Sunday 11 December 2011

Lindungi Keluarga Anda

pernah dengar antibiotik??korang tau ke apa antibiotik tu?? antibiotik tu digunakan untuk merawat penyakit yang disebabkan oleh bakteria..ha..mesti pernah makan kan..sebabnyer bila kita sakit, pergi jumpa doktor, mesti doktor bagi antibiotik..tetapi, paper kelmarin ada satu tajuk besar Elakkan Kerintangan Antibiotik...
apa yang perlu dan harus lakukan untuk mengelakkan kerintangan antibiotik??
** jangan gunakan antibiotik sewenang-wenangnya..
** dapatkan nasihat doktor apabila sakit
** sekiranya dapat antibiotik, habiskannya mengikut arahan. ini untuk mengelakkan jangkitan semula dan risiko terhadap berlakunya kerintangan antibiotik.
kerintangan antibiotik tu plak maknanya, bakteria tu jadi kebal terhadap antibiotik yang kita makan..atau bahasa pasarnya mangli..bila kita makan pun dah tak bagi kesan dan tidak membantu untuk kita sembuh dari penyakit..bila keadaan jadi camtu, doktor pun kena la bagi antibiotik yang lebih kuat...sebab tu kat bila g amik ubat, doktor akan kata, habiskan antibiotik yer habiskan antibiotik yer..sebab tak bagi bakteria jadi kebal..
kesimpulannya..makan ubat ikut nasihat doktor, bila sakit, cepat2 ler pergi jumpa doktor, kalu tak habis ubat tu, bagi balik pada hospital, untuk elakkan pembaziran ubat..lagi satu, ubat yang dah guna bleh tahan 6 bulan jer..kalu lebih daripada tempoh tu, jangan le makan lagi yer..
"Hidup Sihat Dan Ceria"

No comments: