sapa keja gomen? angkat tangan tinggi-tinggi..haaaa berceracak tangan angkat noo..rengih sampai ke telinga hari ni kan sebab gaji dah masuk. silap hari bulan duit gaji bulan lepas pun tak habis lagi dah masuk masuk yang baru kan..tu belum kira duit claim ot dengan mileage lagi tu. silap hari bulan masuk sekali..tu diaaa, kaya kaya. boleh soping tahap gaban ni. raya minggu depan ja kan? TAPI TAPI.... beringat ye staf gomen sekalian, gaji nak masuk pulak 25 hb, bulan Ogos yer.. gap 56 hari dari hari ni ke bulan depan baru nak masuk pulak cek. kalau dok joli sakan, habis raya, pakai poket kosong, mai opis makan roti, pastu start laaaa nak meminjam kat kawan. tu yang kawan angin tu. masa raya tak beringat, lepaih raya start la nak pinjam merata.ada yang pinjam nak beli susu anak. haiii ni aku tak gemaq, sebab bila dapat duit gaji awai, setel dulu yang mana penting. untuk nak joli2 kemudian kan. bayaq yang penting dulu, yuran tadika anak, duit susu anak, duit pampers anak, duit ngasuh anak, duit nak bagi kat mak, apa saja yang perlu selesai, setel dulu, pastu baru kita beli yang tak berapa perlu. biaq kita makan roti takpa, janji kita tak berutang dengan orang. malu anak kita kalau cikgu bagi surat mintak duit yuran, sebab duit dah terpakai. sian kat anak nak minum susu takdak sebab kita tak spare siap2 susu dia. beli buat stok apa salahnya. bukan expired bulan depan pun. kalau nak belanja mewah, pikiaq dulu, itu satu keperluan atau kehendak. memang penting atau saja nak beli sebab teringin. kalau dah teringin sangat, nyanyi la lagu teringin by shima. puas hati. aku dah setel semuaaa yang aku kena bayaq. biaqla tinggai sikit duit tu asaikan aku dah setel yuran anak, duit susu, pamapers, duit nak bagi kat mak, insurans semua..nak belanja, kita pikiaq kot lain plak.hmmm gaji sikit, kena la pandai bajet..
No comments:
Post a Comment