Tuesday, 29 April 2014

Abang Kena Cubit

sentap aku bila anak aku bagitau cikgu cubit dia sebab tak finish homework. tak pernah pun dia bagitau camtu sebelum ni. garang cikgu dia nih. tapi takpa la, cubit ja. kalau pukul teruk2 lain la cita. tapi ada kawan dia, mak dia cita kat aku masa aku pi sport day hari tu,27.4.2014 (ahad), anak dia kena pukul kat belakang dengan cikgu yang sama. ni dah melampau.anak dia balik ngadu sakit kena pukul. mak budak tu mai sekolah. pengetua kata, cikgu tu memang garang sikit. budak 4 tahun, patut padan la nak garang pun. lambat kemas buku kena, tak siap homework kena. aku tanya anak aku, kena cubit saja ka kena pukul, dia kata cubit ja. sekarang homework memang siap, tak kena la cubit kot. mak budak tu tak letak anak dia sampai pukoi 2 cam anak aku, koi 12 dia amik dah. nak komplen sangat2 nanti orang tak layan anak dia plak. lagipun dia kata dia dok monitor gak, kalu jadi lagi, dia memang nak sound cikgu tu direct. laki aku kata, kalau dia buat kat mohsin camtu, abang g sepak dia..huiii garangnya pak mohsin..heee

Satu Penganiayaan...

apa yang aku nak cita ni berlaku dekat jiran aku. dia seorang ibu tunggal. anak ada 4 orang dari 2 asben. dua-dua asben dah meninggal. rumah dia dengan rumah aku dekat ja, kiranya dia jiran aku yang paling dekat. sebab kami dok di kampung, walaupun dekat tapi jarak satu sama lain adala dalam 30 meter camtu. kampungkan....ada jarak rumah yang dekat kemain sampai bumbung berlaga bumbung ada yang jauh cam kat kg aku nih..semuanya jarak satu sama lain camtu la lebih kurang.
apa yang aku nak cita nih, baru ni anak dia yang sulung kawin. dia ni aku pangge kak dariah. nak kata cerdik tak cerdik, nak kata bendul pun tak sangat. macam bodoh-bodoh cerdik la lebih kurang. dia ada abang, pun macam tu jugak la lebih kurang. so, kenduri ni dia bagi adik lelaki dia yang handle. buat kenduri pun di rumah adik dia. jauh la dari kampung kami nih. tapi mengenangkan jiran yang aku kenai dari kecik, aku pi jugak la walaupun hari kerja.
yang aku tak puas hati dan rasa kak dariah ni kena naya dengan adik dia sendiri sebab :
** kenduri tu membazir ya amat...orang tak ramai tapi lembu sekoq, ayam 4 pikui..aku bab pikui-pikui ni tak reti sangat tapi yang aku tau memang satu kuantiti yang banyak.. biaq balance la jemputan dengan makanan.mentang2 tak pakai duti depa, pakai duti pengantin,hentam ja beli barang kenduri..
**bilik untuk pengantin pun tak dak. dah tau kenduri buat di situ, confirm pengantin akan ada di rumah tu, siap la satu bilik untuk pengantin. takyah la hias cantik bagai, cukupla dengan bilik yang kemas. ni bagi pengntin dok dalam bilik anak bujang dia yang bersepah dengan baju. katil pun cadar tak tarik. aku tengok sendiri bilik tu..sian sangat kat penagntin.
** goodies lebih berlambak. sampai 2 plastik beg besaq. masa tu dah pukoi 4 petang. mana ada orang nak mai makan kenduri dah.
** duit salam yang kak dariah tu dapat cuma rm100++ ja. anak dia bagitau mak aku, yang tu ja mak bawa balik. yang orang sedekah kat pak lang tak tau la berapa.depa tak bagi kat mak pun.
** duit hantaran, rm8k++ pengantin hanya amik untuk beli rantai tangan. tu pun rega dalam rm1k++ ja pun. baki semua bagi kat pak lang dia untuk buat kenduri.
 
mak aku cita, malam tu jugak depa balik kampung. tak stay pun kat tempat kenduri tu. anak dia bagitau, petang tu 4 bekas nasi yang besaq, ayam dan gulai daging semua buang dalam sungai. aku sedih sebab membazir makanan tu.orang lain carik makanan dalam tong sampah, tengok dekat afrika, kurus kering sebab tak dak makanan, kita sampai membazir sangat2.
anak dia bagitau mak aku, nyesal buat kat rumah pak sedara dia, baik buat kat rumah ja. takpa la maklong,malas nak bising2.buat malu kat asben dia ja. tak tau nak jadi camni, lain kali beringat ja la. depa pangge mak aku mak long.
hmmmm nak kata apa, dengaq ja la..sian kak dariah..

Sunday, 20 April 2014

Caiyo caiyo caiyo

Caiyo caiyo caiyo....Bulan ni aku kena pulun nak cari klien. Aku fokus on saving dan juga untuk wanita-wanita yang nak claim bila bersalin. Plan bersalin ni dah nak expired bulan 6 ni. So, kena la cari klien sebanyak yang mungkin. Nanti sian diorang, tak tau ada produk camni. For those yang tak tau, HLA ada satu produk yang bagi elaun untuk orang yang bersalin. Tak la banyak dapat tapi boleh la untuk nak buat belanja masa berpantang. Semalam rm600. Kalau dok di wad 3 malam dapat la rm1800. Ha banyak tak. Lepas buat akikah kat anak kan? Bayaran bulanan pun murah ja. RM 100 sebulan. Bukan itu saja, plan ni pun cover kanser yang berkaitan dengan wanita. Pampasan min rm60k. Komplikasi semasa kehamilan, cthny : anak mati dalam kandungan, tumpah darah yang teruk dan mengandung luar rahim..pampasan rm30k.
kalau dah bersalin, anak ada sindrom down, jantung berlubang atau spina bifida..pampasan rm30k. pembedahan plastik pun kita cover,kematian akibat bersalin dan kematian biasa ada gak kita bagi pampasan dan juga elaun spital untuk kes selain daripada mengandung..ada kita bagi.plan ni ada simpanan sekali plus ikut syariah tau. bukan tak ikut syariah. sapa berminat nak tau lebih.sms sy 0124945435..
caucincau..entry kalut sebab nak balik dah..heee

Esok Kursus

yehaaaaaa.....Esok start kursus di Sg Petani. Kursus Lifeskill. Tak dapat nak dibayangkan apa intipati kursus tu. Takpa, redah ja. Dengaq kata kursus tu best. Tak boring langsung katanya. So, kita tengok la camna. Selamat tinggal pejabat dan kawan-kawan. Setakat ni rasanya semua kerja dah ready. Kalau apa yang tertinggal kawan-kawan tolong ler cover.

Wednesday, 16 April 2014

Pakai Apa Saja

Aku dok perati, cikgu tadika cina memang simple. Cikgu sekolah anak aku, mai mengajar boleh pakai seluar sukan ja. Very simple. Ada satu tadika yang aku pi riki hari tu pakai seluaq punya la pendek. Nak tau pendek tahap mana? Korang bayangakan bontot,seluaq dia bawah sikit dari bontot ja. Pakai baju terdedah la sikit kat bahagian atas tu. Aku pi dengan kawan aku.Aiseyyy simplenya baju dia mai tadika. Nasib la anak kawan aku tak mai sekali.Tidak dia mesti kata, mama,pendeknya seluaq dia sebab anak kawan aku tu memang banyak mulut. Takat pakai jeans tu aku tak kisah la tapi kalau pendek sampai tera tu, kena labuhkan sikit kot. Tapi ni pendapat aku,orang lain aku tak tau la kan. Tadika anak aku setakat ni aku tengok ok la.Takat jeans dengan t-shirt. Pengetua dia dah tua, selalu pakai sari ja. Senang berurusan dengan cikgu2 kat tadika ni.  Jenis tak pilih bulu, friendly. Tu yang aku rasa serba salah nak tukaq anak aku pi tadika lain tahun depan. Nanti la pikir.

Tuesday, 8 April 2014

Apa Crita?

Aku dah lama tak follow pasai kapal terbang kita yang hilang tu..Apa story sekarang nih. Kalau baca kat paper Utusan ke Bh ke lain critanya.Kalau baca kat internet lain gak isi kandungannya. Ada yang kata sabotaj ada yang kata Israel punya angkara. Ada yang kata bawa sistem pertahanan China dan pakar pertahanan China. Sebab tu kapal tu hilang.Ada yang kata Amerika sendiri terlibat. Haihhh macam-macam la.Rasa cam malaih nak follow dah.

Menghitung Hari

Oittt  hari apa yang kau hitung? Nak bersalin?Kat opis aku ada 3 orang lagi yang masih mengira hari nak masuk labour room.2 orang dah lepas dah. Yang lelaki tengah tunggu hari nak masuk labour room ada sorang ja. So, total semua kami dapat 6 orang anak menakan tahun ni. Klien aku yang sedang tunggu nak claim elaun bersalin semalam rm1k dengan HLA ada la dalam 5 orang. Sorang dah selamat dah. Aku nak pi amik surat beranak dengan discharge note ja.Pastu bleh hantar kat opis buat claim..Yeahhh suka la depa tu. Semalam rm1k, 2 malam rm2k..
Aku tengah tunggu bila claim nak masuk sebenarnya. Dok kira hari la ni. Tak dak silap apa claim aku tu, so, kiranya cam masuk on time la.Hahahah sukernya..Suker le sebab tu Kedai Emas Delima dok tunggu aku tuh. Aku kan booking rantai tangan kat kedai tu. Nasib le laki aku tak tau pasai blog nih kalau tak mesti dia tau aku ada booking rantai tangan.Haaaa selamat.Ada lagi nak guna duit tu, nak buat makan-makan sikit sempena besday mohsin.Bulan ni le besday dia.
Arghhh masuk on time yer duit.. Den dok tunggu nih..

Proses Pembesaran

Saat yang paling best aku rasa kat sapa-sapa yang jadi mak pak ialah bila anak dah pandai bercakap dan dah pandai tanya itu ini. Anak aku yang sulung dah 4 tahun. Bercakap punya banyak. Ada time rasa lawak, ada time rasa cam nak marah pun ada.Lawak sebab dia baaaaanyak sangat tanya. Marah sebab kadang-kadang dia tanya soalan yang berulang-ulang dan kadang-kadang kita rasa malu. Cth:mak ain melayu tapi gelap.(dah mak ain dia mamak).Mama, dia ni cina kan tapi takdak anjing pun. Mama, kita bila nak pi tidoq kat hotel, jangan bawa adik sebab adik kecik lagi kena dok dengan mak ain..aihhh dah pandai demand nih.Belum lagi dia komplen mak tok masak tak sedap.Belum lagi dia nangis-nangis suruh aku tukaq baju yang aku pakai pi reja sebab dia kata tak lawa. Bleh plak atuq aku pakai baju ni baju tu..heeee lawak lawak.
Hmmm ain belum lagi dengaq dia berceloteh sebab dia baru bleh sebut abah,mama, abang..kalau dah pandai sok,tengok la camna.heeee..i'm hepi with my kids.

Clash

kat opis korang ada tak masalah clash arahan atau tugasan. Kat opis aku sekarang ni tengah berlaku. Cth:aku pegang unit pencegahan, aku dah atuq program cantik punya, tup tup ada orang lain dah rancang buat program pencegahan tak berbincang dengan aku. Dah set tarikh apa semua, clash dengan jadual yang aku dah atuq.Hangin aku. Tau napa jadi camni, sebab bos aku assign aku pencegahan, yang sorang lagi plak penyelaras Skuad juga bawah pencegahan. Yang sorang tu buat program ikut pala dia pastu suruh kita ikut. Ingat kita dok saja tak buat apa kat opis. Aku hangin nih. Ni payah bila ada yang gila kosa macam dia sorang ja pandai buat kerja.

Monday, 7 April 2014

Alamak Gastrik Datang Balik...

Huwaaaaa...sedihnya gastrik ni cam datang balik ja..Dah lama aku tak kena gastrik ni.Tapi 2 3 hari ni, time petang ja aku kena makan ubat gastrik yang doktor bagi dulu. Air kapur dah lama habis. Tinggai Gaviscon ja sikit lagi kat dalam botol tu. Tapi aku tak minumla sebab rasa tak perlu lagi. Aisehhh ingat dah ok. Aku selalu rasa sakit kat ulu hati dengan rasa sakit kat belakang. Selalu kalau gastrik camtu la aku. Kena pantang makan balik nih. Tidak aku bedal ja semua. Confirm pedas kena kurang nih..Ok..Start balik la kawal makan. Aku tak nak dah malam-malam kena pi spital cam dulu tu. Masa aku pi amik APC dulu pun camtu gak. Nasibla hotel tu depan jer dengan Hospital Kajang. Pergi berantar dengan van, balik aku jalan kaki ja sebab dah kena sejarum. Ok la sakit aku. Waktu kejadian? Pukoi 3.30 pagi. Orang lain sedap lena, aku tengah sakit. Dengan roommate aku skali tak bleh tidur..Heee Sian dia.
 
 
 

Saturday, 5 April 2014

Bersenam Untuk Kesihatan

Hampa suka aerobik. Aku suka aerobik ni tapi sebab ada anak kecik ni payah betoi nak pi mana-mana kelas aerobik. Lagi satu masalahnya, time depa tu tak kena. Stat pukoi 6,habih pukoi 7. Ada gak yang buat lepas Maghrib. Aku ni dok dengan mak mertua, tak berapa elok la nak kuaq time-time camtu kan.
 
Kelmarin,5.4.2014 (Sabtu) Persatuan Senamrobik Daerah Kulim anjurkan Aerobik Mega Zon Utara, aisehhh aku kena pi ni. Selain dari bersenam, aku bleh claim ot sebab, aku jemput ahli Skuad aku pi sekali. Kira pi bersenam sambil amik gambaq pastu jadi la satu repot program. Cantik.
 
Memang best pi aerobik nih. Sebab, instructor yang kedua tu, aduiii best sangat pergerakan yang dia buat. Lelaki, tapi badan dia nampak lembut ja bila dia pergerakan, pantas pulak tu. Kecik ja orangnya. Nama aku lupa. Yang pertama tu, yang mengajaq aku aerobik masa aku kat Kuala Muda. Lepas kerja,aku selalu pi kelas dai. Murah ja,satu sesi 4 hengget ja. Untuk sejam. Berbaloi la sangat-sangat. Yang kelmarin aku kena bayar rm10.Takpa la sekali sekala.
 
Masa aku bujang, aku beli vcd. Pasang kat tv, ikut je la. Tapi sekarang cam lawak plak aku nak buat. Nanti mak mertua aku gelak plak. Apala menantu aku dok terloncat-loncat nih.Heeee
 
Persatuan ni setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad depa akan buat di Tasik Kulim, caj rm3 jer. Tapi nak pi macam yang aku kata la, banyak benor halangan. Hmm time-time camni la bleh join pun. Sekali sekala ja. Sekala sekala ja la aku bleh bersenam..Huhuhu sedih. Tapi wat kerja rumah pun dikira senaman gakkan?

Gua Kelam, Perlis

Last day, kami pi Gua Kelam. Dulu mai sini masa tahun 1995. Mai dengan rombongan sekolah. Berkhemah di situ. Masa tu baru sangat tempat tu dibuka. Memang la gelap gelemat. Kat kawasan perkhemahan tu apa pun tak ada. Lampu semua tak ada. Kami pi Perlis naik keretapi dari Bukit Mertajam ke Arau.
 
Hmmm banyak dah berubah tapi yang tak bestnya kan. Hari tu hari cuti, patut kedai cenderamata kena la buka. Kan orang mai, nak la beli something tapi tutup plak. Apa yang bleh dibuat sebagai tanda kenangan, hmm tak dak la kan.
 
Disebabkan musim kering, air pun takdak. Dulu aku ingat lagi, kalau masuk dalam gua tu, bunyi air berderu-deru. Sampai naik takut. Bunyi punyala kuat. Tapi hari tu, bunyi air pun takdak. Kering jer. Dah musim keringkan? Nak buat camna. Bukan kita minta tapi dah Allah bagi ujian pada kita dengan musim kering/kemarau.
 
Satu yang aku perasan la. Kat dalam tu ada laluan untuk nak ke bahagian perkhemahan. Aku tengok pagar dia besar la. Kalau sapa bawa anak umur 1 tahun ke 2 tahun ke, bleh jatuh. Sebab ruang antara besi tu besar. Tapi dah diberitahu, keselamatan tanggungjawab sendirikan, jadi beringat la mak pak yang bawa anak masuk situ. Budak kecik mesti nangis punya kalau masuk gua tu sebab kelam. Dah nama pun Gua Kelam. Tiket masuk murah ye kawan-kawan. Kanak-kanak 50 kupang ja. Dewasa seringgit. Aku tanya orang yang berniaga kat situ, orang tak ramai sebab kering. Tidak orang mai mandi, berkelah, sekarang dah kering orang malaih nak mai la. Ye la, nak mandi cam na. Takdak air.
 
Ni aku tempek gambar aku pi sana.










 
Hampa kalau nak pi sana, pi la time tak kering. Baru best dengaq deru air dalam tu. Aku pun ntah bila plak nak pi bercuti tak tau la. Kena kumpul duit lagi ler.
 
caucincau

Wednesday, 2 April 2014

Hadiah Bermakna

Bulan 4 ni dah sampai penamat bulan pendidikan pencegahan dadah. Hari ni,3.4.14 aku pi ceramah kat SK Taman Kenari.Kat sekolah tu,ada bekas cikgu aku dulu.Nama dia cikgu Mimi.Dia ajaq aku masa kat SK Labu Besar, tahun 1988. Masa tu aku umur 8 tahun. Dalam banyak-banyak sekolah yang aku pi,sekolah ni bagi hadiah paling best.Bukan sebakul buah, bukan tuala mandi yang ada cop sekolah,bukan hamper yang besaq gedabaq, tapi 2 buah buku yang tajuk dia best. Satu tajuknya "Pimpin Aku Ke Syurga" dan satu lagi "9 Keajaiban Sunnah Nabi".Wow tu buku knowledge dan motivasi.Kena baca nih sebab aku dah lama tak beli buku dan pesta buku yang besaq tu dah terlepas..rugiiii tidak bleh beli buku kat anak2 aku..huwaaaaa sedihhh....

Tuesday, 1 April 2014

Sedapnya Sirap

dulu-dulu kalau kenduri mesti orang akan hidang air sirap.kiranya minuman wajib le kalau kenduri kat kampung.kat tempat aku la.tak tau la tempat korang.bila kenduri sirap,kenduri ja sirap.sebab sirap kan murah.kalau nak bancuh sunquick ka, teh bunga ka ,aihhh mahai ja.kos jugak tu.aku pun naik fed up dengan sirap nih.kalau order minuman, ishhh dijauhkan la nak mintak sirap.tak hingin aku.
tapi yang lucunya, masa aku berpantang, mak mertua aku bagi minum sirap.teh tak bleh.normal la kan dalam pantang tak minum teh.milo bleh.kopi bleh.sirap tu tambahan.ish ish ish aku rasa nikmatnya bila dapat minum sirap.sedapnya sirap ni aku rasa.dolu-dolu tak pandang sirap nih.cam low class jer.haaa..amik kau.dalam pantang sirap la air yang kau puja.padan muka.hahahah kena setepek.
itula, jangan dok pandang rendah pada sirap.heeee...last-last yang tu gak la yang dok teringin pun kan?

Ada Simpanan Hari Tua?

Let me tell u ladies & gentleman..I'm an agent insurance part time.Heee..nak promot nih.Kot-kot ada yang nak amik insuran ke,nak buat simpanan ka?Korang dah ada simpanan untuk retirement?Jangan ingat,bila kita dah tua, duit kita tak pakai banyak.Lagi banyak nak gunakan?Cuba bayangkan,masa umur kita 55, dah pencen kan,anak-anak baru nak menapak cari kerja atau baru nak beli rumah,kereta mungkin ada yang masih belajar lagi.Kita akan bantu dak depa,kalau depa tak mampu nak bayar deposit rumah ka kereta ka?sebab 2 perkara tu adalah satu keperluan sangat-sangat.Betoi dak?
Takkan kita nak harap pencen atau kwsp kita ja kan?kita pun nak pakai gak duit tu untuk kegunaan sendiri.cukup ke kwsp dengan pencen?kajian BNM,duit kwsp akan habis dalam masa 3 tahun.kalau pandai jimat dan rancang kewangan mungkin le tahan lama sikit.So, saya cadangkan, kawan-kawan pembaca semua amik la plan simpanan dengan saya.di HLA(hong leong assurance) kami ada plan simpanan yang dapat membantu anda menyimpan untuk hari tua anda.Dengan bayaran serendah rm65 dan tempoh pembayaran selama 10 tahun sahaja.Apa untungnya amik plan simpanan ni?untungnya, simpanan anda akan diganda dua kan bila sampai tempoh matang.Bila matangnya?Matang pada tahun ke-25.Contoh, start simpan pada umur 30 tahun.Bayar selama 10 thn.jadi umur masa tu 40 tahun.tunggu lagi 15 tahun untuk matang,jadi anda akan dapat duit tu pada umur 55 tahun. Lagi banyak simpan,lagi banyak return.Cthnya:simpan rm65 sebulan,return akan dapat dalam rm15k.tapi kalau simpan rm150 sebulan,return akan dapat rm50K.haaa untung tak?ada lagi satu untungnya simpan dalam plan ni.ada perlindungan insuran lagi.Cth:A amik plan ni dan sempat menyimpan selama 10 tahun shj, A meninggal dunia.Apa yang waris A akan dapat?Waris A akan dapat simpanan dia yang akan diganda duakan dan juga pampasan kematian.So, waris akan dapat 2 amaun duit.Kalau simpan di bank melalui potongan gaji, kalau A meninggal, waris boleh tuntut banyak mana yang A sempat simpan saja la.
Haaa..faham tak konsep simpanan nih.Ni simpanan untuk hari tua, kalau simpan sekejap nak amik tak sesuai la dengan plan ni.Ni untuk yang nak simpan, pastu biar ja.Dah matang baru amik kuaq semua duit tu..
Berminat nak tau detail?sms sy 0124945435..atau tinggalkan no telefon di komen anda.Nanti saya hubungi