apa itu hadak? haaa hampa mesti tak tau..hadak tu maksudnya..hari antidadah kebangsaan..aku baru ja selesai HADAK tu. 12.4.2015 hr tu, buat kat smk dato lela pahlawan, padang serai. tetamu jemputan mb kedah..datuk mukhriz dengan dr leong yong kong..jawatan dia aku lupa, exco apa ntah..bukan lupa, tak amik berat.heheheh tu yang sebenarnya..punya la penat nak mampuih nak anjur program nih.. yang ketua negeri, yang tolong semua daerah.. yang tolong lagi kalut kulim la sebab buat kat kulim.. mb nak mai, crowd nak kena cari.mana nak mai crowd ni sebab mentaliti orang kita kalau majlis ilmu, memang la takdak orang mai..kalau majlis hiburan macam sure heboh tu jangan risau la, berpayung berpanas pun orang sanggup mai.
tugasan aku, kena cari team netball sebab kami buat perlawanan bola jaring sehari sebelum tu. ingat ka senang nak dapat team, rupanya susah jugak. nak dapat 16 team pun sakit. walaupun orang persatuan kata senang ja nak dapat 16 tu, 20 pun bleh cari..tapi, dapatnya 10 ja. takpa la sebab yang aku jangka akan main macam jupem, mpkk ada tournament sendiri, hari dekat dekat ja, jadi depa tak mau join la sebab takut injured.ok..main ja mana yang ada. yang futsal sampai berlebih-lebih plak. senang lagi cari team futsal dari tema netball sebenarnya.
orait..nak menyiapkan gelanggang dah satu masalah sebab sekolah tu ada satu ja gelanggang..sapa nak buat? aku la sayang oiii..aku dengan mira campuq dengan geng cnc karangan. bayangkan buat gelanggang tengah-tengah panas lit lit (terik) orang utara kata..hangit ketiak, hangit abih muka..yang lagi tension bila orang netball tu banyak benor cakap. tu yang orang sakit hati. nak court dok tang ni..nak jarak banyak ni, nak ikut standard antarabangsa, nak tu nak ni. line nak buat gelanggang pun nak yang 2 inci. benda yang dok tolak nak buat gelanggang tu plak yang 2 inci rosak, pakai la yang 5 inci. habih nak buat camno?? dah tak ada..
setel padang, yang buat, aku, mira, japaq, g dgn firdaus..tu pun pakai sukat ja. lantak la, dah la panaih, yang patut tolong pun ada ka pi balik..satgi pukoi 2 baru nak mai pulak..pukoi brp nak habis? bukan nak buat reja ni saja, nak buat reja lain lagi..hampeh tul.
dok kalut buat kat situ, tingat plak hamper yang aku mintak sorang dato ni sponsor..tepon kali pertama, nanti depa bgtau kat mana nak amik dan bila, tepon plak lagi sekali, laa staff saya tak bagitau ka, (kalau bgtau takkan saya nak tepon lagi-jawab dalam hati), tepon last hari jumaat, br la ada jawapan..tu pun hamper tak siap lagi.kena amik hari program plak dah. dah la kita kalut dah time program, time tu la nak kena lari pi amik hamper..nasib kau dato, kalau tak, aku tak mau mintak sponsor dah. ntah berapa rm kredit aku habih pun tak atau la dok tepon mintak hamper, tepon mintak bas, tepon cari orang , tepon sana tepon sini. bkn bleh claim pun.tapi dah kerana kerja dan tanggungjawab..pejam mata pi la.
hari kejadian..alhamdulillah..orang ramai sebab sekolah tu student ramai. kawan aku mira dgn zahir dgn en mi, siap berniaga lagi.depa share 1 khemah 2 orang, juai air minuman..memang la laku gila. cuaca panaih, air memang la jalan. boleh kata, orang berniaga memang sengih la sebab jualan ok. tu yang dalam kawasan sekolah, yang luaq kawasan yang pakai pacak khemah, sekupang tak kena bayaq tu, ada ramai gak. pakat2 cari rezeki la. jabatan-jabatan yang terlibat memang ramai.semua mai bawa pameran yang hebat2..mungkin sebab mb turun, maknanya ni bukan program cikai, program besaq la kan, sebab kalau selalu dok pi pameran, biasa2 ja pameran tu. cam kami pun bawa mai bas pameran.huiiii bukan senang nak jemput bas pameran mai, depa punya jadual penuh. ada pun 2 biji ja..dok berebut yang tu la..
bila buat program besaq ni, biasala ada banyak kepala, banyak arahan, banyak songeh. yang pulun tak mau-mau pun ada. ada yang biasa2 ja pun ada. ada yang tak amik kisah pun ada. biasala tu..adat orang bekerja. tapiiii yang aku rasa lawak dan terkejut, bukan aku saja, kawan aku uli pun sama, PA dato do mai hari program bleh dok speaking london. aku bukan la heran sangat dia speaking tu tpi dok jumpa selalu tak dak pun speaking..mai program besaq jadi lain plak. dengan budak caterer pun dia cakap london.aihhhh heran..ooo mungkin mb mai kot..jadi rasa lain sikit.. tapi tak pa aihhh tak jdi isu pun saja aku nak tulis kat sini. hehehehehe
so, ahad tu semuanya berjalan lancar. semuanya bagi kerjasama. semuanya berpanas terik,. muka pun dah jadi gelap. tapi takpa, esok esok cerah la balik kalau yang memang dok cerah dah, kalau yang ori kulit gelap cam aku tu, satndard tu la kan..takpa, itu bukan persoalan,yang penting, hati mau baik, kerja mau ikhlas.sekian saja coretan aku yang paling panjang setakat ni. aku malaih nak menaip..ada orang baca ka dak, nasib lerrrr..
1 comment:
ISHH PENATNYA URUS PROGRM BESAR GINI KALAU XSALING KERJASAMA KAN...
Post a Comment