aku saja nak belanja keluarga aku makan pizza..ala bukan mahai sangat pun..kan sekarang ni pizza rajin dok bagi pamplet yang ada diskaun bagai nak rak tu.aku order pakai kupon tu la.3 biji regular baru rm38.kan murah dan mudah. dah lama tak belanja keluarga Bang Din makan-makan..ni la yang mampu aku keluarkan..heheheh aku bukan orang senang.tapi yang buat aku suka belanja depa ni sebab depa jaga anak aku..dua dua depa jaga.dan depa jaga dengan penuh kasih sayang.depa ni suka budak budak..jadi aku senang hati bila mak sedara sendiri jaga.jangan kata mak sedara jaga,mesti la depa jaga dengan elok..tak jugak..ada yang jaga tak elok..cincai ja...

 
ini la pizzanya..3 bijik..
 
 
bila dah buka, semua serbu..budak budak la..yang besaq2 tengok dulu yer..
 
 
hmmm yummy...i like..

ada rezki, makndak belanja lagi k..tolong jaga mohsin dgn ain elok2 k..

Sup Belut

 
pernah makan belut?aku pun tak pernah sebelum ni..tapi dah ada anak 2 nih bila batuk ja bawa pi check doktor, doktor kata paru2 lemah..ni la jawabnya..bagi makan sup belut..belut pun sekarang payah nak jumpa.tak semua pasar malam ada juai belut..tapi nasib le kat pasar malam taman selasih, belut sentiasa ada..aku pi malam tu ada 4 ekor..aku sebat la semua..nasib le sapa lambat..bukan untuk aku sorang sebenarnya, untuk anak sedara aku sama.dia tu asik batuk ja..kat kerongkong tu macam ada kahak lagi..dah pi jumpa doktor, sama ja..sebab tu aku kata tak semua pasar malam ada juai..kat kampung aku tak dak juai belut..dah alang-alang nak beli, beli la kat dia sama..
 
 
ha, ni dia sup belut..tumbuk bawang merah, bawang putih, halia..tumis ja..boh la belut dua tiga ketoi..cukup la budak kecik yang nak makan..wangi jer..tapi nak basuh belut tu jangan pulak pi basuh dengan garam ka asam keping ka sebab nanti lendir belut tu hilang..yang kita nak lendir belut tu buat ubat..orang tua2 kata..ikut je la..
 
 
 
aku masukkan nasi sekali..sebabnya nanti nasi tu kembang senang anak aku nak makan.nasi blender dia dah tak nak..nak yang pejal sikit..dah setahun pun dia..mana nak makan moi lagikan..apa yang kami makan dia pun nak..tapi agak2 la nak bagi pun,yang dia boleh makan ok la..jangan bagi yang bercabai pulak..pedas oo...

Komplen..

ada manusia yang suka komplen..tu komplen..ni komplen..aku kadang2 rimas pun ada.apa la dia ni..asik komplen ja..lagi lawak kalau dia ampu diri bagai..dia masak sedap, ceramah pandai, buat tu pandai tapi hasilnya kami haram tak pernah tengok..bab makan lagi dasat..org ni masak tak sedap..kurang tu kurang ni..ha, dia bawa mai masakan dia..berjabu orang komen..sembang ja lebih..dia punya cerewet bab makan sampai orang yang tak dok pejabat sekali dengan dia pun tau..bayangkan..bab kerja..semua dia pernah buat..tapi bila suruh buat, gelabah...nyampah nyampah

Saturday, 14 September 2013

Aku Dah Jumpa

ha kan aku ada wat entry pasai Tadika yang aku nak masukkan anak aku tu..last Kamis, aku terberhenti di satu tadika tu..actually, aku tak rancang pun nak pi situ..aku nak cari tadika lain..tapi dah silap jalan..tanya pi la.dah aku berenti dah depan tadika tu..mula2 aku punya impression tu macam tak berapa la sangat..sebab aku ada aim satu lagi tadika..bila aku masuk ja, aku tgk ada piano..aikkk ajaq muzik ka?sebab banyak2 tadika yang aku pi, satu pun tak dak muzik..aku pi pejabat, jumpa dengan pengetua..sorang pompuan india..sembang punya sembang..dia tunjuk kat aku silibus..ok..tadika tu main dia mandarin..yes..itu yg aku cari..yuran? dia  bagi la jadual bayaran..rm250 sebulan dari pukoi 8 pagi sampai 2.00 petang..aik?murah sebab semua yang aku pi pukoi 8 sampai 12 atau 12.30 ja..rm250..ni sampai petang..ada iqra dengan muzik lagi..cantikkk aku dah terpikat..tanya plak bab makan?ok..sini melayu yang masak..lagi la cantikkk sebab yang aku tanya sebelum ni cina masak, indon masak..tapi yg lagi lawak...kalau cikgu tadika jawab..kami tak makan pork kami makan ayam tapi beli kat cina..adoiii aku takut betul kalu jadi camtu..nampaknya depa tak berapa paham lagi halal haram kta ni..takpa,kita cari ja tadika lain..ada lagi kisah pasai tadika ni..nanti aku sambung...

Tuesday, 10 September 2013

Pening Pala

aku memang pening sikit la ni sebab dok mencari tadika mana nak hantaq anak aku..aku memang berminat nak hantaq anak aku pi tadika cina sebab nak bagi dia pandai cakap cina..aku pi cr merata kot Kulim ni..jumpa la..ada satu yg aku berkenan dan memang rasanya dah confirm nak hantar situ..masalah lain pulak ialah nak hantaq sekolah bagi dia tau agama gak .cam mengaji, solat dan sebagainya..aiseyyy payah nak jumpa..kot belah kulim ni bukan macam bandar besaq lain..kawan aku anak menakan dia ngaji sekolah cina, tapi owner melayu so lengakp lah smeuanya..bahasa cina ada, english ada,bahasa melayu ada..agama pun ada..ish best la kalau ada kat sini camtu..tapi takpa aku akan cuba cari jugak..ada rasanya, tapi tak pasti kat mana..takkan tak dak kot kat  kulim ni camtu kan?i will try..