Sunday, 18 March 2012

Adik-Adikku

pernah tengok rancangan ini???aku jarang-jarang le tengok disebabkan sibuk sikit bila petang-petang nih..aku rasa amat kagum dengan mereka kerana mereka amat pandai bercakap, berlakon, menghafal surah dan juga hadis..sungguh petah mereka ini..tak mustahil, di sekolah mereka mungkin juga pemidato sekolah sebab nampak pandai beno depa ni bercakap..syabas adik adikku..aku lebih suka menonton rancangan ini dari rancangan berbentuk hiburan..sebab aku nampak, ramai kanak2 yang bercita-cita nak jadi penyanyi,mungkin terpengaruh dengan glamour atau hidup mewah artis...entahlah apa yang mereka fikirkan..rancangan ini lebih mendekatkan kita dengan Pencipta. bila dari kecil diasuh dengan perkara begini, insyaAllah apabila besar nanti,lebih mudah dibentuk mereka ini supaya lebih berbudi pekerti..inilah cabaran ibu bapa dalam membentuk sahsiah anak2 supaya tidak mudah terpengaruh dengan perkara yang negatif..lambakan hiburan, permainan video, filem sikit sebanyak akan mempengaruhi minda mereka..kita sebagai ibu bapa bukan sentiasa di sisi mereka kerana kita juga bekerja..dengan keadaan ekonomi sekarang, amatlah sukar jika seorang sahaja bekerja..harga barang semakin naik, keperluan juga semakin meningkat.ndak tak ndak, kita perlu bekerja.sibuk macammana pun kita, hal anak2 perlu diberikan keutamaan kerna mereka adalah permata yang kita ada..

1 comment:

teratai said...

Tu yg risau. Anak2 kalu kita buat kawan,depa akan cerita kat kita ibu bapanya...jgn jadikan anak kita musuh, itu yg buat kerja belakang mak bapak...!