tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pulak tempat kita pernah bertugas..chewahh.dah bos tempat baru ajak aku pergi jamuan nih, suka le aku, ni jamuan raya sekali dengan perasmian Rumah Komuniti AADK Baling, aku pun pergi ler..kalu saj2 nak pergi payah le..
dah lama Rumah Komuniti ni beroperasi, baru le 9.9.2012 (Ahad) berpeluang buat perasmian..mencari keberkatan Syawal gamaknya..dengan kerjasama Mawadah, Skuad ! Malaysia, JKPD, AADK sendiri dan orang kampung dekat2 situ.
Pengacara majlis, Cikgu Nazar selaku pengerusi Skuad 1Malaysia..guru besau sekolah..aktif bebenor dgn NGO..bini dia pun ahli Skuad gak, adik ipar dia pun sama..kiranya sentiasa ada la kalu buat program.
ha, kalu nak tau, ni le Pengarah AADK Kedah..baru je bertukar ke Kedah. sebelum ni kat puspen mana ntah dia kerja.aku pun lupa..yang pakai songkok tu Pengerusi JKPD Baling.dia pernah ajar klien2 kami buata murtabak..not bad, sedap gak..
yang ni plak, orang kuat jamuan raya + perasmian Rumah Komuniti..asalnya orang Padang Serai, tapi dah kawin dengan orang Baling, tukar warganegara la sekarang..orang Baling le kiranya..tu tengah monitor orang potong lemang kot..takut ada yang tak buat kerja..diakan incassss...
ni YB Dun Bayu, Baling..kabornyer, dia ada sponsor untuk buat jamuan nih..buzy giler dia hari tu..ada 2 3 tempat kena pergi rasmi..rasmi makan, rasmi makan, rasmi makan..kan bulan Syawal..biasala rumah terbuka sana sini...korang ada pergi ke??
gambar dekat YB Azmi Che Husin.anak jati Baling..besa orang pangge Pak Lang Mi..lebih dekat dengan rakyatkan...
ni gambar aku control senyum..yang baju biru tu Hanim..mengandung gak tu..tahun depan cuti 3 bulan ler..yang bersongkok tu On..dia sorang jer pakai songkok..staff lain pakai baju melayu..dia pakai uniform..yang baju ungu tu Fiza..yang aku kata incasss program nih..
saje je bubuh gambar ni dengan gaya senyum yang berbeza..Hanim dengan On je maintain senyum sama..
ucapan dari Tuan Pengarah Kedah..
jemputan dan orang kampung yang hadir
meja makan untuk VIP..rumah kecik, gini le yang ada..Rumah Komuniti ni kena cari yang orang nak bagi free..nasib le ada yang baik hati bagi..kecik pun tapi besar jasanya..
Ucapan dari YB..Banyak amanat yang telah diberikan dalam ucapannya..
dah selesai ucapan, time bagi cenderahati le..bukan senang orang sibuk sibuk nih nak mai majlis cam ni..
Pengerusi JKPD bagi cenderahati pada Pengarah Kedah
Potong riben, tanda rasmi Rumah Komuniti
tandatangan sikit YB..bukan senang Yb nak sain kat situ..lepas ni tak dah dah..rasmi sekali je, takde banyak kali..FYI, YB ni Pengerusi Rumah Komuniti jugak.
makan time..tengah hari ni, perut pun berbunyi sakan dah.
lauk pauk, menu jamuan untuk tengah hari tu.nasi merah, ayam masak merah, jelata, laksa, lemang dan rendang, sirap, oren.
selesai majlis, pakat dok rehat la,yang berasap pun ada, yang baru nak makan pun ada, yang dok pikiaq apa nak buat lepas ni pun ada..penat oo urus majlis..nak plak, kalu lepas makan, suma pakat balik.(aku tak termasuk le sebab aku jemputan, lepas makan aku pi tempat lain plak)
gelak besaq Hanim..apa la yang lawak benor tu..yang lengkap bersamping bersongkok tu PT kat pejabat. semedang smart dia nih..kerja pun smart gak..
No comments:
Post a Comment