Wednesday, 29 August 2012

Mereka Berhak Untuk Hidup

ini tajuk suratkhabar hari Ahad kalau aku tak silap.kisah pembuangan bayi yang tak pernah surut dan tak pernah berhenti selagi mana manusia tidak menggunakan akal untuk berfikir dan hanya bertunjangkan nafsu.selagi manusia hanya memikirkan keseronokan yang sementara dan menderita di hayatnya akibat perbuatan yang dilakukan. natijahnya, bayi yang tidak berdosa dan tidak mengenali ibu bapa yang menerima bahana akibat perbuatan manusia yang dewasa hanya pada usia bukan pada pemikirannya.

bila difikir2kan balik, kenapa pompuan itu boleh bawa anak dalam perutnya selama sembilan bulan??bila dah bawa pi sana sini, usung perut yang boyot tu ke mana pun dia p, bila dah beranak, boleh dia pi buang merata-rata..dalam tong sampah, dalam longkang, buang dalam sungai..pertanyaan aku??kenapa tak gugurkan saja kandungan tu masa baru 2 3 bulan mengandung??kan lebih senang..jangan kata tak mau buat dosa kalu berzina tu sendiri dah berdosa besar..kalau dah bersalin nanti pun, anak tu memang akan dibuang jugak..kenapa?dosa buang anak dengan dosa gugurkan kandungan tak sama ke??itu yang aku heran.sebab bila mengandung amik masa 9 bulan.dalam sembilan bulan tu, pompuan akan mulai dengan 1, 2, 3, bulan mengandung sampai le ke 9 bulan..lama masa yang dia kena tunggu..tau ja mengandung, pi la gugur.senang cita..apa perasaan ibu dia masa dia buang anak tu?tak kesian ka?tiada rasa belas kasihan ka? tak rasa sakit ke masa bersalin tuh??tapi apa yang aku tau, kalau melahirkan anak luar nikah ni depa kata tak macam orang yang ada laki bersalin..depa ni senang sikit.nih kakak kawan aku yang kerja misi la cita..kalau lah teruk, takkan depa boleh bersalin dalam tandas, dalam bilik sorang2..ingat tak kes seorang pelajar ipta yang mati dalam bilik sampai berbau, sebab dia tumpah darah..mati ketika melahirkan anak luar nikah, apa balasannya di sana??? aku memang kesian dan sedih bila melihat bayi yang dibuang ini..kesian, mereka tidak minta dilahirkan ke dunia, tapi sudah lumrah, mereka lahir dari rahim pompuan yang tak bermaruah. tapi ingat, kesalahan bukan di tangan pompuan saja.kalu seorang saja, perkara ini tak akan berlaku..dua2 salah dan patut dihukum juga pasangannya..

lebih baik, bayi itu dibuang di depan rumah orang, di masjid atau di surau.walaupun mereka ini dibuang, at least ada orang yang akan jumpa dan sekurang2nya, depa dapat hidup di rumah kebajikan.ada juga tempat tinggal, makan minum dan perhatian yang diberi walaupun tidak seperti dijaga ibu bapa sendiri..mengandung dan lahirkan anak luar nikah ni sebenarnya bukan ditujukan pada remaja saja, ada juga pompuan yang dah dewasa pun buat juga maksiat hingga termengandung,termelahirkan dan terbuang anak di merata-rata cam buang anak kucing..

ingatlah, bila kita berdua akan ada yang ketiga..mula, ringan2, lepas tu, buka baju nampak bra, lastly, bagi semua..bila dah ada isi, yang laki lari ntah ke mana, yang pompuan usung perut pi mana-mana..sakit nak bersalin kita pompuan juga yang rasa..oleh itu, jagalah kehormatan diri kita.biar kita tak lawa, asal kita ada maruah yang kita jaga..

sekian, terima kasih..


Tuesday, 28 August 2012

Jalan-jalan Market


pejabat aku dekat jer dengan market..pagi2 kalu datang awal, aku suka le g kat market tu..kecik jer..mostly peniaga dia cina..jadi kami pangge market orang kaya..yang jual, yang datang beli, yang berniaga gerai makan pun ramai cina..kalu datang opis, nak parking punye le susah..kena parking jauh..bila depa yang mai market suma dah balik. baru le boleh letak keta dekat dengan opis..


pagi tu, aku jalan2 cuci mata terpandang le plak beg kecik nih..ish baik aku beli, boleh letak bedak, berus gigi, sikat, minyak ke pe benda time nak g spital nak bersalin nanti..letak dalam satu bekas senangkan..angakt satu beg,suma benda ada..tak la kelam kabut sangat nanti..tertinggal la, jatuh le, selerak le..


jalan depan sikit, teringat plak getah ikat rambut yang dah sezen tuh..tak tukar2..beli je la yang ni 2 rm5..boleh la..bukan orang nak nampak pun cantik ke tak getah nih..tapi, bila pakai, getah dia memang kuat.sedap pakai..takpe, nanti kalu nak, aku beli lagi kat cina tuh...

Monday, 27 August 2012

LELONG LELONG LEEEEELONGGG

KAWAN-KAWAN....SAYA BUAT LELONG BAJU..........HARAP2 KAWAN-KAWAN SUDI  MELIHAT DI SINI.. 

Duit Raya Duit Raya


banyak anak korang dapat duit raya?? mesti banyakkan..kalu yang rajin pergi berjalan-jalan lagi le banyak dapat.orang tak kira dah kenal ke tak anak sapa, janji budak2 jer mesti depa akan bagi duit raya..kan bagus bersedekah di bulan Syawal nih..tambah2 lagi kat budak2..suka la depa bila dapat duit raya..yang dewasanya plak, time dekat nak raya, kalut la tukar duit baru..baru le best sikit nak bagi duit raya tu..padahal baru ke lama sama je nilainya dak??kemeriahan dan kegembiraan tu yang kita nak rasa..perasan tak kebanyakan sampul duit raya yang kita dapat dari bank, kaler hijau..tema tahun ni gamaknya..ambank hijau, standard chartered hijau, maybank hijau..banyak le kaler hijau..yang kat dalam pic ats tu, ada yang aku amik sampul raya tahun lepas punya..recycle jer mana yang tak pakai lagi..kalu ada belen bleh le simpan untuk nak guna masa g kenduri..kan kita nak sedekah pada tuan rumah, boleh le masukkan duit dalam sampul tu..apa korang buat dengan duit raya anak korang tu?? aku dah simpan dah dalam akuan mohsin..sikit2 lama2 jadi bukit..biar pun tak sebanyak mana, tapi kalu kita simpan dari sekarang, nanti dia dah besar banyak jugakkan..jangan plak kita p guna duit raya anak kita buat belanja..ada gak yang buat macam tu, dah pokai, sebat la duit raya anak..sian kat anakkan....

Bibirnya Bak Delima Merekah...


pernah dengar tak orang kata camtu??? tu nak menunjukkan betapa cantiknya bibir orang yang senyum tu, kaler merah2 pink gitu..cantikkan orang yang ada bibir camtu..jeles iii..ada yang kata kalu kita pakai lipstik yang tak sesuai, bibir kita akan jadi hitam..macam bibir orang yang merokok..ish tak cantik le.kalu tak merah cam delima pun, jangan le hitam dak?? bibir aku pun tak merah sangat..i sungguh sungguh jeles bibir orang yang pink2 gitu..tapi apakan daya, i kulit gelap..gitu le warna bibirnya..

okes..berbalik pada gambar buah delima nih, aku sekarang cuba amalkan makan buah delima sebab, darah aku rendah.ada orang kata, kalu makan buah delima boleh tinggikan kadar hb aku..cuba je la..kawan aku kata, buah delima adalah buah kesukaan nabi kerana buah ini berasal dari syurga.nak makan buah ni jugak, tak bleh kongsi sebab dalam sebiji tu, ada satu je isi dia yang mempunyai penawar..jadi kena kedekut sikit la kalu nak makan buah nih.memang aku kedekut pun kalu makan buah nih, sebab aku tak pelawa pun orang makan..kang penawar dia hilang lak..hahaha

ada juga orang kata kalu rajin makan buah ni, anak akan jadi cerdik, kulit cantik..aku tak kisah le, janji buah ni berkhasiat..tidak takkan nabi suka kan..susah nak dapat gak buah nih..rega pun boleh tahan gak..kat tesco aku beli sebiji rm 5.99, kat kedai buah biasa rm 6.00, kat gerai tepi jalan, 3 biji rm 10, sebiji rm 4..yang dalam gambar tu aku beli kat pasar malam Sg Petani, sebiji rm 3, dua biji rm 5.00..aku rembat le 4 biji..2 3 hari dalam freeze, kulit pun dah kecut tapi isi dalam still ok la..kalu yang mai dari India, isinya merah menyala, tapi tak manis sangat..dari siam isi di pink2 sikit dan manis gak..tapi tak manis sangat la..itu orang yang jual le kata..yang aku beli, ada isi yang merah, ada yang pink..hentam saja la labu..janji delima..opsss aku lupa, kat luar pagar rumah yang aku beli tu, ada le pokok delima tapi tak tahu le dah berbuah ke belum..rasa macam tak sebab penyewa tu tak jaga sangat pokok2 ke apa ke..aku tengok rumput pun dah panjang, bila nak pootng ntah..pokok anggur aku pun menjalar ntah ke mana..tak terurus dah..nak buat camna, rumah telah disewakan...trima ja la..


Pernah Tengok Tak???

time raya adalah time yang paling best nak pergi berjalan kat rumah orang..pergi la time bila pun orang tak marah sebab raya la katakan..kalu tak raya, bleh ke pergi rumah orang tengah hari??cam gangu depa ja kan..tapi time raya, redah je la time apa pun..orang tak kisah..yang best ada makan-makan lagi..macam2 ada, laksa, bihun sup, mi kuah, laksa johor, serba mak nenek ada..perut je kena ready untuk trima makanan tuh..kasi kosong, kemudian kasi isi penuh2..masa aku pergi beraya kat rumah Chik aku, aku ternampak la pokok bunga nih..cantiknyer...tapi yang bestnyer..


nampak tak kelopak bunga tu yang dibuat daripada daun getah yang telah dikeringkan dan dibubuh warna..diberi hiasan tepi sikit2..proses nak buat daun kering nih susah gak..kena kutip, jemur, rendam dalam bahan apa ntah, baru le dapat daun yang cam kat atas tuh..pastu, letak le apa2 kaler yang nak..dah siap daun tu, kena la gubah plak..tidak mana la nak cantik..aku tak ingat dah, berapa orang akan beli untuk sekilo daun getah..sebab dulu memang ada orang dok cari kat kampung2..sekarang depa deal dengan Risda ja la..kan senang..Risda kan terror bab2 getah nih..


ni le keseluruhan pokok bunga dari daun getah tuh...payah nak jumpa hiasan camnih..mungkin sebab daun tu payah nak dapat kot..tapikan, itulah kreativiti, benda apa pun bleh dijadikan perhiasan jika orang tu kreatif dan rajin..aku kagum sebenarnya kat depa2 yang kreatif dan rajin nih..bukan senang oo nak buat camnih...

Sunday, 26 August 2012

Miskin Selepas Raya


ni cita minggu lepas punya..cita orang yang terlampau banyak hutang..nak raya hutang, nak masuk sekolah hutang..pendek kata, semua nak berutang..tapi, kalu tak hutang mana nak ada duit..ada plak yang kata, hutang dengan manusia tu adat ler..hutang dengan Allah lagi le banyak..itu memang betul ler..tapikan, benda ni kan boleh dirancang penggunaannya..aku pun tak tahu le apa la yang dibeli masa nak raya sampai boleh jadi berhutang macam tu kan???tukar perabot semua baru ke?baju beli banyak mana?tukar kereta baru ke??pelik tul aku..mungkin aku ni tak membeli sangat jadi aku rasa pelik, bagi yang biasa bertukar tiap kali raya, ada le plak alasannya..tapi, apa2 pun jangan le sampai berhutang keliling pinggang..berpada-pada le kalu nak berbelanja..dah habis usaha, along plak le yang dicari..lagi la naya..along tu kan boleh sampai membunuh..ish jangan le sampai macam tu sekali..beringat le sebelum membeli..jangan le pegang prinsip, biar papa asal bergaya...tak boleh pakai dah ayat tu..ngarut jer..cuba ukur baju di badan sendiri, ha..yang tu aku setuju sangat2..kalu badan kecik, beli le baju kecik..beli baju besar nak buat apa...

Untung Sapa Yang Jual...


haihhh biasala orang mengandung nih..ada-ada je benda yang nak makan.nasib le benda senang dapat, kalu yang susah nak dapat tak ke haru si laki..ada kawan aku asal Pahang, nak ke kampung dia kena naik bot, ngidam nak makan murtabak Kuala Tahan..camno tu??nak makan ikan apa ntah..nasib le boleh pos, murtabak tu aku tak pasti dia dapat ke tak, tapi ikan tu dapat le..macam-mcam peel orang ngandung ni kan.tapi kata Ustaz Kazim, jangan diikut sangat..kadang-kadang nafsu je yang lebih...aku ni, tingin nak makan manggis..nasib le jumpa kat pasar malam..walau pun reganya mahal, sekilo rm 6.00 ada le 9 biji..yang dalam gambar tu 6, aku dah makan 3 biji masa dalam keta..terbayang isi manggis yang putih melepak tuh..nyum nyum nyum sedapnyer...


manggis ni dia leceh sikit kalu nak amik..tak boleh jatuh ke tanah, kalu jatuh, buah tu akan jadi mangkak (keras) aku tak pasti le bahasa bakunya apa, tapi aku besa pangge camtu la..memang isi dia akan rosak, buah pun suuusah nak kopek..pendek kata, tak bleh makan la..kena kait dengan galah yang berjaring..kalu tak, kena makan la la tu jugak(immediately). tapikan, aku tengok kat kampung aku, buah manggis ni depa buat tak heran ja..biaq je jatuh ke tanah, keta lalu, langgar je buah tu..hmmm napa la tak pelawa kat aku..nak je aku amik buah tu..hahahah cam lahap bebenor plak..kadang2 kat kampung tu, depa nak makan, orang tua, ada kencing manis la, mcm2 depa takut le nak makan..sudahnya, biar je la jatuh ke tanah...nak jual, takdak orang cari..


pernah dengaq tak, orang kata kalu nak tau isi dalam buah manggis tu ada banyak mana, tengok je kat punggung buah tu..cam dalam gambar tu, kalu ada 6, maknanya isi pun 6 le..biasa aku try, memang le betul..sekarang ni ada plak jus kulit manggis yang dikatakan amat berkhasiat untuk kesihatan cam kencing manis, darah tinggi dsd...ntah le betul ke tidak.reganya pun bleh tahan la..mahai ooo...mungkin sebab pengeluaran yang terhad kot..laki kawan aku ada la niat nak juai, tapi dah sebotol pun beratus, tak jadi le dia, takut tak boleh juai..sekarangkan banyak bebenor minuman kesihatan ni, macam cendawan lepas hujan..sampai dah tak tahu mana nak pilih..semua kata bagus untuk kesihatan dan kecantikan...pandai2 le nak memilih kalu sapa yang nak mencuba..mana tahu, boleh kurangkan sakit yang ada atau sembuhkan teruskan..tak cuba tak tahu, tak usaha mana nak dapat hasilnya...betul tak???

betul betul betul...(kata upin & ipin)

Friday, 24 August 2012

Cerita Si Katak


pernah tengok katak?pernah pegang katak?pernah baca cerita bab katak? ni aku ada satu cita teladan..buku yang kat bawah nih le bukunya..cita ni selalu la kita akan cita pada kanak2 tadika ke sek rendah ke sebagai motivasi dan pengajaran kepada mereka.
ceritanya begini, aku cita ringkas je la..dalam satu tempat, ada sekumpulan katak.masa depa dok melonpat2 lompat tu, ada 2 ekor yang termasuk ke dalam lubang yang dalam..kiranya nak lompat pun tak lepas la untuk nak kuar dari lubang tu..kawan2 yang lain menjerit le dari atas suruh lompat keluar. yang 2 ekor ni pun cuba le lompat..lompat si katak lompat, lompat la tinggi-tinggi..cam tu la lebih kurang lagu depa nyanyi..tapi usaha mereka gagal..2 ekor katak tu tidak berjaya melompat keluar...

kawan2 yang kat atas pun dah boring nak bagi semangat sebab depa tak berjaya keluar..jadinya, depa pun kata, tak payah la lompat,hampa tak boleh keluar dari lubang ni punya..yang seekor tu dah fed up..dia dah tak nak lompat..yang sekoq lagi tu masih teruskan melompat..lompat la dia sekoq2..dah kawan yang sorang lagi dah give up..kawan2 yang di atas plak kata, tak payah le lompat, hang tak boleh keluar punya..tapi katak tu buat bodo jer..dia lompat, lompat dan lompat lagi..akhirnya....dia berjaya keluar dari lubang yang dalam tu..kawan2 dia pun kata, hebat la hang, boleh lompat keluar..pastu katak tu kata, aku lompat sebab aku nak keluar dari sini dan aku tak dengaq pun apa yang hampa pakat dok jerit tadi, sebab aku pekak, aku ingat hampa bagi semangat kat aku untuk terus melompat...

Moralnya : pekakkan telinga apa yang orang kata.



Apa Nak Jadi Budak2 Zaman Sekarang..

aku rasa korang dah tau cita nih kan..kisah seorang remaja yang dibakar oleh kekasihnya disebabkan cemburu mungkin..dan dilempar di tepi semak..badannya keseluruhannya melecur..walau tak 100 peratus melecur tapi memang kritikal la..kalu hidup pun akan ada masalah..dan sekarang ada di ICU..boyfriendnya??lari ntah ke mana..polis masih lagi memburu suspek..aku terkejut baca cerita nih sebab yang buat tu pun dalam belasan je  umurnya tapi jahatnya macam orang dah besar..gamak dia bakar kekasih dia..apa la yang dia cemburu sangat..sebelum nih, remaja ditikam juga sebab cemburu..tapi itu la, remaja sekarang nih, nak bercinta tapi emosi tak boleh dikawal..aku tak berapa suka remaja bercinta sebab sepatutnya depa kena tumpu pada pelajaran..ni tak bercinta sakan, buku ntah ke mana, lastly dapat result, tak tera mana pun..buat malu jer..bila dah awai2 bercinta, takut nanti jadi le macam yang dok kuar dalam paper, bayi jumpa di sana sini..buang merata2..lupa dulu la bab marka-marka nih..belajar dulu..kalu mak pak kaya tak pa gak..ni mak pak pun tak berapa nak berduit..makan pakai pun mak pak kena bagi..duit top up pun kena mintak kat mak pak, galak nak bercinta..aku bukan kata kat sapa2 tapi aku kata kat anak sedara aku gak..amboooooiiii bercinta sakan, result exam..hampeh..geram betui aku..cakap mak pak tak mau dengaq..tak tau la nak cakap apa kat depa..depa tak tau betapa susahnya aku dulu..handset aku pakai masa umuq 23 tahun..depa la nih, sek ren dah pakai handset..mewah sungguh..mak pak cuba la sediakan apa yang depa nak, tapi apa depa bagi kat mak pak depa??mak pak cuma nak result peksa yang bagus, perangai baguih ja..takkan la itu pun tak boleh bagi..hmmm renung2kanlah wahai remaja...jangan nanti bila nasi dah jadi bubur, baru menyesal datang melanda..andai body sudah diberi, hidup ini tidak bermakna..bila jantan tak guna sudah merasa, anda dianggap tidak bermakna..jaga diri, hiasi peribadi...

Thursday, 23 August 2012

Mohsin & Abang Avi


gambar ni diambil masa pagi raya pertama..aku tak amik gambar pun time raya, sebab rasa takdak mood..yang pakai baju ungu tu, anak bongsu paklang mohsin..anak aku ni, kadang2 ok dengan abang avi, kadang2 gaduh..tapi nasib le avi ni pandai gak pikir, budak lagi, jadi dia tak le pukul anak aku ke apa ke bila anak aku buat dia..tapi, aku le kesian kat avi ni selalu kena buli dengan anak aku..avi nama betul dia zulhafizi..nampak ok tapi sebenarnya dia dalam kategori hyperaktif..selalu kena g jumpa pakar..gigi dia walaupun dah 7 tahun, ada 4 batang je..kena buat gigi palsu..yang pitynyer, dia takada liang roma..tak ada bulu roma..tak boleh panas..kena sejuk jer..sebab tu dia suka tidur atas lantai jer. kalau panas sangat dia akan buka peti ais..nak bagi badan sejuk..sekarang dah ok sikit la kat rumah dia sebab pakngah dia pasangkan aircon kat rumah dia..FOC..sebab sian kan anak sedara dia nih..
baju yang macam avi pakai ni le, pak lang dia nak belikan kat mohsin..bagi sedondon katanya..tapi anak aku tak nak..menangis2 dia dalam kedai tak nak pakai baju tu..hmmm selamat duit pak lang ko..tak yah beli baju raya kat ko mohsin...

Wednesday, 22 August 2012

sunyi sunyi suuuunyiiii


opis aku masa time cuti raya..minggu ni pakat amik drag sampai seminggu..yang bestnya, bos aku bagi je..sapa nak cuti, cuti le..opis sorang jaga pun tak pa..lagipun raya2 ni klien bukan ramai pun..


kaunter pun takdak orang jaga.bila klien mai baru pi dok kat situ..lega banyak la..dok saja ja..kalu selalu cam ni, best gak..mai opis pun ada yang pakai t shirt ja..bos tak tahu, kalu bos tau..kena la korang...kuih raya pun tak dak lagi..belum ramai, nanti dah ramai, pakat la bawa sorang sikit kuih raya..meriah la..tapi, tahun ni, bajet takde, takde jamuan raya la gamaknya..lain le kalu ada orang nak sponsor..tunggu jabatan lain jemput je la kan...

Iftar Last Sebelum Raya...

haaaa..ini la berbuka puasa last sebelum raya..lokasinya di sebuah restoran di Bertam, Kepala Batas..Lepas balik kerja, bersiap-siap, bertolaklah kami dari Kulim ke Bertam..2 buah keta dari Kulim, 1 memang dah dok di sana..jadinya, dia kena tunggu kami je la..

yang baju kuning tu, pak lang mohsin..yang bini dia ngasuh anak aku..dia ni merangkap menu planner..apa nak makan, tukang cedok lauk kat budak2, tukang bahagi2 air ke  potong ke apa ke..sebab dia ni berpengalaman bab2 cam ni..maklum le, biasa masak untuk catering..bukan dia punya, pak menakan mamak yang punya.dia cuma bantu..time cuti, jumaat, sabtu, ahad, kerja dia maaaasak ja untuk kenduri..

                                                   

ni aku le, tengah melayan mohsin yang baru bangun tido..belum dapat tenaga lagi nak aktif..mamai lagi tuh..


yang selalu open table dan kami mai melantak jer..yang pakai cermin mata, baju biru tu.abang ipar aku no.2, bekas pegawai waran dan sekarang bisnes air con..kencang duit masuk nih, kencang jugak duit keluar..dengan laki aku tak pernahnya kedekut..motor laki aku dia beli, handset samsung wonder kat laki aku pun dia beli, masa aku bersalin kat mohsin pun, banyak barang yang dia bagi..aku beli baju ja..kiranya dengan adik2 dia tak kedekut ler..tu le rezeki urah gamaknya..


dah kenyang, seronok ronda ekspo nak raya, kami lepak kat rumah abng ipar yang no.2.lama aku tak datang rumah dia..last aku datang masa open house tahun lepas..alat senaman ni apa ke benda orang pangge, cam kayuh basikal tu..dulu takde, sekarang ada.takashima brandnyer..anak ku pun nak menerai, padahal, kecik lagi.aku takut jatuh jer..


yang dok menunduk tu, anak bongsu dia le..agak2 ko berapa berat dia??aku rasa 35 kg atau 40 kg..baru 5 tahun..yang tengah dok eksyen cam nak walk tu, anak pak lang mohsin..the only girl in her family..tiap2 tahun nak raya, nenek dia akan sponsor buat rebonding..classss gitu..


anak aku suka bebeno dengan benda tuh..ko naik je la, mak nak beli, tak mampu..mahai oooo...


ni laki aku, pulun gak le nak try alat senaman tu..takpe, kat rumah takde, kita try kat rumah abang ko..tak kena bayar,free jer..


ish gambar ni blur sebab along amik gambar tangan terketar..tu yang nampak cam blur...kami bertolak balik dalam pukoi 12..gila..aku punya la ngantuk..nasib le..depa ni memang, kalu dah jumpa banyak beno sembangnya..macam lama tak jumpa, padahal setiap minggu jumpa..itu le adik bradik kan...


Tuesday, 21 August 2012

Hujan Emas Di Negeri Orang...

kau rasa korang mesti pernah dengar pepatah ni kan??masa sekolah dulu, kita kan selalu kena buat karangan, kena la selit sikit2 pepatah ni, nak dapat markah lebih..chewahhh, nak score markah gitu..aku nak share satu cita, kisah benar, bukan untuk mencari keburukan orang lain tapi untuk dijadikan pedoman..
ceritanya begini, aku ada seorang kawan yang kerja nurse di hospital swasta..kerja nurse di swasta compared gaji dengan nurse gomen, mesti le berbeza banyakkan??kawan aku nih dah lama kerja swasta, hospital pun femes kat kl nun..memang femes la spital yang dia keja nih..aku pun tak tahula apa yang tak cukup lagi dengan gaji yang depa bagi, dia nak g kerja si Singapo, dia berenti di spital nih, g kerja di singapo.memang la dapat gaji tinggi.basic saja rm 7000 duit kita..ada la kot dalam sebulan dua, dia tinggai anak, laki dia kat kl..yang gempaqnya, dia hilang seminggu masa dia nak balik ke Malaysia..puas mak pak, laki dia cari..dia bagitau nak turun dekat sekian sekian tempat, masa laki dia tunggu, dia tak mai..tepon tak angkat..tu diaaaa, gabra dah, awat tak dapat respon apa nih..dalam seminggu tu, depa buat repot, baca yasin, solat hajat, bagai la buat nak cari kawan aku yang dikatakan hilang nih...
lastly, baru dapat tau, dia kena tahan dengan polis singapo, sebab dia dok di sana sekali dengan tuan rumah, tuan rumah buat repot barang hilang..so, dia la yang disuspect..kan haru, kena dok di lokap..patut la call tak dapat, mesej tak berbalas..rupanya dok di lokap..ntah camna la dok di lokap negara luar nih...yang aku heran, peliknya, dah kena tahan pun, bila dah bebas nak g lagi kerja di sana..laki dia tak bagi la, dah jadi kes mcam tu..dia nak pergi jugak, tapi laki dia berkeras tak bagi..sekarang??dia tak dak kerja sebab nak balik ke spital tempat lama dia kerja, dia akan dapat pangkat rendah, masa dia berenti dia pangkat dah tinggi.malu la dia.tanam anggur la dia sekarang nih sementara nak tunggu kerja kat spital lain...itulah, gaji mahai pun kat negara orang, gaji murah pun kat negara sendiri..baik di negara sendiri kan??apa pendapat korang??

Wednesday, 15 August 2012

SeLaMaT HaRi RaYa AiDiLfItRi SeMuA....

okes kawan2..Ramadhan sudah sampai ke penghujungnya..lagi berapa hari je kita nak puasa..pastu kita dah boleh sambut Hari Raya..semuaaa orang mesti suka...baju dah beli?kasut dah beli?tudung baru dah beli?pendek kata semuanya nak serba baru..tapi, bila dikenangkan balik, pada yang mampu memang seronok berbelanja, pada yang tak mampu cukup sekadarnya sahaja..bagi yang miskin, raya atau tak sama aja kan??itulah hikmahnya Allah suruh kita berpuasa..nak bagi kita rasa macammana orang yang tak mampu nak beli makanan menahan lapar dan dahaga..sebab tu lah kita diingatkan supaya jangan membazir di bulan yang mulia nih..kita kena bayar zakat untuk bantu orang2 yang susah..mungkin bagi kita yang mampu, beli kat
bazar Ramadan setakat habis rm 20 tu perkara biasa, tapi bagi orang miskin tu, rm 20 tu macam rm 200 ooo...aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya pada semua kawan2 di alam maya ini..semoga sapa yang akan travel, akan sampai dan balik dengan selamat, akan menyambut hari bahagia ini bersama insan yang disayangi, jangan main mercun, tengok kat paper, berapa ramai yang akan cacat sebab main mercun, jangan berlumba di jalan raya, jangan makan banyak2..mentang2 ler raya ni orang pakat masak macam2, tibai je semuanya, jangan lupa sedekah duit raya pada yang berkemampuan, moga ditambah rezki di masa hadapan, jangan lupa pi sembahyang raya dan semoga selamat dan bahagia apa yang akan anda smeua lakukan.bagi aku, rumah mak dekat jer, jadi takdak masalah nak balik kampung..seperti biasa, raya ini aku sambut biasa2 ja..kuih pun pakai tunjuk ja, order kat kawan2..alih2 banyak la plak kuih aku..hahahha tu contoh cam orang membazir gak.tapi takpa, aku dah plan nak bawa pi kat rumah abang aku..dia anak ramai..mesti cepat habis punya..anw..Selamat Hari Raya, maaf andai ada terkasar bahasa, ayat yang terguris di hati..aku mohon ampun dan maaf...

Wednesday, 8 August 2012

Syok Blogwalking Bersama Aisyah Humaira

Sungguh indah si kelip-kelip,
cantik dilihat di malam pekat,
kawan ramai indahnya hidup,
semoga kita mendapat berkat.

Di alam cyber kita berjumpa,
hanya mesej penghubung kata,
walau di mana kita berada,
ukhwah terjalin akan dijaga.

Sama-sama penat berpuasa,
bila petang rasa gembira,
jangan kita membuang masa,
carilah kawan peneman bicara.

ha, ni pantun akak untuk segmen nih..selamat berpuasa dan selamat hari raya...

Tuesday, 7 August 2012

Beza Berpantang Dulu & Sekarang

mak aku cita, masa dia berpantang dulu, tak ada sapa nak jaga.basuh kain lampin sendiri, angkat air dari telaga sendiri, masak sendiri, suma buat sendiri.sebabnya, tok aku meninggal masa dia umur 10 tahun.lepas tu, dia hidup dengan mak sedara dia tapi bukan mak sedara yang dekat la, sepupu cam tu..merantau la hidup mak aku nih..masa nak angkat air dari telaga, mak aku kata, kena bawa baldi dua2 belah tangan, sebab kalu satu je tak balance..bahaya pada dia, kan baru lepas bersalin..ada la jiran mai tolong tapi dalam seminggu ja. dah kuat, buat sendiri..ala, orang kampung, nak kerja gak.kalu tak kerja tak ada duit.ayah aku, kerja noreh getah, pagi2 dah keluar.sebelum keluar dia tolong la apa yang patut..lain kena buat sendiri.basuh lampin, sebenarnya bukan kain lampin yang mcam kita pakai sekarang nih, kain batik yang dah tak pakai le jadi kain lampin..Nurse dulu2 kata, asal bersih sudah la.kan penoreh getah, mana ada duit nak beli mcm sekarang nih..sekarang lain, nak bersalin, itu kena ada, ini kena ada..hai beradun le orang kata.kalu yang tak tahu beradun tu maksudnya macam2 la kena ada..tapikan orang dulu2 masa pantang strict betul..mak aku dulu, rumah papan, dia amik atap zink, letak pasir atas zink tu, nyalakan api, tepi api letak batang pisang.dia duduk le atas batang pisang tu untuk nak panaskan badan..halakan bahagian belakang kat api, halakan tangan, fungsi dia nak bagi kecut cepat urat2 tuh yang dah kembang..bertungku jangan cita la..memang rajin.makan pun sikit je..sebab tu orang dulu2 dah  tak sakit urat sangat..orang sekarang dah masuk 40 dah sakit urat..ada yang pantang makan sampai setahun makanan yang sejuk2 dan kembang.cthnya: laksa, mi, air nyiok, kubis..mak aku dulu ikut suma tu.

sekarang? tengok aku je dah la.bukan ikut sangat pun.barut tak pakai.pakai kejap jer..bertungku malas, tapi buat jugak le sehari 2 kali..malas betul nak menungku..berurut 3 hari je la sebab kos urut mahai.sehari rm 30..makan pun tak berapa pantang.lepas pantang je dah makan bihun, mi.makan laksa tak sampai pun umur anak setahun..masa dulu mak aku berpanas je, sebab rumah tak dak econ, sekarang, kalu panas, tekan econ..sejuk je..stoking pun pakai pagi je, tengah hari dah buka.mak aku dulu pakai tak buang2 kecuali g mandi dengan pi toilet..sekarang, nak bertungku, ada orang tolong sediakan, air mandi orang sediakan, makan pun sama, time makan, p je kat meja makan, nasi dah ada..beruntung nya oranag sekarang berpantang..tapi, aku dah tekad nak berpantang ikut cara yang betul untuk kali nih.dulu masa pantang aku tak pakai barut, masa g kerja baru pakai.ada ke plak camtu..silap time..aku nak berbarut, berurut, bertungku dan kalu bleh nak makan ikan haruan banyak2..tingat plak kat ikan tu..nak jaga makan, sebab orang lain pantang turun berat badan, aku turun sikit je.nasi 2 pinggan aku bedal..camna nak kurus..

hmmm ni aku punya planning le.lagipun aku amik HLA women plan..moga2 dapat le claim banyak sikit..ikutkan sehari bleh claim rm 1k untuk bersalin..max claim rm5k.moga aku dapat la claim 2 3 k..aminnn...

opssss..mai beli baju raya..murah jer nak neog rega pun bleh..nak bagi perabis nih..

Kebaikan Minum Jus Oren

haaa..aku nak cita sikit pasai jus oren.sejak dua menjak ni, aku suka minum jus oren.bukan sebab apa, sebab aku minum sambil makan ubat..Nurse kata, bagus amik ubat sekali dengan jus buah2an untuk mempercepatkan kadar penyerapan.aku pun amalkanlah..kan hb aku turun benor..dah le bulan puasa, mana lalu sangat makan sayur, ulam lagi le tak makan..nasib le ada jus buah..biasanya aku akan buat jus oren le..jus tembikai pun ada gak, tapi oren aku buat untuk aku jer..sebiji je dah cukup, boleh makan 2 kali..berbuka dengan sahur..
apa baiknya minum jus oren nih: haaa meh sini nak cita.


sebelum tu, ni le limau yang aku beli, sebiji rm 1.00..


1.jus oren kaya dengan antioksida. banyak vitamin c.
2.membantu menyerap zat besi..cth cam kes aku le..hb rendah maknanya anemia..bila anemia, zat besi kurang..bila amik jus oren, dapat le membantu menyerap zat besi dengan baik..
3.kalu diamalkan, dapat mengurangkan risiko mendapat sakit kronik..cam kanser.
4.jus oren juga membantu membina kekebalan tubuh dan daya tahan badan terhadap penyakit..influenza juga dapat dielakkan.
5.mencegah kenaikan lemak jahat yang boleh menyebabkan sakit jantung..ha, kan sakit jantung dikaitkan dengan saluran jantung yang tersumbat, dengan minum jus oren, oren tu dapat singkirkan lemak yang jahat tu..selamat jantung kita.."Sayangi Jantung Anda".
6.oleh sebab jus oren kaya dengan Vit C, dapat le mencantikkan kulit dan juga memperbaiki sel2 yang rosak..jadi, kulit pun cantik dan berseri2..tapi kena la amalkan selalu dan start dari muda..kalu dah tua baru nak start mana nak dapat kulit cantiknyer..

Menurut pakar pemakanan, supplement sebenarnya tak perlu jika kita menjaga pemakanan kita dan makan mengikut piramid makanan..bila kita makan ikut aturan, badan sihat, duit jimat, otak pun cergas..tetapi, termasuk la dengan aku, berapa ramai yang boleh ikut piramid makanan kan???hmm itu le yang payahnya..


orang kata, kalu nak beli buah limau, pastikan bahagian bawah limau tu camni..ada lubang.baru buah tu manis..takat aku dok amal petua tu, manis le buah limau yang aku dok beli tu..kalu korang try, tapi masam, sori lah ye..dah nama pun orang kata...

No Ais Krim Free K..

ala...badminton kita tak dapat emas..kalu dapat emas, semua rakyat Malaysia boleh le makan ais krim Baskin Robbin free..aku dah plan dah, kalu menang je badminton rancangnyer nak le ke Jaya Jusco Bandar Perda, nak claim ais krim free..situ je la yang paling dekat pun..tapi, apakan daya, Lin Dan yang menang..Chong Wei, kempunan gak la tak dapat rm 4 juta..dah nasib..tak de rezki..apa2 pun, dapat le jugak pingat perak..berapa kerajaan akan bagi dekat dia kan???lumba basikal pun tak dapat pingat gak..tapi aku gerenti, kalu squash masuk dalam acara olimpik, emas mesti dapat dekat kita..nasib le tak masuk, kalu tak Nicol Ann David mesti menang..jarang kalah la minah tu..menangggg jer semedang..kagum betul le aku dengan dia..maintain je prestasi dia..main le kat mana pun, dalam Malaysia ke, luar ke..macam dulu badminton, kalu main kat Mlaaysia menang, main kat luar kalah..dulu la cita nih..apa petua dia?pandai pun pandai..hebat betul, aku tak le kisah dia dapat gelaran datuk di usia muda..memang besar beno sumbangan dia pada negara..kepada ahli sukan lain cam memanah ke, renang ke , apa2 je la..cuba lah lagi..kot2 ada rezki menang kat mana2..tapi nak ke Brazil lambat le plak lagi..kena tunggu 4 tahun lagi..takpe, kita ada sea games, komenwel games banyak g games yang ada..jangan putus asa k...

Berita terkini...katanya..BR tetap akan bagi aiskrim free..sapa2 yang sempat blehle pi cliam..jam 8 mlm sampai 10 malam...

Saturday, 4 August 2012

YoGo GoYo Yogurt...sedappppp


dah lama aku dok tingin nak makan yogurt kat kedai nih..bukan nya aku tak pernah pergi ke Kulim Landmark tu, tapi tak pernahnya nak pijak kaki pi ke kedai nih..Khamis lepas, balik kerja awai, aku nekad, pi jugak kat kedai nih, nak beli yogurt..aku tau rega yogurt nih mahai, tapi dah tingin punya pasai, aku reda..hehehe..


ni le kedainya..aku amik gambar dari side tepi..nak amik gambar depan, takut plak orang perasan, malu woiii...bulan posa, besa la, tak ramai orang pun..aku je kat dalam tu customernya..yang aku tau mahai yogurt depa nih sebab jiran aku pernah pi beli..dia ingat murah, dia tekan je la dalam bekas kertas tuh, time bayar, kena timbang..amik kau, 4 bekas kecil rm45.00..aku pi hari tu, tak nampak pun bekas kecil,suma bekas sama saiz jer..so, aku dah ready la dengan rega yang mungkin aku akan kena..


ni le yogurt yang aku beli..banyak beno hiasan yang ko oleh letak..ada buah naga, laici, strawberi, kismis, agar2 kering, coklat rice, badam potong..ish macam2 ler..ada lebih dari 20 selection untuk kita nak tambah kat yogurt tu..aku baru first time pergi, aku amik, plain yogurt dengan banana yogurt..ada lagi pilihannya, toffle coffe, orange dan coklat..takpa, try satu2 dulu, nanti kita p, amik perisa lain plak kan...Total kos : RM 16.80 untuk 330 gm..harga 1 gm = RM0.51...

  dan aku memang akan pi beli lagi sebab sedap ler yogurt nih...

korang nak beli baju murah,masuk sini murah wa cakap luuu...

Wednesday, 1 August 2012

Timakasih Bro..

hari ni,aku  agak kalut sikit, pagi tadi ada taklimat dari kesihatan tentang pemakanan sihat sebelum, semasa dan selepas Ramadhan...aku sempat dengaq sat ja sebab ada waris kes yang ditahan dilokap nak jumpa..nak buat rayuan..aku kena la jumpa depa nih, dah aku yang dok incas kes mahkamah..ish punya la lama sembang samapi kering kerongkong aku nih..banyak nor soalan bini orang yang dok dalam lokap nih..jenuh aku nak menjawabnya..besala, waris ni kadang2 dia tak paham prosedur, dia tak paham apa yang aku boleh tolong, apa yang aku tak boleh tolong..kena la cita sikit kat dia..habis jumpa dia, ada plak dah sorang lagi..nak buat rayuan jugak..laki kena tangkap baru 2 hari...ok, jumpa aku, buat rayuan, aku pun tulis rayuan. keputusan akhir bukan aku yang buat, majistret..takpa, jangan hampakan waris..

sebenarnya, yang aku nak cita nih, aku dapat top up rm 10 dari blogger femes dan hebat semalaya nih..ala2 redmummy gak glemernya..bro nih baru top up kat aku.dia bagi no siri top up, aku top up le sendiri..camna aku bleh dapat?aku ada comment kat satu entry dia dan aku telah dipilih sebagai pemenang..huihhhh suka la aku sebab mana pernah menang  apa2 pun sebelum nih..tambahan plak, aku blogger picisan jer..baru nak belajar jadi cam depa yang hebat tuh...apa2 pun timaksih ye bro sebab pilih saya sebagai pengomen terbaik..

disebabkan kalut, aku rasa cita dengan tajuk tak berpa masuk..tapi takpa, hentam saja la labu....