haaaa sekarang bila dah kena gst, orang akan cari barang yang murah sebab nak jimatkan kos. tak terkecuali aku. sapa tak nak barang murahkan? tapiiiii kena juga berhati-hati sebab barang murah kadang-kadang tak berkualiti. paling bahaya kalau boleh memudaratkan diri. tak kira la benda makan atau kegunaan luaran. kalau bab makan ni, kita kena la jugak consider bahan yang digunakan. kita ni orang Islam, satgi murah punya pasai depa guna bahan yang haram, tak ke haru kita. benda makan akan jadi darah daging..bahaya ooo..kat tempat aku ni, ada satu kedai atau boleh kata pasaraya la. nak kata baru bukak pun dak jugak. harga memang la murah. kedai tu orang punya la ramai..tiap-tiap hari parking penuh. aku pun naik heran, mai mana manusia ramai sangat kat kedai nih. gila..ramai betoi..kiranya parking tu sampai melimpah ruah..confirm tokey dia sengih sampai ke telinga tiap-tiap hari.aku pun dok taram nak pi lama dah, so one day, aku pi dengan kawan aku..huihhh memang ramai..dan rak banyak yang kosong sebab barang habis.. ye la, kalau tiap-tiap hari orang mai serbu mau rak tak kosong kan? then, aku perasan, hehehehe ada barangan kat situ, tulisan dengan kaler sama tapi nama berbeza. contoh: sunsilk jadi sinsilk, head & shoulder jadi head&shower, rejoice jadi rejoy kot. aku dah lupa dah..tapi yang paling aku perasan, sinsilk tu la. mana mai barang nih??? yang lagi perasan, syampu tu tinggai sebotoi ja kat rak, yang lain habis orang belila kot..lawak lawak..ubat gigi pun sama, ,macam colgate tapi bukan colgate, sabun basuh pun sama, nama seakan-akan jenama yang biasa kita tengok, tapi beza sikit dekat ejaan ja. pandai depa nih, ada pembeli yang akan tak perasan ejaan betoi ka dak pakai amik ja. sebab? rega murah. mak jiran biras aku pun beli gak ubat gigi kat situ. baru guna 2,3 kali, gusi berdarah. mungkin dari ubat gigi yang dia beli tu la. ishhh tak dapat aku bayangkan kalau guna syampu sinsilk tu..silap haribulan gugur semua rambut pa..eiii takut eyyy.boleh ka kita repot pada jabatan tertentu. sebabnya satu barang tu tak berkualiti, kedua , membahayakan pengguna.. tapi tak semua yang dijual disitu tak berjenama. ada yang memang kita biasa guna macam pencuci pinggan jenama Labour, minuman jenama Delite..keropok Double Decker..yang tu memang dah familiar. berani la aku beli, kalau tak biasa tengok brand tu, aku tak beli, makanan ka barang kegunaan luaran ka..takut weyy
so, murah memang menjadi buruan tapi pastikan kualiti dan juga keselamatan kita tetap terjaga. apa guna barang murah kalau lepas guna kena kuar kan duit untuk pi berubat kan? pandai-pandai la memilih dan membeli. murah atau mahai, tetap kena beli kan???
caucincauuuuu
1 comment:
hati hati memilih.. betul tu.. jgn taksub sangat nak murah sampai menggadaikan nyawa..
Post a Comment