Monday, 6 April 2015

GST..Aku Amat Terasa

gst dah start..aku amat laaaaa terasa..rega susu naik walaupun belum gst. sebab peniaga ka pengilang ka pemborong ka dah penaik rega. masa 2,3 hari nak gst, rega susu dutch lady, dari rega rm 22.90 atau 23.90 , tu rega yang aku biasa beli, up jadi rm 25.50 ,rm 27.90 ..ada supermarket tak start lagi gst susu dutch lady 123 rm30.25..imagine..berapa banyak kenaikan rega..tu baru susu, yang lain? sama ja situasinya..dah stat gst, hari pertama aku pi beli roti gardenia, ok..roti tiada gst..tapi, supermarket yang aku pi tu, caj gst tapi kod utk gst takdak..aku pun try nak repot kat kpdnkk, hmmmm nak patah jari tekan nombor , tak berangkat sampai ke sudah. camna orang nak buat aduan..beli cornflake fitness..rm 13.90..rega asal rm 13.11..gst 79 sen..ooo cornflakes bukan makanan asas.. yang tak kena gst yang betoi2 asas ja. tapi susu untuk 1 hingga 3 tahun ja tak kena gst..bila budak dah umur 4 tahun, maksudnya, tak payah  minum susu la. minum ja air milo, ka teh ka sudah..bukan ke susu tu penting..kenapa nak di limit kan plak..patutnya susu biar la sampai berapa pun umurnya, tak yah caj gst.. aku secara jujurnya terpikir..di mana beban rakyat akan terkurang disebabkan gst? aku dok pikiaq lagi, camna nak jadi pembeli bijak kalau rega syiling susu contohnya rm 30.25, kalau peniaga juai rm 28 pun kita tak bleh repot kan? sebab masih rendah dari rega syiling..kalau pun di ajak pembeli boikot, kalau orang kampung yang kat kedai runcit juai mahai, kat mana lagi depa nak beli? takkan nak mai ke bandar yang jauh semata2 nak jimat 3 kupang, 5 kupang..di sini la peniaga akan kaut untung. sebab depa tau kesusahan golonga yang tinggal jauh dari sumber barangan yang dekat. 
macam aku  yang dok dekat pekan kulim ni, ok la..toleh kiri, tesco, toleh kanan c-mart, lajak ke depan sikit minat, lajak sikit lagi poh lye..boleh la aku compare rega kat c-mart dengan rega kat tesco..boleh la aku belek pamplet yang depa hantaq mai kat rumah tu, sapa yang ofer cantik punya rega. dok kampung nun, mana ada pamplet sampai ke rumah.tu pun jangan harap pasaraya yang besaqqqqq tu juai barang dengan harga yang murah walaupun dok canang kami juai rega murah sebab depa juai barang mahai dari kat supermarket biasa. betoi dak aku kata? cuba compare rega pasaraya besaq dengan pasaraya biasa, sapa lagi murah?
di suruh berjimat.. tak larat nak berjimat dah aih..kita yang besaq bleh la tahan nafsu, yang anak2 kecik tu, nak jimat pa? depa mana tau rega murah ka mahai? anak orang kaya tak pa la , bleh membeli setiap masa, hmmm aku berharap gst hanya mimpi, tapi gst masih lagi jadi realiti. kot la satu hari berubah polisi, kot la...gst tak ada lagi.

1 comment:

Rai OurKizuna said...

kesian kan.. rakyat marhaen disuruh berjimat sampai takdak pa.. yang pak menteri ngan bini dia.. dok pulun reta negara macam takdak esok lusa.. gegham ngat aih..