Thursday 31 March 2016

Stail Cermin Mata Wanita Terkini

Masa kecik2 dulu, aku pangge cermin mata hitam atau sunglasses rayban.padahai rayban tu adalah brand sunglasses. Sama macam aku pangge filem yang kita guna untuk amik gambar, Kodak, padahal Kodak tu adalah jenama filem . Orang kampungggg camtu la. Bila dah besaq baru lah tau beza antara jenama dan benda. Penting ke sunglasses ni? Aku rasa, setiap dari kita tak kira lelaki atau pompuan akan ada satu sunglasses.tambah-tambah orang pompuan, lebih dari satu sekurang-kurangnya. Sebab , penting untuk melindungi mata kita dari terik matahari. Especially time drive. Kalau tak pakai, time panas lit lit (terik) tu, kecikkkk je mata kau kan? Boleh pedih mata tu. Dan sebagaimana berubahnya fesyen pakaian, kasut dan sebagainya, cermain mata juga tidak ketinggalan mengalami revolusi. Sesuai la dengan peredaran zaman. Sekarang ni, bermacam-macam bentuk sunglasses yang kita boleh dapatkan di pasaran dengan pelbagai pilihan harga. Ada yang kalau kau pakai sunglasses tu, amboiiii cam mak datin kau jah..ada yang bila pakai sunglasses tu nampak sweet ja. Itu semua bergantung kepada stail cermin mata yang kita pilih. Bagi yang sentiasa gemar kumpul sunglasses especially wanita, aku gerenti, ada macam macam stail cermin mata yang depa ada. Kita tengok stail cermin mata yang common..kira cam evergreen la ni.tak hilang dek zaman, tak lapuk dek hujan. Bentuk ni dipanggil wayfarer. Sesuai untuk semua jenis muka dan digemari oleh ramai wanita termasuk aku.

Wayfarer

Selain dari wayfarer yang evergreen dan digemari wanita, stail aviator juga menjadi kesukaan ramai penggemar cermin mata. Tak kira lelaki atau wanita. Sesuai untuk yang bergaya ranggi.


Aviator

Untuk yang sukakan gaya yang lebih elegan dan classy, kena cari stail yang clubmaster. Haaa..ini yang terbaik dan palingggg ideal. Serius meletop kau jah kalau pakai sunglasses stail ni.

Clubmaster

Seterusnya, stail eye cat. Ha yang ni sekali tengok cam stail dulu-dulu. Tapi kalau takdak yang dulu takdak yang sekarang kan? Amatlah sesuai untuk yang gemarkan fesyen dan kelainan.

Eye Cat


 Kalau nak tengok lagi stail cermin mata yang pasti akan menusuk kalbu dan menyentap hati dan perasaan anda untuk memilikinya. Jangan segan segan klik ja kat sini cermin mata terkini online. Sunglasses di Zalora ni menawarkan pelbagai stail dan harga yang cuuuukup berpatutan. Tidak perlu papa untuk bergaya.


1 comment:

makchaq said...

Makchaq beli cermin mata hitam masa kecik2 dulu.. masa 5 duit 1 tu..
Dah besaq x pernah beli pun cermin mata hitam