Hampa suka aerobik. Aku suka aerobik ni tapi sebab ada anak kecik ni payah betoi nak pi mana-mana kelas aerobik. Lagi satu masalahnya, time depa tu tak kena. Stat pukoi 6,habih pukoi 7. Ada gak yang buat lepas Maghrib. Aku ni dok dengan mak mertua, tak berapa elok la nak kuaq time-time camtu kan.
Kelmarin,5.4.2014 (Sabtu) Persatuan Senamrobik Daerah Kulim anjurkan Aerobik Mega Zon Utara, aisehhh aku kena pi ni. Selain dari bersenam, aku bleh claim ot sebab, aku jemput ahli Skuad aku pi sekali. Kira pi bersenam sambil amik gambaq pastu jadi la satu repot program. Cantik.
Memang best pi aerobik nih. Sebab, instructor yang kedua tu, aduiii best sangat pergerakan yang dia buat. Lelaki, tapi badan dia nampak lembut ja bila dia pergerakan, pantas pulak tu. Kecik ja orangnya. Nama aku lupa. Yang pertama tu, yang mengajaq aku aerobik masa aku kat Kuala Muda. Lepas kerja,aku selalu pi kelas dai. Murah ja,satu sesi 4 hengget ja. Untuk sejam. Berbaloi la sangat-sangat. Yang kelmarin aku kena bayar rm10.Takpa la sekali sekala.
Masa aku bujang, aku beli vcd. Pasang kat tv, ikut je la. Tapi sekarang cam lawak plak aku nak buat. Nanti mak mertua aku gelak plak. Apala menantu aku dok terloncat-loncat nih.Heeee
Persatuan ni setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad depa akan buat di Tasik Kulim, caj rm3 jer. Tapi nak pi macam yang aku kata la, banyak benor halangan. Hmm time-time camni la bleh join pun. Sekali sekala ja. Sekala sekala ja la aku bleh bersenam..Huhuhu sedih. Tapi wat kerja rumah pun dikira senaman gakkan?
3 comments:
wah patut nampak cantik sentiasa...rupanya rajin bersenam ya...
la ni Ros suka Zumba.. try la kak.. best :)
laa...org kulim ke? dok tang mana??biasa tgk org dok beraeroboik kat tasik tu bila akak pi jogging....tp malu nak join,tempat terbuka mcm tu...dulu2 dok aerobik kat kelas...
Post a Comment