Tuesday, 28 July 2015

Puasa Sunat & Touch n Go

korang dah habis puasa sunat syawal? aku baru nak start hari ni. memang lambat betul startnya. dah berapa belas hari syawal, baru aku nak mula. takpa la lambat pun, moga sempat la kan. pahala tetap sama kan? 
fyi, sapa yang selalu ke penang atau lain2 tempat tapi bayaq tol cash, hampa kena start beli touch n go atau smart tag sebab mulai 9 september ni, semua pakai yang elektronik dah. no more cash. termasuklah aku. aku pun kena beli kad touch n go sebab sebelum ni, aku guna cash ja. setakat ni yang aku tau, nak ke penang, kubang semang, kubang pasu dengan 2,3 tempat lagi. untuk lebih selamat, beli ja kad tu. senang. kat mana2 pun bleh guna. kalau ada cash kita guna cash kalau semua pakai kad, kita dah ada. selamat kan?

Monday, 27 July 2015

Hutang

masa cuti hari raya hari tu, aku ada tengok rancangan tanyalah ustaz kat tv9. berkaitan bab hutang. apa yang aku dapat ustaz herrianto tu kata bab hutang nih:
1.wajib memberi hutang kepada orang yang memerlukan untuk membeli barang keperluan seperti beras, susu anak dan sebagainya.
2.makruh memberi hutang kepada orang yang berhutang untuk membeli pakaian sedangkan pakaian dah banyak.
3.haram memberi hutang kepada orang yang akan gunakan duit itu untuk membeli arak contohnya.
suami guna duit isteri? kena bayar ke?
jawapannya kena bayar sebab itu duit isteri walaupun duit isteri tu dari suami. yang ni ustaz tu kata, jangan si suami kata, alaaa duit dia tu pun aku yang bagi. bila dah diberi, bermakna duit isteri. wajib bayar.
pinjam bawang jiran, beras jiran? wajib dibayar sebab itu barang orang, bukan kita punya.
dan menjadi satu kewajipan juga supaya pemberi hutang dan pembayar hutang tulis setiap jumlah yang dihutang supaya jelas amaun hutangnya. sebab kalau orang yang berhutang kata, aku hutang kau rm100..tapi pemberi hutang kata, eh rm 150 la.haaaa..kan dah gaduh.
lepas tu pulak, bila ayah atau emak atau sapa2 yang meninggal, jangan kira nak faraid dulu, kira nak setelkan hutang si mati tu dulu. baru betul.
dannnnn yang paling penting..kalau kita tak bayar hutang orang, pahala kita akan Allah bagi kepada orang yang kita berhutang. jangan buat main,penat kita sembahyang, puasa tapi pahala sikit sebab dah diberi pada orang lain.rugikan? baik bayaq cepat. tapi jangan cakap plak, saya tak bayaq ptptn, pahala saya pi kat ptptn ka? itu isu lain k...

Catatan Sempena Hari Raya 2015 - 1

camna raya hampa?raya aku cam biasa ja. maklumlah baju raya tak beli. saja nak pakai baju yang mana ada. owhhh aku tahu bagaimana rasanya beraya tanpa baju baru. kesiankan orang yang tak dak baju raya. kalau baju dah tak ada, camna kalau takdak langsung persiapan raya, contohnya, biskut, kasut, dan yang paling sedih kalau memang tak mampu. apa la perasaan anak-anak kecik kan? bila tengok anak jiran pakai baju baru, sedangkan depa takdak pun baju baru. orang lain makan rendang ketupat segala maknenek, depa apa pun takdak.. sedihhhhh sangat rasa.
anyway, this year, raya sangat simple tapi meaningful jugak sebab seperti biasa, kami akan beraya ke rumah sedara mara. raya pertama, mak mertua aku masak nasi lemak, sambal ikan bilis. tu wajib. setiap hari raya pertama itu menunya. ikutkan aku nak buat spageti tapi tak jadi sebab bil (brotherinlaw) yang pertama raya kat sini dulu, jadinya mil takut dia tak biasa makan spageti..what? tak biasa, amboiii kau, keja petronas, gaji mahai bagai takkan tak pernah makan spageti?ok..aku tak buat la. so, raya pertama aku biaq ja la mil aku masak. mil ni kalau anak sulung dia balik, pening pun jadi ok, sakit lutut pun ok terus. nak masak bagi anak dengan menantu dia makan..lantak le, aku tak amik tau. ketupat pun yang segera.aku beli dekat Suha Halal Frozen Food. macam2 ada. nak satay, nak daging kambing,nak dim sum halal, pi ja beli kat situ. petang raya, aku balik rumah mak aku. sampai ja, adik ipaq aku tengah buat me bandung. aiseyyy..mi tu, faveret aku. balun 2 mangkuk. sembang2 dengan abang aku, main bunga api bagai. gila ko, abang aku habis beratus untuk bunga api. mercun gasing, mercun kecik, mercun lidi, bunga api yang tembak 25 kali..ishhh banyaknya hang buang duit kat situ. rugi rugi. asben aku pun bawa balik gak mercun bagai, tapi dah yang abang aku punya ada, main yang dia saja dah la. yang kita punya main lain kali. habis main semua dalam pukul 12..anak aku ain yang biasanya tiduq lewat pun, malam tu tiduq awai sebab letih main bunga api kot. nasib le kami ni rumah kedalam sikit. hutan ja keliling, kalau tak, mesti jiran marah sebab bising dengan bunyi mercun. kat tempat abang aku tak berapa best nak main. jiran marah dia kata.so, next day, raya kedua, kami pi Penang. pi Queensbay.. sebab nak membeli jam tangan. aku pilih swatch sebab kalau beli satu, bayar lagi rm96, bleh buat cabutan bertuah, dapat jam jugak, so..bleh dapat 2 jam. aku beli yang rm 175, bayar rm 96, jadi total..rm 271..ok la tu, swatch ja pun. nak beli roscani ka alba ka mahai sangat pulak. eh lupa nak crita, sehari sebelum raya, kami pi sampai pacific tu, cari kasut mohsin. satu pun dia tak berkenan. lastly, hari raya pertama pi the store, beli kasut yang dia nak sangat. bumble bee. aku bukan tak mau beli sebenarnya. masa pi beli baju raya lagi dia nak dah kasut tu, tapi aku rasa macam tak berbaloi sebab rm 31 sandal bodo ja pun. ada gambaq bumble bee ja pun. lastly, beli jugak. adik dia aku beli sandal frozen. rm 19.90.lepas beli jam, balik ikut jambatan pulau pinang kedua. adoiii jauhnyaaa.nak cari pun susah. mungkin sebab kami first time kot..lengangnyaaaa jambatan tu..keta pun banyak. aku kira ada la dalam 5 biji keta yang ada atas jambatan tu. bagi aku, rasa tak berapa nak relevan jambatan tu kat situ. yang lama lagi banyak orang guna sebab kedudukan yang amat dekat dengan kulim..senang nak acces. yang baru ni, laluan keluar pun sunyiiii ja. mungkin depa nak membangunkan batu kawan kot. tunggu la sikit tahun lagi, mesti akan membangun jugak kan? agak je la..balik ikut situ, teruih singgah rumah abang aku. singgah pun sat ja. makan bihun goreng sikit, makan biskut raya sikit, amik buah rambuatn, pastu balik. ok..setel raya kedua.

Tuesday, 14 July 2015

Risiko Beli Online

sekarang ni bisnes banyak yang online kan? kalau tengok kat ig tu, mau rambang mata nak beli. ig ni murah, ig tu murah..semuanya murah2 belaka.tudung, baju siap, kain baju, palazo, aishhhh macam2 ada. mak ayah ja takdak juai. alkisahnya, kawan opis aku ni, beli le baju raya kat online. bukan beli dekat orang lain, kawan sendiri jugak. kawan masa sekolah dulu-dulu. ada la dia promot kat aku, kalau nak jubah sedondon anak beranak, kawan dia bleh buat. kain semua depa beli. kita dapat dah siap ja. dia pun pesan la jubah sedondon dengan anak pompuan dia yang 2 orang tu. sampai la jubah tu kemarin. tapi sayang..warna dah lain. minta kaler lain bagi kaler lain. saiz xl..kawan aku tu l ja. pastu kain jubah tu, murahhh ja kainnya. dah tu, fesyen apa yang dia jahit pun tak tau la..cukup tak cantik. kawan aku tak menyusu, dia pi buat zip kat depan. kalau zip tu tersorok takpa la. ni nampak zip tu, mana cantik. sian kawan aku tu, takdak la baju raya,kemarin baru la pi cari ganti baju yang tak elok tu. takkan nak pakaikan ? kalau tangan nya lebih sejengkal, bajunya cam payung terjun besaqnya. ishhh sian la. nasib aku tak order sekali hari tu. 

Menu Hari Raya

korang masak apa hari raya nanti? biskut banyak ka buat? ka pakai biskut tunjuk ja? cadangan menu raya ni...raya pertama sahaja k.

spageti aglio olio (aku pandai dah buat)
spageti bolognise (ejaan salah ni)
apom polkadot
dadih
biskut raya 

ketupat, mil beli yang segera punya. petang satgi aku pi cari kat frozen food, yang melayu punya. banyakkkk produk depa. ada satay kambing, ada ketupat segera, ada kuih muih yang segera, karipap bentuk udang, daging kambing yang diperap dan macam2 lagi..serius teruja pi kedai nih. mil ada tempah biskut raya dengan adik adik dia. chik buat tat nenas dengan almond london. cu buat 6 jenis biskut. yang aku tau, semperit, peanut butter dengan apa ntah lagi. dah siap bersusun balang kuih yang dah berisi. tunggu raya ja.hmmm siap biskut2 ni semua kena ngap..aku paling suka tat nenas..auwwww sedap gila.aku try buat semperit susu, walaupun rupa tak berapa cantik tapi cair di mulut uuu..kalau rajin satgi nak potong roti nak buat biskut jejari roti nestum yang palinggggg simple dan sedapppp. kawan aku, wawa dah buat 2 balang dah. resepi aku bagi la tuuuu...

Monday, 13 July 2015

Lagu Raya

seperti biasa, time -time nak raya ni, maka berkumandanglah lagu-lagu raya. kat opis aku ni pun pakat pasang lagu raya. kat astro pun ada. yang kelakarnya lagu raya yang dinyanyikan oleh peserta akademi fantasia. aku pun dah lupa dan sebenarnya tak la berapa amik tau sangat pasai peserta AF tu.tapi bila tengok hazama, ema, erul, adira nyanyi lagu raya, laaaa mana pi depa ni semua..adira dah bertudung, erul tak tau la, ema pun sama, hazama masa tu belum glamer, tengok muka pun cam lain ja dari sekarang. tengok video klip erul, adira dan dina, eh eh, simplenyer. tapi, aku paling suka lagu raya yang lama..sedappp ja dengaq. lagu raya yang baru2 nih rasanya bila dengaq macam tak feel. kecuali lagu siti nurhaliza..yang tu sedap, yang lain tu rasa ntah apa-apa ntah. kurang kick la lagu baru nih. mungkin itu trend dan tak sesuai dengan aku kot. tu aku tak suka. mungkin orang lain suka..citarasa masing2 kannnn...

Raya Dah Dekat

kawan kawannnnnn... raya lagi 2 hariiiii.. bj raya berapa pasangggg??? kuih raya berapa balang? baju anak berapa pasang plak? kasut anak dah sedia ka? tahun ni raya yang paling sempoi, paling simple dan rasanya palingggg selamber..aku tak dak baju raya, asben pun sama, anak2 ja ada baju raya. biskut raya, aku tak beli, ketupat tak buat, beli ja yang dah siap, tunggu la esok, bersepah orang juai ketupat dengan lemang dengan serunding tepi jalan.duit raya pun tukaq sikittttt ja. aku pun tak tau nak bagi kat sapa dengan duit yang sikittttt tu..pasaipa yang rasa mcm sempit sangat raya tahun ni? pasai gst ka? pasai minyak naik ka? rasanya semua tu mempengaruhi mood raya tahun ni. ada yang macam biasa sebab depa mungkin duit berkepuk kepuk dalam poket, bukan aku saja, kawan2 aku pun rasa benda yang sama. semuanya pakat cut cost habis. hmmm tunggu lagi 2 hari nak raya, pastu sambung cuti raya 2 hari, pastu masuk balik kerja. rasanya banyak jabatan yang dah cut cost takdak jamuan raya. tahun lepas pun banyak jabatan yang tak buat jamuan raya, tahun ni lagi la. selamat hari raya semua...ampun maaf di pinta..

Pembunuhan Kejam

aku sebenarnya dah agak lupa tarikh sebenar kejadian. tapi rasanya dalam 2 hb julai atau 3 hb julai camtu. aku tau daripada whatsapp. ramai member2 opis yang komen tapi aku tak on kan tab aku jadi aku tak berapa tahu la sangat. kiranya dah sehari berlaku baru aku tau benda nih. kisahnya, kakak yang buka mini market sebaris dengan opis aku kena bunuh. kena bunuh. ya Allah..terkejutnya aku sebab aku dok bersembang dengan dia.patut aku dok heran, awat kedai dia tak buka? aku nak beli kupon parking pun tak bleh..rupanya kawan tu dah meninggal. ikut kata anak dia, selepas buka posa, dia kuaq jumpa kawan..rupanya, kakak tu bini nombor 3. asben dia tau pun sebab pagi tu, anak dia tepon bgtau kami tak pi sekolah sebab mama tak balik dari semalam. laki dia pun pi buat repot semua la. keta dia pulak jumpa kat belakang kedai juai tayar. kedai tu dekat ja dengan pejabat aku, maksudnya, dekat la dengan kedai dia. apahai plak dia pi letak kat situ sedangkan kedai dia dengan kedai tayar tu dekat ja.
so, bila kawan aku pi mahkamah, dia bercakap sendiri dengan polis yang incas kes bunuh tu, polis crita, kakak tu dibunuh dengan kejam. bukan kes samun sebab mustahil dibunuh dengan kejam sebab samun kan?. keadaan mayat masa tu, dijumpai ditutup dengan kanvas biru di belakang car wash. nampak kaki sebelah ja. mangsa telah dijerut dengan menggunakan roller yang digunakan untuk mengecat. kiranya depa pusing roller tu sampai jerut leher mangsa. mangsa hanya berbaju dalam dan seluar dalam dijumpai di dalam tandas car wash. hasil bedah siasat, mangsa tidak dirogol. muka mangsa pecah akibat dipukul. najis mangsa banyak keluar disebabkan dipijak atau perut mangsa ditendang. memang tragis kematian kakak tu. dan yang terkini, asben dan 2 orang kawannya telah ditangkap untuk siasatan. masa polis mai untuk chek mangsa tu, depa bawa anjing pengesan, anjing tu hidu badan mangsa. lepaih tu anjing tu lari pi kat rumah dekat dengan bengkel tu. jadinya, polis tangkap la lelaki tu. suspek la kiranya.lepas tangkap lelaki tu, tangkap plak tokey car wash tu dan lastly asben kakak tu. rupanya depa 3 orang ni kawan dok mabuk sekali. polis tu la kata. setakat hari ni, asben mangsa masih direman. tak tau la sapa pembunuh dan apa motif pembunuhan kakak tu tapi aku berdoa, moga2 pembunuh tu akan ditangkap. aku dan kawan2 yang kenai kakak tu tak sabaq nak tau apa sebab kakak tu dibunuh dengan kejam. moga semuanya akan terjawab. al fatihah untuk mangsa. moga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman. aminnnn

Sunday, 12 July 2015

Keja Semalam

kemarin, pejabat aku combine dengan 1 jabatan buat program kacau bubur lambuk.nama ja la combine, yang buat preparation dari mula sampai la ke sudah, jabatan aku ja pun. aku tanya bos, kata jabatan depa ni ada team kasih ka apa tak tau yang memang reja dok masak ja. mana pi?awat kita ja yang kena buat semua nih..beli barang kita, cari orang nak masak kita, semua kita, orang jabatan depa mai 2 orang dok tengok saja. letih kita yang lebih.pastu, mai amik gambaq snap sana snap sini, balik..senangnya..habis setel packing, pi bagi kat orang yang lalu dekat padang awam kulim tu. barulah ku tahu, letih sungguh rupanya berdiri di tepi jalan tu. dalam 30 minit selesai kami agihkan bubur lambuk yang 200 pek tu. lega. buat dalam bulan posa, adoiii dahaganya..kalau la dapat minum sirap bodoh pun sedap tak terhingga dah ni. hahhahah panaih-panaih tu macam2 la teringat. masa nak agih tu kami join dengan trafik. depa la control lalu lintas. jem jugak la sat.kalut jugak rupanya kalau nak buat agihan nih. kalau buat dekat tol senang sebab keta berenti utk byq tol kita bleh teruih bagi. ni kat jalan biasa, kena tahan keta untuk berenti. yang dok di belakang mesti rasa pelik, awatttt jalan jem. rupanya nak bagi bubur lambuk. anyway, thanks kepada semua yang terlibat. next time, kena deal dengan lebih cantik lagi supaya kita tak rasa cam berat sebelah. kalau takdak yang merungut takpa. ni banyak yang berbunyi. kena pikiaq balik la tu kan.

Thursday, 9 July 2015

Beli Jer

horeyyyy... hari ni balik kampung..jumpa mak, jumpa adik, jumpa fakhrul dengan faris. aku mulanya cadang nak ajak berbuka kat luaq, tapi masalah la dengan adik aku nih, dia balik keja lambat sangat. dalam pukoi 8, 9 malam baru balik, habis camno nak berbuka di luaq. so, nak mudah, aku beli ja bungkus, mak masak nasi ja dengan buat air. menu for berbuka hari ni :

ikan siakap 3 rasa (as usual)
telur bungkus
tomyam campur
kailan goreng ikan masin

sudah lah tu, banyak dah mak aku kata. semua rm42.50. murah tak?hmmm cam murah tapi ada rasa cam mahai sikit dari aku beli sebelum tu..

Peringatan Sesiapa Yang Berkunjung Ke Rumah Teman Time Raya

take note please....untuk peringatan bersama yer..jangan marah, jangan kecik hati

jangan memangku balang kerepek atau biskut sebab orang lain pun nak makan sama
jangan bermain handphone sebab raya setahun sekali,dah alang-alang mai rumah kawan tanya la khabar ka apa. kalau nak main hset baik dok rumah ja
jangan terlalu lama bersembang sebab tuan rumah pun nak pi beraya jugak
jangan sibuk tanya biskut ni buat ke beli. makan ja la yang orang hidang sebab kat rumah kita pun beli gak..kalau tak beli pun jangan tanyalah
jangan buat perangai mcam kat rumah sendiri..
jangan buruk lantak, ingat la dekat tetamu dia yang lain pun nak makan jugak, silap hari bulan tuan rumah pun tak sempat makan
jaga suara bila bersembang, jangan kuat nau spekaer tu
jaga la tingkah laku anak, jangan sampai tumpahkan air kat karpet ke, kuah kat sofa ke..memang la tuan rumah kata budak2 tp dalam hati kau tahu ke?

pesanan ni aku dapat dlm whatsapp, so aku share ler..beringat lah yer..

Wednesday, 8 July 2015

Dialog Hal Langsir

 dialog bab langsir antara mil dengan cikM

cikM : kak tak tukaq langsir ka taun nih?

mil : tukaq gak la, dah teringin nak langsir baru

cikM : kak upah kat sapa?

mil : upah kat biras Tat kat negeri sembilan tu, siap Tat bawa mai la, kaler semua depa pilih

cikM : cek pun buat lain, ija bayaq..cek tak amik tau aihh.ija, kak kan tak tau, banyak duit. (kawin dengan org beniaga)

mil : takpa la, kami bayaq sendiri..
(pastu mak aku masuk dalam rumah)

time buka posa, dialog mil dgn aku

mil : mak nak bgtau sarah ni tapi jangan crita kat sapa, kat bg N pun jangan

aku : apa dia, pasai pa?

mil : mak upah langsir kat adik ipaq kak bariah hang.yang dok kat negeri sembilan tu

aku : laa buat lansir baru ka?kata tak mau buat.

mil : buat pi la, teringin gak langsir baru

aku : berapa upah?

mil : rm 2200.00

aku : huihhh awat mahai sangat? kain apa dia beli?

mil : mak tak tau yang tu, bang Tat hang dengan depa yang uruih semua. mak bagi duit ja.

aku : kalau beli kain kat kilang takkan mahai sangat aihhh.. saya pi kilang kain langsir kat lunas tu murah ja . kat luaq juai mahaai la

mil : tak tau, tak tau, mak bagi duit ja, lain semua depa buat.

aku : bila mai ukuq tingkap?

mil : ada hari tu bg tat hang mai ukuq. ukuran semua bagi dah.

perbualan terhenti..buka posa..

aku teringat, duit rantai tangan yang aku hutang tu rm 800..baru bayaq rm100. dapat duit ot nanti nak pi setel. mil bleh beli langsir yang rega rm2k..kalau lah duit tu ditukarkan dengan rantai tangan, mesti best kan? hmm kalau la dapat beli rantai tangan...best best..bila aku nak dapat rantai tangan aku tu? hmmm tunggu duit ot la jawabnya... (dlm hati, mak pinjam sikit duit nak bayar rantai tangan. mak beli langsir mahai bleh)

Gaji Dah Dapat...Yeyyy Ke Huhuhu

sapa keja gomen? angkat tangan tinggi-tinggi..haaaa berceracak tangan angkat noo..rengih sampai ke telinga hari ni kan sebab gaji dah masuk. silap hari bulan duit gaji bulan lepas pun tak habis lagi dah masuk masuk yang baru kan..tu belum kira duit claim ot dengan mileage lagi tu. silap hari bulan masuk sekali..tu diaaa, kaya kaya. boleh soping tahap gaban ni. raya minggu depan ja kan? TAPI TAPI.... beringat ye staf gomen sekalian, gaji nak masuk pulak 25 hb, bulan Ogos yer.. gap 56 hari dari hari ni ke bulan depan baru nak masuk pulak cek. kalau dok joli sakan, habis raya, pakai poket kosong, mai opis makan roti, pastu start laaaa nak meminjam kat kawan. tu yang kawan angin tu. masa raya tak beringat, lepaih raya start la nak pinjam merata.ada yang pinjam nak beli susu anak. haiii ni aku tak gemaq, sebab bila dapat duit gaji awai, setel dulu yang mana penting. untuk nak joli2 kemudian kan. bayaq yang penting dulu, yuran tadika anak, duit susu anak, duit pampers anak, duit ngasuh anak, duit nak bagi kat mak, apa saja yang perlu selesai, setel dulu, pastu baru kita beli yang tak berapa perlu. biaq kita makan roti takpa, janji kita tak berutang dengan orang. malu anak kita kalau cikgu bagi surat mintak duit yuran, sebab duit dah terpakai. sian kat anak nak minum susu takdak sebab kita tak spare siap2 susu dia. beli buat stok apa salahnya. bukan expired bulan depan pun. kalau nak belanja mewah, pikiaq dulu, itu satu keperluan atau kehendak. memang penting atau saja nak beli sebab teringin. kalau dah teringin sangat, nyanyi la lagu teringin by shima. puas hati. aku dah setel semuaaa yang aku kena bayaq. biaqla tinggai sikit duit tu asaikan aku dah setel yuran anak, duit susu, pamapers, duit nak bagi kat mak, insurans semua..nak belanja, kita pikiaq kot lain plak.hmmm gaji sikit, kena la pandai bajet..

Baju Raya

raya dah nak dekat.. mingu depan ja oii. baju raya dah ada? aku belum, laki aku pun belum.anak2?ain punya dah setel. 2 pasang baju kurung, 2 pasang seluar. skirt takdo. mohsin baru beli t shirt ja selai. adoiii laki aku tak balik minggu nih. aku kena setel la nak beli baju raya. takkan takdak kot kat anak2..sian ooo ..yang dah tua ni lantak la takdak pun. yang kecik nih wajib la adakan..so, aku plan, esok aku nak kena g cari kedai yang juai baju murah. sebab kedai macam gudang sebelum baju masuk supermarket. ramai yang pergi beli kat situ sebab rega murah banyak yang dari supermarket. kalau tak dan nak pi esok, aku kena amik cuti satu hari bawa ain dengan mohsin pi beli kat The Store ja la. kedai tu aku tak tau. tu yang kena pi dengan kawan. pi super time kerja tak la ramai orang sangat. kalau tidak jenuh berlaga punggung la. camna nak membeli camni. ok..set, esok kita pi cari baju raya. kalau dak, kena amik cuti. ooo kena jugak la amik cuti sebab nak beli kasut raya sekali..aiseyyy... camna? kau kan super mak, hentam saja la. nak tunggu laki, pakai takdak baju raya la anak-anak aku nih...

Monday, 6 July 2015

Nak Tiru Ek

alahai cantiknya lampu lip lap kat rumah aku nih. bukan aku beli tapi abang ipaq aku yang beli. dah banyak kali anak aku mohsin suruh abah dia beli sebab cantik kan lampu lip lap lip lap di waktu malam. tapi, abah dia buat dono. so, pak ngah dia la yang beli. tak mahai sangat, rm80 ja pun. tahun lepas lagi dah ada lampu tu, tapikan, rupanya ada orang dok taram lampu tu. nak beli sebijik gak cam yang kami punya. mulanya kami tak tau niat dia tu, satu hari, 2 minggu lepas, masa kita start posa tu, mil aku perasan, ada lampu lip lap baru, dia pun tanya la, baru beli ker? ha, kak oiiii, dah lama cari baru jumpa. ija cari merata lampu cam nih..aiseyyy nak meniru rupanya...kalau baru beli cari la paten lain yang lebih baru, ni paten tahun lepaih cik oiiii...hehehe nak tiru ek..