Monday, 13 July 2015

Pembunuhan Kejam

aku sebenarnya dah agak lupa tarikh sebenar kejadian. tapi rasanya dalam 2 hb julai atau 3 hb julai camtu. aku tau daripada whatsapp. ramai member2 opis yang komen tapi aku tak on kan tab aku jadi aku tak berapa tahu la sangat. kiranya dah sehari berlaku baru aku tau benda nih. kisahnya, kakak yang buka mini market sebaris dengan opis aku kena bunuh. kena bunuh. ya Allah..terkejutnya aku sebab aku dok bersembang dengan dia.patut aku dok heran, awat kedai dia tak buka? aku nak beli kupon parking pun tak bleh..rupanya kawan tu dah meninggal. ikut kata anak dia, selepas buka posa, dia kuaq jumpa kawan..rupanya, kakak tu bini nombor 3. asben dia tau pun sebab pagi tu, anak dia tepon bgtau kami tak pi sekolah sebab mama tak balik dari semalam. laki dia pun pi buat repot semua la. keta dia pulak jumpa kat belakang kedai juai tayar. kedai tu dekat ja dengan pejabat aku, maksudnya, dekat la dengan kedai dia. apahai plak dia pi letak kat situ sedangkan kedai dia dengan kedai tayar tu dekat ja.
so, bila kawan aku pi mahkamah, dia bercakap sendiri dengan polis yang incas kes bunuh tu, polis crita, kakak tu dibunuh dengan kejam. bukan kes samun sebab mustahil dibunuh dengan kejam sebab samun kan?. keadaan mayat masa tu, dijumpai ditutup dengan kanvas biru di belakang car wash. nampak kaki sebelah ja. mangsa telah dijerut dengan menggunakan roller yang digunakan untuk mengecat. kiranya depa pusing roller tu sampai jerut leher mangsa. mangsa hanya berbaju dalam dan seluar dalam dijumpai di dalam tandas car wash. hasil bedah siasat, mangsa tidak dirogol. muka mangsa pecah akibat dipukul. najis mangsa banyak keluar disebabkan dipijak atau perut mangsa ditendang. memang tragis kematian kakak tu. dan yang terkini, asben dan 2 orang kawannya telah ditangkap untuk siasatan. masa polis mai untuk chek mangsa tu, depa bawa anjing pengesan, anjing tu hidu badan mangsa. lepaih tu anjing tu lari pi kat rumah dekat dengan bengkel tu. jadinya, polis tangkap la lelaki tu. suspek la kiranya.lepas tangkap lelaki tu, tangkap plak tokey car wash tu dan lastly asben kakak tu. rupanya depa 3 orang ni kawan dok mabuk sekali. polis tu la kata. setakat hari ni, asben mangsa masih direman. tak tau la sapa pembunuh dan apa motif pembunuhan kakak tu tapi aku berdoa, moga2 pembunuh tu akan ditangkap. aku dan kawan2 yang kenai kakak tu tak sabaq nak tau apa sebab kakak tu dibunuh dengan kejam. moga semuanya akan terjawab. al fatihah untuk mangsa. moga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman. aminnnn

No comments: