Wednesday, 28 March 2012

ISI KETAYAP HAMPAS KELAPA

PERNAH MAKAN KETAYAP TAK??? AKU TAK LE SUKA SANGAT KUIH NIH, TAPI DAH ORANG HIDANG, AKU MAKAN JE LA..FREE KAN??? TAPI BILA MAKAN, NAPA TAK MANIS NYOK (KELAPA) NI??OOO AKU TAHU, SEKARANG NI TREND PENIAGA AKAN BUAT INTI KETAYAP ATAU INTI CUCUR BADAK DENGAN HAMPAS KELAPA..DEPA KUKUQ NYOK, PERAH AMAIK SANTAN, YANG HAMPAS TU DEPA BUAT INTI CUCUR..KALU TAK , HAMPAS TU KITA BUANG BAGI AYAM MAKAN JER..KALU TAK PUN, ORANG BUAT SENTAL BADAN UNTUK HILANGKAN DAKI..AKU PERNAH LA TRY, TAPI BADAN JADI BERMINYAK SIKIT..MALAS LAH NAK BUAT…OK, BACK TO THE STORY, LA NIKAN NYOK MAHAI, JADI ALTERNATIFNYA AMIK HAMPAS LE..KAN INTI TU DICAMPUR DENGAN GULA JUGAKKAN, JADI MANIS LA JUGA TAPI TAK LE MANIS NYOK..KORANG TAK PERNAH KENA KE?? KAT TEMPAT AKU, ADA DAH YANG BUAT MACAM TU..TAPI TAK SEMUA PENIAGA LA, SESETENGAHNYA..HMMM UNUTNG BESAR LA DIA ERK..TAPI ITU KIRA JUJUR TAK?? AKU PUN TAK TAU NAK JAWAB…

Tuesday, 27 March 2012

PERGI MESYUARAT DAPAT DUIT..BESTTTTTT…


Haaa dulu aku pernah buat entry tak suka mesyuarat..tapi kelmarin, aku kena attend satu mesyuarat bersama dengan jabatan lain dan juga NGO..dah arahankan, aku pun pergi le. Tak ramai pun orang, adala dalam 15 orang termasuk dengan kesihatan dan PDRM..kolej komuniti kena present kertas kerja program untuk belia..habis present, ada le sesi soal jawab.soal jawab, soal jawab, selesai le satu part. Part seterusnya, perbicangan atau usul cadangan. Sampai le habis, lastly round table je la..aku pun cakap le sikit tentang kesediaan kami untuk turut serta dalam program yang dianjurkan..kami no hal, setakat pergi ceramah dengan pameran, kami on je kalu tak clash dengan program lain..lasssssst skali, ada la seorang hamba tu mai dekat kami sorang-sorang, dia mai bagi sampul surat, katanya, sumbangan ikhlas..aku pun ingat sumbangan apa le yang aku dapat nih, tadi dah dapat beg, dapat makanan ringan, dapat surah yasin..ada lagi sumbangan. Aku pun amik, buka le…jeng jeng jeng..ada duittttttt…rm 50.00..ahahhh kalu camni, pangge le aku meting slalu..gerenti aku sampai punya..ahak ahak…

Monday, 19 March 2012

RM 700 For Indon Maid

waaa topik hangat gak nih..bila Indonesia cadangkan supaya sapa yang amik orang indo jadi maid bayarannya ialah rm 700 sebulan dan yang bestnyer depa nih boleh buat satu kerja ja..kalu masak, masak jer, jaga anak, jaga anak jer..berbaloikah kalu amik depa nih kerja???rasanya kita ada pilihan lain lagi untuk nak ganti maid dari indon nih kan???tapi dun woriiii..kerajaan belum setuju lagi dengan tawaran ini..stil akan discus lagi..sebabnya aku rasa bila depa ni mai kerja di sini, jadi maid orang m'sia, depa ni beruntung sangat..ada la jugak kes yang tak beruntung macam kes nirmala bonat tu, tu sebab majikan dia tak dak hati perut..tapi kadang2 yang dok dengaq, maid yang takdak hati perut..jahat, panjang tangan, gatai semua ada..dulu ingat tak kita nak amik maid dari china, ada orang yang protes sebab takut depa ngorat laki depa..amik maid dari mana pun ada pro n kon nya. ikut nasib ler..serupa tu lah jugak kalu depa mai negara kita, nasib le dapat majikanyang macam mana, kalu baguih, baguih la, kalu tak, hampeh la...untung sabut timbuk, untung batu tenggelam..tapikan, kalu la depa mintak tinggi, kita demand la balik dak??rumah, api, air, makan suma tu kita caj..haaa..hampa bayaq la kat majikan balik suma tu tiap2 bulan..potong ler dari rm 700 tu..adil tak??takkan caj mahal, makan minum, tempat tinggal nak kena sedia lagi..melampau le gitu..hmm banyak le cita negatif yang aku tau pasal maid indon nih..ada yang masa balik tuh, buat cucur, kononnya bekal nak naik flight, padahal, dia masukkan barang kemas dalam tuh, ada yang lari ikut laki lain, tinggai anak2..maid kawan baik aku, punyala pemalas, sampai kawan aku kena pergi ngendap apa dia buat di rumah..rupa2nya dia sedap je tengok tv, biar anak dia main sorang2 kat luar, kalu orang amik camna??? itu le bila majikan baik maid naik pala.pernah baca blog kak red, dia pun ada masalah dengan maid dia..bukan main hangin dia dengan kes tu...so, fikir2kan..
p/s : kawan aku baru cadang nak amik maid, tapi tak tahu le jadi ke tidak..

Budak Sekolah Zaman Sekarang

kalau dulu, kita pergi sekolah, kita taaaakut dengan cikgu sebab cikgu garang-garang..kalu tak buat kerja sekolah, habis le kena cubit, tak pun kena tibai punggung dengan roti panjang, kaler kuning..tak tau la aku sekarang sekolah ada tak lagi pembaris panjang tuh..kalu nakal dalam kelas, kena berdiri atas kerusi tak pun kena jentik teling dengan getah. kami pangge getah curut..dulu aku pernah kena 3 kali kat telinga sebab masa cikgu takde kami bising dalam kelas.sudahnya, semua kena berdiri atas kerusi, kena jentik sorang 3 kali..sakit ooo...aku pernah kena cubit kat perut sebab tak siapkan kerja sekolah..sampai nak terkencing. nasib tak basah seluar dalam masa tuh..masa tuh aku darjah 5, garang giler cikgu aku tuh..kalu tengok dia pakai baju merah jer, siap le ko, mood dia tak baik le tuh..masa sekolah menengah plak, kalu jawab matematik salah, kena berdiri atas kerusi, malunyer ya Allah..nak plak ada boy yang kita minat tengok..arghhh tensionnyer rasa.masa subjek geografi, aku dapat markah bawah dari 50 markah, kena tibai kat tapak tangan dengan bulu ayam, lekat bentuk kepala bulu ayam tuh, sakitnya ya rabbi.masa PMR subjek tu aku dapat A.subjek lain pun A la jugak, nanti korang ingat aku dapat 1 A ja,tapi, garang mcam mana pun cikgu aku masa tuh, takdak plak aku nak kurang ajar dengan depa.takdak rasa marah sikit pun.. rasa best jer sekolah..TAPI, budak sekolah zaman sekarang..ayoyo..pening kepala ooo..aku selalu masuk sekolah untuk buat urin atau ceramah..macam2 cita aku dengar pasai budak2 sekolah nih..ada satu sekolah tu, aku pergi nak buat urin kat situ, ada la cikgu kat sekolah tu yang nak tunggu pencen, pangge la depa masuk sekolah sebab depa dok merokok di kawasan kelapa sawit dekat sekolah tu..depa ni punya la teruk, masuk sekolah pukoi 10 pagi..depa ni sesi pagi, mai sekolah pukoi 10, ingat sekolah pak depa ja depa buat..bila cikgu tu pangge depa boleh kata, tunggu sat tokwan, satgi kami masuk..ada dia pangge cikgu dia tokwan...pagar sekolah depa tu sebelah kelapa sawit ranap depa pijak..mau tak ranap, depa la panjat nak pi merokok kat situ.teruknya budak sekolah la nih..ada cikgu sekolah tegur, anak depa pakai tudung singkat la sangat..tutup tengkuk ja, tu pun mak pak mai marah cikgu sebab tegur anak dia pakai tudung macam tu..nak tegur bagi jadi elok pun tak boleh..payah la kerja kalu macam nih..bila kita buat urin, anak depa positif, cikgu bagitau mak bapak, cikgu plak yang kena marah..ada ka patut??orang bagitau nak suruh hampa tengok anak hampa betoi2..tolong jaga sebelum terlambat, kita plak yang kena marah..terbalik kuang dah..patut cikgu marah mak pak sebab tak jaga anak..orang yang menegur plak kena marah..
haihhhh......apa la nak jadi budak sekolah sekarang ini???

Sunday, 18 March 2012

Peringatan Penting Kepada Mak Bapak

haaa selalu aku baca paper anak orang hilang adik orang hilang, mak pak orang hilang, sekarang, anak sedara sebelah laki aku yang hilang..terkezut aku..budak pompuan, umur 16 tahun.rupa2nya dia ni selalu dok kelentong mak pak dia. kata pi umah kawan, umah kawan dia tu jadi tempat transit dia ja.bila mak dia blah dari rumah tu, dia pun pi kuar jumpa orang lain ka supermarket ka mana ka kot area kulim. dia tau mak dia tak dak lesen, jadi mak dia takat naik kotor kot taman depa ja la. ayah plak kerja bawa lori, balik malam..jadi senang la dia buat kerja..cukup time tepon mak suruh mai amik kat umah kawan dia, padahai dia pergi sekejap ja rumah kawan dia tu..yang kawan dia pun takut nak bagitau biras aku takut hilang kawan..haaa jadi mcam nih, baru le depa crita habis apa anak menakan aku buat selama nih.tipu mak pak dia, kuaq jumpa kawan yang depa pun tak kenal sapa. yang pak dia ni pun satu hal, garang macam singa, mana anak2 nak crita masalah depa. dia punya stail, belasah dulu baru tanya. yang mak dia plak, apa anak buat, dia cuba sorokkan dari laki dia, takut laki dia pukoi anak2..jadi macam ni, baru la semua pakat haru..last brita dapat tau dia ada di sg petani, tapi tak tau la kat mana,sg ptani tu besaq, bukannya kecik..bila tepon tak berangkat, tapi tepon tak off..cuma tak angkat jer..entah apa la nasib dia..kalu sihat dok rumah kawan tak pa, yang dok bimbang kot jadi benda lain macam yang dok kuaq dalam tv tu..mintak dijauhkan le benda cam gitu..kepada ibu bapa, perhatikan anak anda..

Adik-Adikku

pernah tengok rancangan ini???aku jarang-jarang le tengok disebabkan sibuk sikit bila petang-petang nih..aku rasa amat kagum dengan mereka kerana mereka amat pandai bercakap, berlakon, menghafal surah dan juga hadis..sungguh petah mereka ini..tak mustahil, di sekolah mereka mungkin juga pemidato sekolah sebab nampak pandai beno depa ni bercakap..syabas adik adikku..aku lebih suka menonton rancangan ini dari rancangan berbentuk hiburan..sebab aku nampak, ramai kanak2 yang bercita-cita nak jadi penyanyi,mungkin terpengaruh dengan glamour atau hidup mewah artis...entahlah apa yang mereka fikirkan..rancangan ini lebih mendekatkan kita dengan Pencipta. bila dari kecil diasuh dengan perkara begini, insyaAllah apabila besar nanti,lebih mudah dibentuk mereka ini supaya lebih berbudi pekerti..inilah cabaran ibu bapa dalam membentuk sahsiah anak2 supaya tidak mudah terpengaruh dengan perkara yang negatif..lambakan hiburan, permainan video, filem sikit sebanyak akan mempengaruhi minda mereka..kita sebagai ibu bapa bukan sentiasa di sisi mereka kerana kita juga bekerja..dengan keadaan ekonomi sekarang, amatlah sukar jika seorang sahaja bekerja..harga barang semakin naik, keperluan juga semakin meningkat.ndak tak ndak, kita perlu bekerja.sibuk macammana pun kita, hal anak2 perlu diberikan keutamaan kerna mereka adalah permata yang kita ada..

Monday, 12 March 2012

Smoke Detector

pernah tengok smoke detector??haaa sebab aku nih takder kamera nak ngambik gambor, aku crita je la camne rupanyer..korang bayangkanlah yer...bendanya berbentuk bulat, kaler putih. fungsinya untuk dilekatkan di syiling atau di mana2 saja yang mudah untuk nak kesan asap jika berlaku kebakaran.. pagi tadi, ada le satu guy yang smart datang untuk bagi taklimat berkaitan pencegahan kebakaran..dia le yang perkenalkan alat nih..dibawa bersamanya ialah fire extinguisher yang kecik, sesuai untuk diletakkan di dalam kereta atau dirumah..ringan dan kecil, mudah untuk digunakan oleh sesiapa saja..wakil syarikat tu ada le tunjuk sikit presentation gambar2 yang berkaitan dengan kebakaran..crita yang kuar dalam paper suma dia tunjukkan..yang mana sempat ler..memang ngeri..betul la, aspek keselamatan dari segi kebakaran, memang selalu diabaikan..kita biasa pasang alarm takut pencuri masuk, tapi kita tak aware pun kalau berlaku kebakaran..orang tua2 selalu kata, pencuri masuk, dia tinggai jugak barang, dia amik yang berharga ja, tapi kalau terbakar, semua dia jilat, sikit pun tak tinggai..
oleh sebab itu, aku pun order la satu untuk letak kat umah aku..walaupun itu bukan rumah aku, tapi rumah mak mertua aku, mengenangkan aku dok skali dan aku bimbangkan keselamatan aku dan anak aku, aku beli je la..ala rm 129 untuk 4 tahun..bayangkan sehari kosnyer baru berapa sen sangat...jadi tuan2 dan puan2 janganlah berkira sangat bab duit ringgit nih jika ia amat penting untuk keselamatan keluarga kita.

Takziah Kepada Keluarga Nurul Nadirah

sapa ada tengok brita semalam???crita adik nurul nadirah yang hilang tu kuar..amat amat amat menyedihkan..kanak-kanak comel itu dijumpai mati dibunuh dan dibakar..dan le bunuh, bakar plak tuh..kejam betoi manusia yang buat tuh..memang hati binatang, hati setan laknat..gamak dia bunuh dan bakar budak tu..apa salah dia??? kronologi crita adik tu yang aku tau, dalam metro crita, dia bangun tidur, dia lapar, bagitau pada maknya, yang mak dia asyik dengan fb. itu yang aku geram pada maknya, apa lah yang best sangat fb tu sampai makan minum anak dia tak sediakan..bila anak kata lapar, dia bagi note kat anak dia, bagi duit rm4.oo dan suruh anak tu pergi kedai.note tu ditulis, tolong bagi megi 2 bungkus, telur 2 biji..mak dia sedar anak dia hilang, bila laki dia balik..tanya mana anak..ish ish ish..apa la ko nih, sampai tak sedar anak tu tak balik2 dari kedai..sekarang, ko nangis air mata darah pun tak guna. anak kau takkan kembali pada kau..kalaulah, masa dia ngadu lapar tu, ko yang turun pergi beli makanan, mungkin perkara ini tak akan berlaku..apa nak kata, benda dah jadi..bersabarlah banyak2..dah ditentukan olehNya penghujung hidup adik nadirah begitu.kepada IBU BAPA YANG LAIN, JANGAN DIULANGI KESILAPAN INI..
aku sebagai seorang ibu, mengucapkan takziah kepada keluarga nurul nadirah..semoga keluarganya tabah menghadapi ujian ini..semoga pembunuhnya akan dikenakan hukuman yang amat setimpal dengan apa yang dilakukan..ikutkan nafsu, sehingga nyawa orang lain menjadi korban..aku katakan, pembunuh itu tiada hati dan perasaan..janganlah kita gunakan terminologi andai adik atau anak sedara dia dilakukan sedemikian, takkan dia rasa bersalah punya..ntah2 yang buat tu psiko..orang gila yang tak nampak macam gila..

SBPA BATAL...BAGUSLAH

ada baca pasal sbpa?? ala yang kecoh-kecoh masa lepas bentang belanjawan 2012 yang pm buat masa bulan 10/2011..haaa kan pm umum masa 8.3.2012 hari tu, sbpa batal..lega rasa hati..raaaaamai yang komplen mengenai sbpa nih..aku pun komplen gak, tapi kat belakang je la..sapa ler aku, nak riuh rendah satu malaysia..aku ucapkan jutaan trima kasih la pada omar osman kerana kelantangannya bercakap, sbpa pun batal...walaupun tuntutan cuepacs tak tercapai, maksud aku jumlah gaji yang diminta, tapi alhamdulillah lah jugak sebab dapat juga kenaikan 13%..berbanding dengan sbpa sebelum nih, yang gred tinggi, golongan jusa dapat kemain tinggi..sekali ganda gaji..yang kuli bawah, dapat le ciput...nampak benor ketidakadilannya..kalu markah bawah dari 75% skt, maka hai hai bai bai le ko..kena le buang kerja, bertambahlah orang yang menganggur...apa nak makan depa suma nih...mcm mana anak mereka nak makan, nak sekolah?? ada pikir ke orang yang buat cadangan tu??marah benor omar osman masa kuar tv hari tu, ada dokumen yang tidak dijelaskan kepada pekerja gomen.kami ni dipaksa sain option sbpa..kalu tak sain, siap ko..kira paksa rela la nih..ntah tak nak, sain le jugak..ditambah pulak dengan adanya penjumudan jawatan..lagi le naya kat kami yang jawatan kecik nih..sebab apa, kalu yang jawatan besar, depa nih kalu berenti, mungkin ada swasta yang akan amik depa kerja sebab depa nih belajar pandai, yang kecik2 nih, kalu kena buang kerja, nganggur je la..hmmm udah selesai bab gaji kakitangan awam, nanti dah selesai bab gaji pekerja swasta, maka, kami meramalkan, parlimen akan dibubarkan, maka kita pun akan kuar mengundi..andaian kami ler...mungkin jadi mungkin tiiiiiiiiidak.apa apa pun timakasih kepada pm kerana telah membatalkan sbpa..thank a lot PM..kami amat hargainya..

Saturday, 10 March 2012

Bila Benda Mudah Jadi Susah

ahaaaa hari ni aku nak merepek sikit pasai perangai orang atasan nih. maklum ler, tandatangan dema ni laku, banyak le plak songeh nyer kalu kita perlukan dema ni sain apa2 borang..alkisahnya begini, seperti yang korang maklum atau tidak maklum, mbsb, anak syarikat kwsp, sedang buat promosi sapa nak buat loan dengan interest serendah 3.99% flat untuk 20 tahun. maka ramai ler gomen staff yang berminat nak buat pinjaman. bila dah berminat, kena la isi borang, bila dah isi borang, kena la bagi ketua jabatan yang paling tinggi sain..kalu aku kat kedah nih, kena le hantar ke a.star..aik, bila nak suruh bos besar tu sain, dia siap nak suruh kita jawab soalan dia yang berbagai2..soalan pasai jabatan le, kan sekarang nih, kerajaan sibuk buat transformasi, siap le ko dia nak tanya bab2 nih kat kitaorang..aiseh man, kasi sain sudah la..ni yang buat anak buah susah hati nih..huhuu lambat le nak boleh buat pinjaman peribadi,biasa la bila nak kena jumpa big boss nih bukan semua orang suka...
haiiiiii...salah sorang yang nak kena jumpa aku le tu..tapi cam gini punya payah, macam malas plak nak bawa borang untuk sain..sapa ada duit berguni2??? mintak sikit nak pinjam....heheheeh

Wednesday, 7 March 2012

SAPA SUKA MEETING???

aikkk aku kalu dengar ada meeting jer memang la menyampah tahap gaban..aku cukup cukup tak suka meeting nih..duduk kat meja mesyuarat, ngadap muka bos, bos pun pot pet pot pet, pastu round the table..lagi aku tension bila round the table pastu setiap sorang kena ajukan soalan..dalam kepala dah terplir apa soalan aku nak kena tanya dah kena paksa tanya soklan..kalu tak, geleng je la..ni bab paksa nih..meeting bentang statistik, berapa ni berapa tu, apa nak kena buat..orang atas palk, pakai bagi arahan jer..kena buat home visit, kena buat outreaching, padahal benda nyer sama pak..kena keluar pi rumah klien..aku time meeting akan jadi separa kreatif ler, kat minit mesyuarat tu, akan jadi le lukisan2 yang tak cantik tapi time dah boring nih, jadi cam cantik le plak..akan ada ler nota2 keik pas kat kawan sebelah ngutuk bos ker, ngutuk arahan orang atasan ker..macam2 ler..yang lagi best bila tengok muka memba mengantuk..ha bab ni memang kelakar, bila temgok mata dah jadi kecikkkkk jer..cam sepet..ndak plak kalu kepala pun dah hampir nak kena meja sebab tersengguk..hahhahahah memang ler lawak giler...
meeting nih sama gak le macam kita tunggu imam doa waktu semayang jemaah. bila sampai certain words tu akan buat kita ceria balik. bial pengerusi kata, saya rasa setakat ni saja perjumpaan kita bla bla ..yehaaaaa meting nak habis dah ler..time tu aku dah tak sabar nak bangun dan berambus dari bilik mesyuarat...giler..lepas satu bala...the most thing i hate...tapikan, aku suka gak kadang2 bila p meeting di alor star, u know y?? makan sedap..that's all..the rest, aku tak suka..ahak ahak ahak..

HARI YANG........

ISH AKU PUN TAK TAHU NAK KATA HARI APA..KADANG2 RASA BOSAN JER DOK DI RUMAH..KADANG-KADANG RASA CAM BIASA JER..KADANG2 RASA HEPI…AKU PUN TAK TAHU NAPA LA AKU JADI MACAM NIH..AKU RASA AKU ADA MASALAH. MASALAH UTAMA :
1) AKU TAK SUKA DOK DENGAN MAK MERTUA..TAK SUKA TAK SUKA TAK SUKA…AKU NAK DOK RUMAH SENDIRI..WALAUPUN RUMAH TU KECIK, TAK ADA BANYAK KEMUDAHAN CAM KAT UMAH YANG AKU DOK SEKARANG, TAPI AKU NAK DOK UMAH SENDIRI..AKU RASA BEBAS DI RUMAH SENDIRI, NAK TIDUR KAT RUANG TAMU KE, NAK PAKAI SINGLET KE, NAK PAKAI SELUAR PENDEK KE, NAK MASAK KE, NAK MAKAN LUAR KE, AKU PUNYA SUKA…ARGHHHH TENSION TAHAP GABANNNNNN………..
2) DUIT DUIT DIMANA KAU DUIT?? NI PUN SATU MASALAH BESAQ..BAYANGKAN LE BERULANG DARI KULIM KE BALING, JARAK 134KM , KUAR DARI RUMAH PUKOI 5.30 PAGI, SAMPAI RUMAH PUKOI 6.15 PETANG..GILER OIII…AKU PENAT TAU TAK…BANGUAN AWAL, BALIK RUMAH LAMBAT, GILE PUNYA KERJA..BUKAN TAK ADA KERAJAAN BAGI KUARTERS TAPI DAH NAK TUNGGU MAK MERTUA AKU TU, KENA LE BERULANG ALIK JAUH NAK MAMPUS NIHHHHH……..
3) TAU TAK, KALU KITA DOK DENGAN MAK MERTUA ATAU DENGAN SAPA SAJE, KITA BERKONGSI RUMAH DENGAN SEMUA ANAK BERANAK DEPA, CUCU CICIT DEPA DAN SEBAGAINYA…BAYANGKAN KALU DEPA SEMUA BALIK, ADA RUANG PRIVASI KO??TAK ADE LE OIII…DENGAN BISING BUDAK2, BISING SUARA SUKU SAKAT DEPA BERCAKAP LAGI, GILE OOOO…TAMBAH PLAK KALU SORA SORANG2 MACAM GURUH..ADA KE DUDUK DEKAT2 JAUH SEDEPA SEMBANG MACAM ORANG TU DUDUK 4 BATU JAUHNYER..CUBA KO BAYANGKAN…
4) BILA DAH RAMAI2, ANAK KO PUN JADI BENGONG TAU SEBAB RAMAI SANGAT. KALU KO RASA KO TAK ADA RUANG PRIVASI, ANAK KAU PUN SAMA LER, YANG TAK RASA APA2 LAKI AKU JER SEBAB TU RUMAH MAK DIA..SAMA LE KALU DIA BALIK UMAH AKU PUN TAPI MAK AKU TAK KISAH DOK SORANG2, MAK DIA YANG TAKUT NAK DOK SORANG2…

Sapa Suka Bila Bos Takder???

ahakkk..aku paling suka bila bos tak datang opis..tapi itu tak bermakna aku senang2 nak ponteng, nak gi rewang, kuar opis ikut suka..bukan macam tu, yang best bile bos takdak ni kita buat kerja rasa takdak sapa dok perati..yang bestnyer bos aku ni, dia jalan stail seret kasut tau..jadi bila dengar kasut jer dah tau dia mai..hahahah pakat2 ler berlakon le wat kerja..leceh betul bila bos ada..kejap2 pangge, buat tu buat nih..macam dia ni ada teropong plak, monitor je sapa yang tak buat kerja..hahahha...
kalu bos takder, anak buah suka macam orang tua2 kata ler, kucing takder, tikus bleh la lompat tinggi...bila bos ada, semua pakat sembunyi diri..
bos ni ada macam2 peel, cam kita la jugak, tapi aku suka dengan bos baru aku, very the sempoi..kau bayangkan dia tu pengarah tapi kita boleh bersembang melawak..memang best. kalu pengarah yang dulu, jangan ko harap ler..ibarat kata, punyalah dia nak kemas, kalau boleh pergi pasar tani pun suruh pakai tie..yang baru nih, gile sempoi...ada juga bos aku yang skema cam apa ntah..repot kena hantar hari ahad, suruh anak buah mai siapkan hari jumaat..padahal repot tu hantar hari isnin pun boleh, sebab dah masa dateline tu jatuh hari cuti.. bengong betul bos camtu...
hmmm apa lagi aku nak merepek?? yang pasti, hari ni bos aku tak datang..hahhha hepi hepi hepi...