Tuesday, 29 April 2014

Satu Penganiayaan...

apa yang aku nak cita ni berlaku dekat jiran aku. dia seorang ibu tunggal. anak ada 4 orang dari 2 asben. dua-dua asben dah meninggal. rumah dia dengan rumah aku dekat ja, kiranya dia jiran aku yang paling dekat. sebab kami dok di kampung, walaupun dekat tapi jarak satu sama lain adala dalam 30 meter camtu. kampungkan....ada jarak rumah yang dekat kemain sampai bumbung berlaga bumbung ada yang jauh cam kat kg aku nih..semuanya jarak satu sama lain camtu la lebih kurang.
apa yang aku nak cita nih, baru ni anak dia yang sulung kawin. dia ni aku pangge kak dariah. nak kata cerdik tak cerdik, nak kata bendul pun tak sangat. macam bodoh-bodoh cerdik la lebih kurang. dia ada abang, pun macam tu jugak la lebih kurang. so, kenduri ni dia bagi adik lelaki dia yang handle. buat kenduri pun di rumah adik dia. jauh la dari kampung kami nih. tapi mengenangkan jiran yang aku kenai dari kecik, aku pi jugak la walaupun hari kerja.
yang aku tak puas hati dan rasa kak dariah ni kena naya dengan adik dia sendiri sebab :
** kenduri tu membazir ya amat...orang tak ramai tapi lembu sekoq, ayam 4 pikui..aku bab pikui-pikui ni tak reti sangat tapi yang aku tau memang satu kuantiti yang banyak.. biaq balance la jemputan dengan makanan.mentang2 tak pakai duti depa, pakai duti pengantin,hentam ja beli barang kenduri..
**bilik untuk pengantin pun tak dak. dah tau kenduri buat di situ, confirm pengantin akan ada di rumah tu, siap la satu bilik untuk pengantin. takyah la hias cantik bagai, cukupla dengan bilik yang kemas. ni bagi pengntin dok dalam bilik anak bujang dia yang bersepah dengan baju. katil pun cadar tak tarik. aku tengok sendiri bilik tu..sian sangat kat penagntin.
** goodies lebih berlambak. sampai 2 plastik beg besaq. masa tu dah pukoi 4 petang. mana ada orang nak mai makan kenduri dah.
** duit salam yang kak dariah tu dapat cuma rm100++ ja. anak dia bagitau mak aku, yang tu ja mak bawa balik. yang orang sedekah kat pak lang tak tau la berapa.depa tak bagi kat mak pun.
** duit hantaran, rm8k++ pengantin hanya amik untuk beli rantai tangan. tu pun rega dalam rm1k++ ja pun. baki semua bagi kat pak lang dia untuk buat kenduri.
 
mak aku cita, malam tu jugak depa balik kampung. tak stay pun kat tempat kenduri tu. anak dia bagitau, petang tu 4 bekas nasi yang besaq, ayam dan gulai daging semua buang dalam sungai. aku sedih sebab membazir makanan tu.orang lain carik makanan dalam tong sampah, tengok dekat afrika, kurus kering sebab tak dak makanan, kita sampai membazir sangat2.
anak dia bagitau mak aku, nyesal buat kat rumah pak sedara dia, baik buat kat rumah ja. takpa la maklong,malas nak bising2.buat malu kat asben dia ja. tak tau nak jadi camni, lain kali beringat ja la. depa pangge mak aku mak long.
hmmmm nak kata apa, dengaq ja la..sian kak dariah..

2 comments:

Kakzakie Purvit said...

Tak baik betul pak saudara sendiri buat macam itu. Tapi itulah org baik dia tak mahu panjangkan bimbang jadi gaduh keluarga...

makchaq said...

Melampau sungguh..geram pulak dengaq... kesian kat pengantin & mak pengantin..
Memang orang yang diamanahkan tu tak amanah sangat2...