Tuesday, 28 November 2017

Cabaran Untuk Kurus

ada ka patut anak aku boleh cakap kat aku..
mama...mama buat la sit up. mesti abang darjah 6 nanti, mama kuruih.anak oiii..la ni hang baru darjah 1, lagi 5 tahun hang bagi tempoh untuk mama kuruih..ni perli ka bagi semangat nih?mohsin sentiasa menyokong mama untuk buat sit up. tapi mama ja malaih..
baik, cabaran disambut. dimulakan dengan pemakanan sihat.
nasi goreng makan pagi tadi, sebab apa makan nasi, sebab mak mertua aku masak nasi banyak, nasi tak habis.
dari nak di buang, baik aku goreng. sayang membazir rezeki.
makan tengah hari, salad sayur-sayuran. adoi makkkk..aku tak tahu dressing thousand island tu sedapppppp.
ok, boleh makan salad selalu.
selamat berdiet.

Sunday, 26 November 2017

Markah SKT

hujung tahun seperti biasa, orang yang keja gomen sibuk la dengan skt atau sasaran kerja tahunan. hmmm masa ni lah nak tengok sapa bos suka, sapa kuat kipas bos, sapa kipas pakai tangan atau sapa pakai econ. haaaa nampaklah kau markah setahun kau keja. kalau kau kaki bodek atau memang kuat kerja, banyak lah markah kau. kalau kau bos tak suka sebab mulut kau lancang cam hapa, atau kau memang kaki ponteng, maka bersedialah dengan markah nanti. kalau dapat bawah 65 , maka siaplah, gaji hang tak naik la. kalau 65 ke atas, ok lagi la. tapi markah tu lah yang akan dilihat kalau nak naik pangkat. kalau dapat bawah 95 amatlah tipisss setipis kulit bawang nak naik gred. kalau 85 tu dikira prestasi bagus tapi belum cukup bagus la. tapi harus diingat, pemberi markah adalah manusia, yang diberi markah adalah manusia. 
ada yang bagi markah base on kerja, kalau pernah gaduh ka masam muka ka letak tepi, ada yang bagi markah base on dendam..cilaka, kau kata kat aku, siap la skt kau. jadinya agak agaklah time nak bagi markah. kalau kerja bagus, setakat ada hal sekali dua tu, tutup mata ja la. prinsip aku, kalau aku bagi dia markah 70, aku rasa aku pun kena dpat mcm tu. sebab kerja aku dan dia takdak beza sangat. layak ke aku dapat 90 kalau anak buah aku dapat 80..kerja aku tak jalan kalau depa tak buat jugak. so, win win la. kalau kau bagi markah base on dendam, takpa, masa kau akan sampai jugak. yang pemberi markah, kalau tak tau nak bagi markah tanya lah pada yang tau. jangan la jadi bodoh sombong. dah la bodoh, sombong plak tu, simpan sikit bodoh tu jangan tunjuk semua. dan jangan lah nak tunjuk kau punya kuasa. itu hanyalah sementara.

Saturday, 25 November 2017

Brownies Kedut


dah lama kan viral brownies ni? baru sekarang aku berpeluang nak buat. itu pun tak tau sawan apa yang merasuk. aku google, jumpa resepi, kebetulan bahan ada. belum expired. ok. aku buat. niat asal tu nak bagi habis bahan yang ada sebelum expired. jadinya, terhasillah brownies. bahan bahannya mudah ya amat. nak buat pun mudah. dalam 45 min boleh siap. tinggai nak hias ja la yang akan amik masa mengikut macam mana hampa nak hias. kalau tak mau hias pun ok. no hal.
aku sebenarnya bercadang nak juai tepung brownies ni. sebab aku tau ramai yang sepesen dengan aku, nak baking tapi malas nak menimbang bagai. ye la, tepung 200 gm, gula lagi, serbuk koko lagi. jadi, aku cadang nak juai tepung. apa yang perlu ditambah hanyalah teluq, esen vanila dan butter. very the mudah.

Tuesday, 21 November 2017

Nasi Goreng Sardin


yeahhh..resepi ni aku copy dari blogger yang femes bab masakan, aziekitchen. blogger ni memang cekap memasak dan mem baking..terbukti betui resepi yang ditulis. bukan macam ada setengah resepi yang bila kita try memang tak jadi. aku pernah kena. kalau dari blog kakak cantik ni, insya allah menjadi. antara yang aku pernah try, resepi biskut famous amos, muffin, nasi ayam dan banyak lagi la. try untuk makan sendiri.
ada nasi lebihan semalam, sardin dalam tin pun ada, apa lagi. aku goreng ja la. ada kurang sikit, sebab ikan sardin tu sikit. kalau banyak lagi umphh aku rasa. kenyang sampai ke tengah hari k. timun dan tomato tu sebab nak habiskan. kalau tak habiskan, nanti buang ja sebab buruk. kira ulam la tu.  apabila sawan rajin aku mai, aku boleh masak, buat kek hari yang sama. kalau sawan aku hilang, payah la nak buat.

Mi Goreng Basah


okeh..mi memang my fav. aku pernah stop sat dulu makan mi sebab mi kan angin. masa gastrik aku tengah dasat tu, aku stop sat. sekarang dah ok. so, makan balik. dulu dulu aku goreng mi mesti kering. sekarang tidak lagi. aku goreng kasi basah. actually, aku sebelum ni tak pandai goreng mi. tapi aku tengok adik ipaq aku goreng. dia ni bab masak memasak ni memang terror. sat ja kalau dia masak. sedap plak tu. tu sebab member kilang suka suruh dia masak bawa pi kilang. 
ni mi yang aku goreng baru ni. balik kerja, teruih pi kedai fav aku, beli apa yang patut. belian barang basah adalah untuk sekali masak ja. kalau terlebih beli taugeh, masukkan ja. banyak pun banyak la sebab kalau simpan bila plak nak buat. aku bukan selalu masak lepas balik kerja. kalau masak pun takkan nak masak benda yang sama kan? 
so, ini lah yang aku masak. mi goreng basah. sedap oooo.. sendiri masak, sendiri makan, sendiri puji..ok kan?

Sunday, 19 November 2017

Ganti Rugi Untuk Diri Sendiri

aku pernah hilang rantai leher emas. aku boh dalam beg tangan. usung pi sana sini. ntah berapa lama dok dlaam beg tu lepas tu sedaq sedaq dah hilang. aku letak dalam ruang yang berzip. yang aku paling ralat , aku dah pi kedai emas, tanya harga bagai tapi aku tak tolak sebab rasa macam kedai amik murah. simpan balik dan simpan dan teruih hilang. padan la dengan muka. aku sampai tanya la orang yang pandai pandai ni kot la aku tersilap letak. ada la makcik tu bagitau dia tanya laki dia, ada di tempat tinggi. kat mana la aku letak tempat tinggi ni. cam tak logik ja. aku bagitau mak mertua aku, dia pun cari kat atas kabinet dapur, kat atas lemari. ish sungguh tak logik. benda dalam beg kot.
dipendekkan crita, aku lupakan lah. anggap la takdak rezki aku. tu la, gurau senda kasaq dengan laki. putuih teruih rantai tu. so, berangan la aku nak beli rantai satu lagi. tai , emas kan mahai sekarang ni. kalau rantai tu, nak dapat sebijik sejibon dengan yang hilang tu, alahai mana la nak cekau duit. dulu harga rm1200. sekarang rm1200 tu dapat berapa gm la sangat. aku beli rantai tu guna cdt card bank islam. aku baru kerja masa tu. lepas setel ja bayaq rantai tu, teruih aku cancel kan. aku beli 2 utas, satu kat emak, satu kat aku. yang emak aku ok la. dia masih pakai.
jadinya, setelah bertahun berangan, maka pada 19.11.2017, aku pun pi la kedai emas aznin safiya..aku pi la beli seutas rantai tangan anggur namanya. rm 1280. dah belek belek rantai leher tapi rasa kecik ja.jdnya aku beli la rantai tangan. takpa la. kira ganti jugak la tu kan...ganti rugi kat diri sendiri, apa nak kisah. beli emas ni tak rugi. satu pelaburan jangka masa panjang sebab harga emas makin hari makin tinggi harganya. bukan makin turun. tapi kuasa membeli kita la yang makin turun sebab rega mahai. aku kena jugak beli emas ni sebab aku memikirkan nanti kalau nak stay lat rumah sendiri, apa aku nak gadaikan? takkan nak pinjam kat orang? nak pinjam kat sapa? so, sekarang, sementara masih ada peluang untuk menyimpan ni, simpan la sikit sikit. 

Wednesday, 15 November 2017

Sotong Goreng Kunyit


sejak kena berpantang makan ni, memang menu seafood ja la aku. buat tomyam pun boh udang, sotong ja la. dah ayam dengan daging tak bleh makan. takpa, pantang sat. esok dah putuih ubat ok la.makan la balik apa yang tak boleh makan. so, ni menu aku..sotong goreng kunyit.


bahan-bahannya :
sotong
bawang besar yang dihiris bulat
bawang putih yang dibeah dua
cabai melaka
cabai besar yang kaler merah
kentang yang dipotong nipis
karot - tak bleh tinggai sebab feveret
maggi cukup rasa
minyak 
serbuk kunyit

cara-caranya :
rebus sotong bersama dengan kentang
bila sotong dah lembut dan kentang dah cantik teksturnya
masukkan minyak
masukkan bawang besar dan bawang putih
karrot
cabai melaka dan cabai besar
maggi cukup rasa
gorang dan rasa la kot kurang masin ka 

sedia untuk dihidangkan....

jemput la makan.. waktu cuti aku memang akan memasak. aku just bagitau mak mertua aku ja apa aku nak masak. mil plak tak kisah, masak lah apa pun janji kenyang sudah. tambah kalau asben aku takdak, aku siap boleh buat kek lagi sebab laki aku ni suka bising kalau aku nak buat kek. beli ja senang katanya. padahai aku suka ka buat sendiri.

Mi Hailam...yummyyyyyy

Oh mi hailam..aku memang suka mi. Tambah tambah mi yang berkuah...perghhhh sedapppp. Dan aku memang suka mi hailam...adusss dah terliuq dah aku ni..aku memang plan,kalau hari cuti tak mau masak nasi. Masak bihun ka mi ka apa saja asaikan bukan nasi sebab cemuih.
So,aku buat mi hailam versi aku lah. Resepinya ialah :
Mi kuning
Sodek jagung
Karot
Bunga kobis
Sos tiram 
Sos tomato
Sos cili
Bawang putih
Minyak utk menumis- takkan tak pakai minyakkannnn
Air
Cili burung
Sotong/ayam/udang
Daun sup/daun bawang
Bawang goreng
Tauhu atau taukua yg digoreng
Kiub ayam

Cara masak :
Tumiskan bawang putih..bawang tu ketuk dan cincang
Masukkan air dan segala jenis sos
Masukkan karot,sodek jagung,bunga kobis
Biarkan karot empuk
Ketuk cili dan masukkan
Boh la udang ka sotong ka ayam ka
Biar kuah mendidih,bancuh tepung jagung dgn sikit air
Masukkan dalam kuah tadi bg pekat
Garam atau maggi cukup rasa dan kiub ayam dimasukkan sebelum masukkan tepung jagung

Setel....
Mi kuning tu rebus sat,toskan
Hidangkan dalam mangkuk..masukkan mi,kuah dan hiasan seperti tauhu goreng,daun bawang,serbuka lada putih.
Sambal kicap yang aku buat simple ja..potong cili dan tuang kicap...lenyek sikit cili bg rasa pedas.
Wauuuu terangkat...selamat mencuba k..
#sayasukamasak
#enjoythefood



Sayur Campur Simple


Tadaaaaa......ini menu simple yg aku masak minggu lepas.amboiiii rajin sangat la aku minggu lepas.aku masak 3 menu.anak aku yg kecik tu tidoq,lagi laaa senang aku nak memasak. Meh aku bg resepi..kalu hampa nak tambah apa yang patut,go on ja la..aku pun bukan terror sangat masak -masak ni..boleh la nak jamu anak laki dan mak mertua makan...
Resepinya :
Sodek jagung 
Carrot 
Bunga kobis
Udang
Cabai melaka/cili burung
Bawang putih
Sos tiram
Cili giling
Air
Tepung jagung

Caranya :
Bawang putih diketuk dan dicincang
Masukkan dalam minyak yg telah panas
Shrengggg bunyinya
Masukkan cili giling
Lepas tu masukkan sikit air
Masukkan karot,bunga kobis dan sodek jagung
Biarkan seketika,masukkan sos tiram 
Ketukkan cili burung,masukkan dalam kuali
Masukkan udang
Maggi secukup rasa
Tepung jagung yang telah dibancuh dengan sikit air
Biaq mendidih sikit kuah tu
Siappppp

Simple kan..?la ni aku dah pandai guna maggi cukup rasa.dulu tak pernah guna pun..aku memang suka boh sayuq banyak..sebab tu kalau aku masak,bertimbun sayuq.bagus makan sayuq ni tapi anak aku tak suka...
Hidangkan dan tabuq la sikit bawang goreng...
Hmmmm sedappppp


Tuesday, 7 November 2017

Kenangan Waktu Kecil - 1

aku anak orang miskin. ya , amat miskin. rumah aku rumah papan, lantai batang pinang dan papan. tiang ada yang dari kayu pokok. atap rumah, rembia. dapau masak hanya dapur kayu, guna kayu api. stok kayu api kena ada sedia. bila hujan, nak nyalakan api atau mak aku kata nak pelekat api memang payah. nasib ada elektrik tapi pakai lampu bulat yang watt dia 60 kot. malapppp ja. lampu kalimantang rasanya amat la mahai masa tu. walaupun lampu bulat tu tak elok untuk mata kalau nak baca buku tapi itu ada yang ada. air? cedok dari telaga. dah ada duit sikit, tak cedok tapi pakai enjin pam ayaq dari telaga. masa tu air kerajaan belum ada. aku pecahkan kepada beberapa bahagian, senang nak crita.
kenangan aku masa kecil dulu. hidup susahhhhh hanya Allah yang mengetahui.

Rumah :
macam aku tulis rumah papan atap rembia. lantai dapur dari batang pinang yang ditebang dan dibelah dua. susun jadi lantai dapuq. pelantaq kat luaq  tempat letak timba/baldi sebab telaga jauh jadinya bila nak pakai ayaq amik ja kat situ. rumah aku pernah bumbung atap rembia habis dah bocoq sampai boleh nampak langit dari dalam rumah, apa kami buat, boh atap zin kat bawah atap tu. nak ganti bumbung sapa nak naik, reput habis kat belah atas tu.
aku tak ingat tahun bila rasanya masa tu aku darjah 2,3. kami dapat bantuan rumah pprt. tu pun jenuh la jkkk kg padang patong fight untuk dapatkan rumah kami tu. aku tak tau apa masalah penghulu kawasan aku tu sebab dia tak masukkan isu rumah tu dalam mesyuarat. arwah tok saad dengan bini dia sampai suruh tuan D O mai tengok rumah kami sebab depa kesian kat kami duduk rumah yang buruk dan teruk tu. ada plak orang tua kat situ kata rumah kami macam reban ayam. memang celaka mulut dia. 


makan :
part ni sedih. makanan yang aku selalu hadap tiap tiap hari , ikan masin.ikan tamban kiat, ikan gelama masam. ikan gelama tu kita pelbagaikan menu. hari ni goreng dengan cabai kering, esok buat sambal tumis. udang besaq yang dok juai sepinggan rm10 ka rm5 la ni tu, aku payah la nak makan. ayam pun sama. makanan mewah tu. ikan temenung ada la jugak. aku pernah beli beras sekati. tokey kedai pun tak tau nak timbang sebab sikit sangat. roti? aku dulu makan roti yang seplastik 80 kupang. masa tu ada dah gardenia tapi bagi aku mahai la sangat. masa tu rasanya baru sepeket rm 1.60. mahai dah bagi aku. daging pun jarang jarang jumpa jugak. makan apa yang ada. getah sekerap masa tu sekilo 60 kupang. bayangkanlah. mak kau kerja sorang. ayah aku meninggal masa aku dalam setahun. sedihnya hidup masa tu.

pakaian :
pakai baju baru setahun sekali. beli kat pekan hari. samada pekan khamis kat pekan labu besaq tu atau kat pekan jumaat kat pekan malau. pekan khamis on waktu petang. tak berapa ramai orang menjuai. pekan jumaat masa tu memang meriah. ramaiiii peniaga. on waktu pagi. tapi nak pi jauh sikit sebab kena kayuh basikal lintas kg padang patong, bendang bakai, sek ren malau baruuu sampai. pekan khamis tu dekat sikit dan ada jugak aku pi jalan kaki ja. punya la nak pi pekan hari. itu ja la tempat yang aku seronok nak pi. pi saja, beli tarak melainkan yang penting ja. aku ada anak menakan sama umuq, baju dia la aku pakai kalau dia dah tak mau.

aku sambung lain kali..malas plak nak menaip

TRUST

perghhh ni mencabar ni. trust atau kepercayaan. bukan senang nak percaya orang dan bukan senang orang nak percaya kita. kawan kawan di opis pun bukan semua kita boleh percaya. ada yang talam dua muka. depan macam lain belakang macam lain. ni sangat bahaya.
seriusly, aku rasa kurang percaya sekarang pada seseorang. sebab, bila yang dicakap diputarkan aku rasa dia jenis putaq alam. tapi takpa, aku just berhati hati dan don't put any trust to that person. bercakap hanya hal penting dan jangan melampaui batas. setakat kawan dan anak buah dan rakan sekerja sahaja. amat menyakitkan hati bila kita tau kan? aku malas nak crita kat sini tapi apabila seseorang itu tidak disenangi oleh ramai orang adakah yang ramai tu bersalah atau dia yang bermasalah. 

Rezki

alhamdulillah.. murah rezki aku. dalam 2 minggu ni, aku dapat 2 hamper. nak kata besaq tu daklah tapi rasanya kalau nak tempah dalam rm40-rm50 jugak la. sebab aku selalu tempah hamper untuk program so, bila aku dapat hamper tu aku boleh agak la rega tu. 
bukan main seronok la ain dengan mohsin bila aku bawa balik hamper. dalam hamper tu pulak ada biskut, keropok dengan gula - gula, adoiii sakan depa makan. asyik berulang saja sebab banyak kan? 
dah la dapat hamper, dapat plak tudung aidijuma. kawan aku pi masa sale tu, dia rembat berapa helai tak tau la. dah nama pun sale. aidijuma ni tudung dia sedap pakai. murah dan kaler cantik. dia hadiahkan kat aku selai. legaaa dapat tudung selai. itulah namanya rezki. rezki bukan hanya wang ringgit tapi juga masa, kesihatan, hadiah, anak yang baik dan rajin, semua tu adalah rezki. kalau kita tak sakit, rezki la sebab tak kena kuaq duit untuk beli ubat, kalau ada masa, rezki la sebab kita tak terkejar-kejar. itulah nikmat rezki. syukur ya Allah..

facebook

baru baru ni aku up satu status sebab aku meluat sangat dengan perangai seseorang kat opis aku ni. memang masa aku up tu aku tengah berbulu dan bila kawan kawan crita lagi apa yang jadi kat depa, aku sakit hati dan aku naikkan up tu.
heloooo i femes k sebab lepas up ja status tu, ada kwn i kat daerah lain call i tau tanya awat i marah marah. perghhh dasat tu. rasa macam fb aku ni ramai plak followersnya. bab aku marah ramai plak respon, bab aku ajak saving dengan aku, sapa pun tak respon. hampeh betul la.tapi aku dah delete status tu sebab bila keadaan dah cool, aku rasa itu bukan aku. statement dalam keadaan marah amatlah tidak menyeronokkan. sebab tu kita jangan ikutkan amarah sebab ia amat bahaya. so be cool and steady.

Minyak Naik Lagi

setiap hari rabu ja, confirm la ramai yang akan tertungu-tunggu rega minyak naik ka turun. aku pun sama . tapi aku takla sampai beratuq kat stesen nak isi minyak bagi penuh. bukan tak nak tapi asben aku tak bagi. ikutkan bab nak berebut ni aku suka. benda boleh jimat, jimat la. tapi pesen lain sikit asben aku ni. kalau isi penuh pun nanti kena isi jugak. 
ye la tapi boleh la jimat seposen dua posen. yang malaihnya tu bukan sebab apa,sebab kena q yang panjang. naik banyak plak minggu ni. 4 sen kot. aiseyyy rasa amat terkilan. aku yang bekerja laki bini bekerja pun rasa amat sakit hati bila rega minyak naik tambah la orang kampung yang barang depa beli selalunya mahai dari kita orang pekan dok beli ni. cth susu dutch lady rega bila offer sepeket rm 19.49. ni rega aku biasa beli time offer tapi kalau kat kg aku rega dia rm24.90 tau. berapa banyak beza rm kat situ. alasan peniaga barang mai hntq dengan lori , minyak naik. barang mesti naik. 
aku yang berkereta setiap hari ni, walaupun kancil tetap terasa sebab boh minyak rm 30, 3,4 hari dah kena top up. jarak rumah aku dengan opis memang la dekat tapi aku berulang hantq anak pi rumah pengasuh pi balik 16 km x 2 kali jadi 32km. hantaq anak ke tadika dengan sekolah lagi? dah brp km dan brp liter minyak guna. hmmmm nasib la. minyak naik ke tidak , tetap kena isi. itulah prinsipnya. bab makan boleh jimat tau, bab minyak keta memang la tak bleh jimat kat mana dah. bertabahlah hati..

Thursday, 2 November 2017

OT/Kerja Lebih Masa

kerja lebih masa ni kadang-kadang seronok, kadang-kadang rasa membebankan pun ada. ndak plak kena paksa buat ot. memangla ot tu dapat duit lebih. seronokkan dapat duit lebih. sebabnya kalau harap gaji asas ni berapa la sangat. cukup cukup makan ja. kalau buat ot dapat claim bleh la spend beli barang yang kita suka kan? 
tapi kalau keja gomen  ni jgn la berharap sangat pada ot sebabnya macam jabatan aku nih, ot bulan 9, dapatnya pertengahan bulan 10. tu pun nasib baik tu, kalau time takdak duit kau dapat la bulan depan sekali lagi. macam aku, biasa sangat claim bulan 4 dapat nya bulan 7, claim bulan 5 dapatnya bulan 8. itu belum kira kena hantaq dua kali sebab hilang di kewangan sana. tension kan? 
kalau keja swasta ,sah sah la dapat bulan depan. kalau gomen, tunggu la, duit habis lambat la dapatnya. aku, ada bulan ada claim ada bulan sikit pun takdak. bersyukur sangat bulan yang aku ada claim. mcm bulan ni, aku dapat claim yang bulan september. aku beli tudung 2 lai, blaus 2 helai. jadilah, dapat jugak baju baru. aku jarang membeli sebab ye la, duit bukan ada sangat. 
belanja pun lebih sikit la sebab ada duit lebih. kalau tak jimat la. tu pun ada kwan aku claim rapat. ,mcm aku payah la nak buat cmtu. alhamdulillah la mana yang ada. bulan ni punya claim buat je la sebab dah tau duit dah habis. nak dapat bila?tunggu la tahun depan, kalau baik sikit bln 12 la dapatnya. ada jugak yg claim tipu, siap keja awai tunggu lagi sejam dua. ikut masing masing la.aku tak campuq sebab aku pun bukan baik sangat.