Sunday 23 November 2014

Bukan Tak Nak Tolong

kitakan memang nak tolong sesama kita berniaga, betoi dak? tapi yang aku geram nih, camna nak tolong kalau barang yang dijual, kualiti tak ada. sedangkan kita nak benda atau barang yang berkualiti, sesuai dengan duit yang kita bagi.contohnya, minggu lepas, aku pi kedai runcit kat kampung aku, ada 3 buah kedai runcit yang berdekatan, satu cina punya, yang kami pangge ah long, 2 buah melayu punya, actually, mamak sebenarnya. tapi kita kira melayu la (sebab kawin dengan melayu gak). mula2 sampai, aku masuk kedai melayu yang pertama, aku tengok bawang besar, tak eloknya, tengok plak ubi kentang, sama ja, banyak yang tak elok. jenuh nak memilih,tapi mak aku amik gak ubi kentang kat situ, ok, amik la tapi bawang jangan amik, terlalu tak elok. ikan, udang, alahaiii keciknya, tak semangat nak membeli. aku pi kedai no 2, melayu jugak, sama ja bawang dengan kentangnya, kentang kecikkk ja, ikan udang sama ja. kedai ni aku pernah beli sotong sekali, balik rumah, mak aku kata, busuk la sotong ni, buang ja la.hang nak makan ka? aku beli tak tengok, pakai cekak boh dalam plastik ja. dah rugi.
aku masuk kedai cina, haaaa kau tengok, bawang besaq, elok2 ja, ubi kentang, besaq dan elok, ikan udang,ikan temenung yang besaq, nampak fresh ja, udang besaq, sotong pun elokkkkk ja. baru la rasa semangat nak membeli. sebab tu kedai cina tu ramai orang, barang yang dia juai elok2, sedap mata memandang. yang 2 kedai tu hampa tak bleh ka amaik barang yang elok nak juai kat orang. kat kedai melayu yang kedua tu, kawan aku dok buat karipap juai, sekali beli 3,4 kotak tepung gandum, sikit pun tak bagi diskaun. bukan tepung saja, minyak pun dia beli berpeket2, berkira sungguh nak bagi diskaun, apa punya berniaga. tengok cina, bukan aku nak puji, kalau nampak aku, yang jarang2 pi pun, cikgu, apa khabar, lama tak nampak, cikgu sudah siap ka, cikgu, tak payah angkat, bagi pekerja saya angkat masuk kereta, padahai satu beg besaq ja pun. punya ramah. dia punya akad beli, punya panjang, saya juai barang ye cikgu, saya juai barang ye makcik. yang melayu plak, saya juai, muka tala tang lain.

1 comment:

Unknown said...

itu la orang melayu kita.. bila kita beli barang kat cina macam2 dia kata.. sama2 melayu tanak tolong la apa la.. tapi berniaga taknak jaga kualiti.. T_T