Saturday, 5 April 2014

Gua Kelam, Perlis

Last day, kami pi Gua Kelam. Dulu mai sini masa tahun 1995. Mai dengan rombongan sekolah. Berkhemah di situ. Masa tu baru sangat tempat tu dibuka. Memang la gelap gelemat. Kat kawasan perkhemahan tu apa pun tak ada. Lampu semua tak ada. Kami pi Perlis naik keretapi dari Bukit Mertajam ke Arau.
 
Hmmm banyak dah berubah tapi yang tak bestnya kan. Hari tu hari cuti, patut kedai cenderamata kena la buka. Kan orang mai, nak la beli something tapi tutup plak. Apa yang bleh dibuat sebagai tanda kenangan, hmm tak dak la kan.
 
Disebabkan musim kering, air pun takdak. Dulu aku ingat lagi, kalau masuk dalam gua tu, bunyi air berderu-deru. Sampai naik takut. Bunyi punyala kuat. Tapi hari tu, bunyi air pun takdak. Kering jer. Dah musim keringkan? Nak buat camna. Bukan kita minta tapi dah Allah bagi ujian pada kita dengan musim kering/kemarau.
 
Satu yang aku perasan la. Kat dalam tu ada laluan untuk nak ke bahagian perkhemahan. Aku tengok pagar dia besar la. Kalau sapa bawa anak umur 1 tahun ke 2 tahun ke, bleh jatuh. Sebab ruang antara besi tu besar. Tapi dah diberitahu, keselamatan tanggungjawab sendirikan, jadi beringat la mak pak yang bawa anak masuk situ. Budak kecik mesti nangis punya kalau masuk gua tu sebab kelam. Dah nama pun Gua Kelam. Tiket masuk murah ye kawan-kawan. Kanak-kanak 50 kupang ja. Dewasa seringgit. Aku tanya orang yang berniaga kat situ, orang tak ramai sebab kering. Tidak orang mai mandi, berkelah, sekarang dah kering orang malaih nak mai la. Ye la, nak mandi cam na. Takdak air.
 
Ni aku tempek gambar aku pi sana.










 
Hampa kalau nak pi sana, pi la time tak kering. Baru best dengaq deru air dalam tu. Aku pun ntah bila plak nak pi bercuti tak tau la. Kena kumpul duit lagi ler.
 
caucincau

1 comment:

ros_reeza said...

tahun lepas dah sampai Gua Kelam :)