korang masak apa hari raya nanti? biskut banyak ka buat? ka pakai biskut tunjuk ja? cadangan menu raya ni...raya pertama sahaja k.
spageti aglio olio (aku pandai dah buat)
spageti bolognise (ejaan salah ni)
apom polkadot
dadih
biskut raya
ketupat, mil beli yang segera punya. petang satgi aku pi cari kat frozen food, yang melayu punya. banyakkkk produk depa. ada satay kambing, ada ketupat segera, ada kuih muih yang segera, karipap bentuk udang, daging kambing yang diperap dan macam2 lagi..serius teruja pi kedai nih. mil ada tempah biskut raya dengan adik adik dia. chik buat tat nenas dengan almond london. cu buat 6 jenis biskut. yang aku tau, semperit, peanut butter dengan apa ntah lagi. dah siap bersusun balang kuih yang dah berisi. tunggu raya ja.hmmm siap biskut2 ni semua kena ngap..aku paling suka tat nenas..auwwww sedap gila.aku try buat semperit susu, walaupun rupa tak berapa cantik tapi cair di mulut uuu..kalau rajin satgi nak potong roti nak buat biskut jejari roti nestum yang palinggggg simple dan sedapppp. kawan aku, wawa dah buat 2 balang dah. resepi aku bagi la tuuuu...
No comments:
Post a Comment