Tuesday, 7 August 2012

Kebaikan Minum Jus Oren

haaa..aku nak cita sikit pasai jus oren.sejak dua menjak ni, aku suka minum jus oren.bukan sebab apa, sebab aku minum sambil makan ubat..Nurse kata, bagus amik ubat sekali dengan jus buah2an untuk mempercepatkan kadar penyerapan.aku pun amalkanlah..kan hb aku turun benor..dah le bulan puasa, mana lalu sangat makan sayur, ulam lagi le tak makan..nasib le ada jus buah..biasanya aku akan buat jus oren le..jus tembikai pun ada gak, tapi oren aku buat untuk aku jer..sebiji je dah cukup, boleh makan 2 kali..berbuka dengan sahur..
apa baiknya minum jus oren nih: haaa meh sini nak cita.


sebelum tu, ni le limau yang aku beli, sebiji rm 1.00..


1.jus oren kaya dengan antioksida. banyak vitamin c.
2.membantu menyerap zat besi..cth cam kes aku le..hb rendah maknanya anemia..bila anemia, zat besi kurang..bila amik jus oren, dapat le membantu menyerap zat besi dengan baik..
3.kalu diamalkan, dapat mengurangkan risiko mendapat sakit kronik..cam kanser.
4.jus oren juga membantu membina kekebalan tubuh dan daya tahan badan terhadap penyakit..influenza juga dapat dielakkan.
5.mencegah kenaikan lemak jahat yang boleh menyebabkan sakit jantung..ha, kan sakit jantung dikaitkan dengan saluran jantung yang tersumbat, dengan minum jus oren, oren tu dapat singkirkan lemak yang jahat tu..selamat jantung kita.."Sayangi Jantung Anda".
6.oleh sebab jus oren kaya dengan Vit C, dapat le mencantikkan kulit dan juga memperbaiki sel2 yang rosak..jadi, kulit pun cantik dan berseri2..tapi kena la amalkan selalu dan start dari muda..kalu dah tua baru nak start mana nak dapat kulit cantiknyer..

Menurut pakar pemakanan, supplement sebenarnya tak perlu jika kita menjaga pemakanan kita dan makan mengikut piramid makanan..bila kita makan ikut aturan, badan sihat, duit jimat, otak pun cergas..tetapi, termasuk la dengan aku, berapa ramai yang boleh ikut piramid makanan kan???hmm itu le yang payahnya..


orang kata, kalu nak beli buah limau, pastikan bahagian bawah limau tu camni..ada lubang.baru buah tu manis..takat aku dok amal petua tu, manis le buah limau yang aku dok beli tu..kalu korang try, tapi masam, sori lah ye..dah nama pun orang kata...

2 comments:

ikhmal arieff said...

Tetapi kenape sye minum jus oren itu,tiba2 perut sye sakit dan mengulas...
Kenape ye,boleh terangkan lagi.....

roy said...

Perut memulas disebabkan tindakbalas perut dan jus oren tu dlm usaha membersihkan perut dari toksin dan bende2 yg x perlu dari perut...