Wednesday 26 September 2012

Yang DiTunggu Tak Tiba..


Persediaan untuk menyambut our KP. Jenuh la jugak. nak bagi apa kat dia pun jenuh le memikirkannya. takut nanti silap bagi tak berkenan plak di hati dia.


sebakul buah2an disediakan sebagai buah tangan. cantikkan hiasan kat bakul tu.


meja minum petang untuk KP. mi goreng, buah2an, pulut seri muka, roti jala. minuman teh o.


yang tudung oren tuh, ahli Mawadah kami, dia kami suruh buat demonstrasi kek coklat kukus dan kek pisang kukus. asainya nak buat kek buah kukus, tapi tak jadi plak.takpe la, janji ada demo gak. Puan Suria ni dok buat juai kek, masak2 kalu ada tempahan. Biz from home.


ni peserta yang hadir untuk tengok demo


ni le kek coklat kukus yang dah buat dari rumah. habis demo, kami tibai kek ni la.lembut, sedap.marvellous..


pembantu tengah kacau adunan tadi..campur semua, kacau jer bagi sebati


tengah ready untuk kek kedua plak. kek pisang kukus


ada pembantu sorang yang tolong buat. kalu dia sorang tak lepas la kan.


jambangan bunga yang disediakan untuk KP. posing jap sebelum bagi kat KP.


kacau bagi sebati betul2.nanti jadi tak cantik plak.


yang baju hitam tu our Mawadah member gak. Polis pencen. Kak Bi namanya. nak nyambut orang besar, kami pinjam la set cawan dia.kat Rumah Komuniti kami tak de set cawan.


nak kukus, kena la pakai periuk kukus


pisang yang dicampur dengan milo.siap diblender


ada sikit slot untuk kreatif. Jari jemari kreatif. ada sorang tu volunteer ajar cara nak buat butang/brooch dengan perca kain. senang betul..kena rajin jer.


cikgu tengah tunjuk demo nak potong acuan.


ni le butang nyer..kat Giant depa jual 2 rm5.00



tengah-tengah dok buat jari jemari kreatif, depa pangge masuk untuk dengaq taklimat sikit pasai progress  Rumah Komuniti. Semua kena masuk, habis taklimat baru le, sambung balik buat kraftangan tuh.


sambung balik buat kraftangan.suka benor depa nih, aku pun suka sebab dapat ilmu


Nota kaki : our KP tak mai pun walaupun dia berehat dan sembahyang Zohor di Htl Seri Malaysia yang amat dekat dengan Rumah Komuniti. Kami tempah kek dari Secret Recipe tapi tak sempat nak amik gambar,dah kena sebat dengan sapa ntah bila dapat tau KP tak jadi datang. Staff pun tak sempat nak merasa.Buah anggur hitam pun hilang ghaib dari bakul. Buah pear pun hilang.padahal buah tu nak bagi dekat Pengarah sebab KP tak hadir, pengarah singgah jap, kira dia ganti KP ler..Itu le sebab, tajuknyer yang ditunggu tak tiba..kami punya tunggu, berdebar2, tapi tak mai plak KP.eventhough persiapan 3 hari sebelum tuh.hmmm apa nak dikata...kiranya persiapan tu untuk kami sendiri ler...apa apa pun, terima kasih pada yang bertungkus lumus untuk menjayakan program ini..KP tak hadir takpe, Pengarah mai..

1 comment: