Monday, 27 July 2015

Catatan Sempena Hari Raya 2015 - 1

camna raya hampa?raya aku cam biasa ja. maklumlah baju raya tak beli. saja nak pakai baju yang mana ada. owhhh aku tahu bagaimana rasanya beraya tanpa baju baru. kesiankan orang yang tak dak baju raya. kalau baju dah tak ada, camna kalau takdak langsung persiapan raya, contohnya, biskut, kasut, dan yang paling sedih kalau memang tak mampu. apa la perasaan anak-anak kecik kan? bila tengok anak jiran pakai baju baru, sedangkan depa takdak pun baju baru. orang lain makan rendang ketupat segala maknenek, depa apa pun takdak.. sedihhhhh sangat rasa.
anyway, this year, raya sangat simple tapi meaningful jugak sebab seperti biasa, kami akan beraya ke rumah sedara mara. raya pertama, mak mertua aku masak nasi lemak, sambal ikan bilis. tu wajib. setiap hari raya pertama itu menunya. ikutkan aku nak buat spageti tapi tak jadi sebab bil (brotherinlaw) yang pertama raya kat sini dulu, jadinya mil takut dia tak biasa makan spageti..what? tak biasa, amboiii kau, keja petronas, gaji mahai bagai takkan tak pernah makan spageti?ok..aku tak buat la. so, raya pertama aku biaq ja la mil aku masak. mil ni kalau anak sulung dia balik, pening pun jadi ok, sakit lutut pun ok terus. nak masak bagi anak dengan menantu dia makan..lantak le, aku tak amik tau. ketupat pun yang segera.aku beli dekat Suha Halal Frozen Food. macam2 ada. nak satay, nak daging kambing,nak dim sum halal, pi ja beli kat situ. petang raya, aku balik rumah mak aku. sampai ja, adik ipaq aku tengah buat me bandung. aiseyyy..mi tu, faveret aku. balun 2 mangkuk. sembang2 dengan abang aku, main bunga api bagai. gila ko, abang aku habis beratus untuk bunga api. mercun gasing, mercun kecik, mercun lidi, bunga api yang tembak 25 kali..ishhh banyaknya hang buang duit kat situ. rugi rugi. asben aku pun bawa balik gak mercun bagai, tapi dah yang abang aku punya ada, main yang dia saja dah la. yang kita punya main lain kali. habis main semua dalam pukul 12..anak aku ain yang biasanya tiduq lewat pun, malam tu tiduq awai sebab letih main bunga api kot. nasib le kami ni rumah kedalam sikit. hutan ja keliling, kalau tak, mesti jiran marah sebab bising dengan bunyi mercun. kat tempat abang aku tak berapa best nak main. jiran marah dia kata.so, next day, raya kedua, kami pi Penang. pi Queensbay.. sebab nak membeli jam tangan. aku pilih swatch sebab kalau beli satu, bayar lagi rm96, bleh buat cabutan bertuah, dapat jam jugak, so..bleh dapat 2 jam. aku beli yang rm 175, bayar rm 96, jadi total..rm 271..ok la tu, swatch ja pun. nak beli roscani ka alba ka mahai sangat pulak. eh lupa nak crita, sehari sebelum raya, kami pi sampai pacific tu, cari kasut mohsin. satu pun dia tak berkenan. lastly, hari raya pertama pi the store, beli kasut yang dia nak sangat. bumble bee. aku bukan tak mau beli sebenarnya. masa pi beli baju raya lagi dia nak dah kasut tu, tapi aku rasa macam tak berbaloi sebab rm 31 sandal bodo ja pun. ada gambaq bumble bee ja pun. lastly, beli jugak. adik dia aku beli sandal frozen. rm 19.90.lepas beli jam, balik ikut jambatan pulau pinang kedua. adoiii jauhnyaaa.nak cari pun susah. mungkin sebab kami first time kot..lengangnyaaaa jambatan tu..keta pun banyak. aku kira ada la dalam 5 biji keta yang ada atas jambatan tu. bagi aku, rasa tak berapa nak relevan jambatan tu kat situ. yang lama lagi banyak orang guna sebab kedudukan yang amat dekat dengan kulim..senang nak acces. yang baru ni, laluan keluar pun sunyiiii ja. mungkin depa nak membangunkan batu kawan kot. tunggu la sikit tahun lagi, mesti akan membangun jugak kan? agak je la..balik ikut situ, teruih singgah rumah abang aku. singgah pun sat ja. makan bihun goreng sikit, makan biskut raya sikit, amik buah rambuatn, pastu balik. ok..setel raya kedua.

1 comment:

paridah said...

SELAMAT HARI RAYA SARAH...SERONOKNYA BERAYA.