Tuesday, 28 October 2014

Langkah-Langkah Penjimatan Aku

harga minyak dah naik. confirm harga barang akan naik. toksah dok pikiaq kot mana pun, kita tetap kena trima. nak bergerak kena boh minyak. mahai ka murah ka kena jugak boh minyak. kalau dak, dok di rumah la saja.
aku pun dok terpikiaq, dulu makan pagi, beli. kuih dulu 3 ketoi rm 0.90 dah jadi 3 ketoi singgit. bihun singgit,ciputttt ja. nasi lemak 7 kupang ada lagi tau di market tapi sikittt la sangat. solutionnya...aku kena rajin. bawa bekai. dah bleh save 2,3 ringgit dah. bekai nasi makan pagi tahan sampai petang. malam2 masak siap2. pagi esok perangat ja. takat la ni dok buat cam tu la. nak buat camna lagi. tidak, nasi sikit, ikan, sayuq dengan air, pi la rm 5-6. tengok kedai gak. kalau kedai yang pisau tajam (sembelih rega)..sakit la..
heeee kalau yang ada tanah kat rumah tu, cuba2 la bercucuk tanam. kat rumah aku nih, tengah, tak dak dah ruang nak tanam apa pun. tanam pokok pandan pun dalam pasu. pokok daun kari pun dalam pasu. nasib la, rumah taman. rumah kampung lain la kan. tapi kena tengok gakla..kalau kat kampung aku, tanam  apa pun kera ja dok kacau. apa pun tak bleh tanam..selagi bleh berjimat, jimat lah apa yang boleh.

Monday, 27 October 2014

Corat Coret Eduwis Concert & Graduation Day


berlangsung pada ??? tarikh aku dah lupa..la hai..aku lupa betul tarikh program nih.


aturcara program. start pukoi 7 mlm..pukoi 6 mau ada dah di tempat program. tadika ni, sewa dewan Kulim Hindu Sabha. Last year buat dekat Hotel Seri Malaysia tapi pentasnya teramat kecik katanya, so, tukar place this year.


kad yang aku buat sempena hari guru dapat hadiah saguhati. aku buat kad, orang lain buat punya gempaq dengan barang recycle. camna nak menang. jadila saguhati pun


awai lagi. orang tak ramai. ha, besaq dewan nih. kalau aku bawa yang kecik tu mai, jenuh berlari la aku.


mak ain dan fizi yang ikut nak tengok mohsin 
buat persembahan


pengacara majlis. dari HQ Eduwis. Eva ka Adda nama dia. lupa lagi


ni student yang graduate tahun nih. 12 orang ja


persembahan kanak-kanak 4 tahun.


yang ni crita bawang merah bawang putih- umur 6 tahun


yang ni 5 tahun kalau tak silap






thai song







bergambar beramai-ramai dan nyanyi lagu 1 Malaysia


mohsin dok depan



hujan masih turun dengan lebatnya. dah habissssssss


baju putih dan seluar tu, tadika beli bagi untuk persembahan malam tu

Sunday, 26 October 2014

Salah Tempat Daaa

 
sukernyaaaaa depa dok dalam tuh..banyaknya bolaaaa...anak-anak aku punya la seronok dok dalam tuh..menjerit sakan. actually, dalam tu ada lagi la 2,3 mainan tapi yang tu gak yang depa suka.

 
tengok tu, baling sana baling sini. adik ain pun sakan. tapi dia tak dok sangat dalam tu. mau la jugak keluaq main mainan yang lain. mohsin, tak mau keluaq dari situ. lompat, baling bola, tidoq, macam2 la dia buat. sebenarnya, aku nak pi tempat mainan yang lain, sebab kawan aku kata, kat dalam AEON ada tempat mainan yang best. ada macam2 section, sains la masakan la.niat aku nak bawa anak aku pi situ la. sekali, salah tempat daaa..ni molly fantasy. mainan sikit ja, caj mahai. yang kawan aku cakap tu, ada di dalam AEON sendiri. ni yang outside punya. management lain. rugi aku. dah bayar token tak bleh cancel dah. aku dengan asben pun, lepas parking kat bahagian atas tu, turun escalator, nampak tempat ni, teruih masuk. tak check dulu dah. haaa terkena kau..rasa ralat sikit..tapi takpa, aku kata kat asben aku, kita mai lain kali..kita cari dulu kat bahagian mana. sebab nak cari sambil bawa 2 anak aku tu..alahai, lari keliling AEON tu la.ni pun lepas main, tak larat nak ligan. lari sana sini.
 
nak masuk dalam nih, rm5 utk 20 minit. ada la 6 mainan. 2 besaq, 2 cam rumah mainan, 2 lagi mainan kecik2..orang dewasa, sorang ja bleh masuk. kat bahagian luar, ada la game lain..ada yang 2 token , ada 1 token. kebanyakan 2 token la. ada game yang ada di tesco kulim, 1 token ja, mai sini kena 2 token. biasa la tempat mahai, caj lebih la kan?

Telekung Projek By Wawa

pernah dengaq telekung projek? yang dijalankan oleh seorang wanita yang budiman bersama anaknya.kat opis aku ni ada gak sorang yang buat camtu. telekung kat opis dia bawa balik, basuh. kat opis aku ramai gak pompuan tapi yang amik tender basuh telekung tu wawa la. masa dia cuti bersalin hari tu mira yang buat. aku? aku boleh amik bawa balik tapi nak bawa mai balik ke opis lambat la. takut satgi hari kamis bawa balik, hari ahad, telekung tak dak di surau, sebab aku tak basuh lagi.hahhaha...haru. kebanyakkan staf semayang guna telekung kat surau tu ja. aku punya stail, kain baju boh dalam bakui, esok baru basuh. baju aku dengan asben campur anak2 berapa lai ja. takkan nak basuh hari2.aku pun tak tau asai telekung tu sapa yang punya. tapi baguskan amik telekung basuh, dapat pahala. baguih si wawa nih. yang sedekah telekung pun dapat pahala sebab selagi orang guna telekung tu, sampailah pahala kepadanya. so, sapa yang ada banyak telekung kat rumah dari terperap ja, baiklah wakafkan kat surau pejabat ka, surau dalam taman ka. bagi kat orang yang memerlukan ka..banyak ganjarannya..selamat bersedekah..

Ikan Temenung Masak Sambal...Very Simple


sedap plak rasanya ikan temenung/kembung masak sambal yang aku beli kat kedai siam hari tu. aku pun cadang kat laki aku nak masak tu ja la untuk makan malam. lauk tu la saja semata-mata yang aku dan nak buat. sebabnya balik keja koi 5, sampai kat rumah pukoi 5.15, nak besiang ikan lagi.koi 6 nak kena pi amik anak dah. masak la apa yang sempat. laki aku tak la berkira sangat bab makan ni, sambai tumis memang dia suka. nak plak ikan temenung tu goreng garing-garing. perghhh best. nak plak ikan baru, manis dan fresh lagi sedap. tapiiiii...beli di market pun payah nak dapat ikan baru kecuali pi beli kat tempat turun ikan. cam kat tanjung dawai ka, memang fresh la.
tapikan, aku kalau masak, suka boh carot. tu yang nampak karot tu. suka sangat aku dengan carot nih. jadi cam bahan tambahan dalam tu..
aku tak tulis resepi sebab simple ja masakan nih. saja nak crita apa yang aku masak. hari ni pun nak buat temenung masak sambal. pi kedai buah nak cari buah pelam, tokey kata, buah pelam sudah habis. mai habis, mai habis oo..banyak laku..fenomena jeruk pelam asam boi la tu..

Saturday, 25 October 2014

Ini Anak Saya..Nur Qurratun Ain..

ni la anak aku, dah 2 thn umuq dia. sangat la aktifnya dia. nak bawa bejalan pun payah. reja nak lari ja. dah pandai dah nak pakai deodoren, nak pakai lipstik, nak pakai mascara. mak ain diakan jenis melawa, dia dok tengok depa pakai, dia pun ikut la. aku jenis jarang mekap2 nih.
 
 
 
tak berapa jelas gaya dia buat nih. anak sedara aku
yang snap gambar


 
tu ha, muncung mulut dia. gaya ni tak dak sapa suruh. cakap ja buat gaya, pandai la dia buat.





sengih ja adik ain..suka la tu
 
 
 
 
sangat la rapat dengan abah din dia. serius..kalau keluaq makan, abah din dia yang akan jaga. baru ni, mak aku pi operate mata, berapa hari dia tidoq dengan abah din dia. tak bagi pun depa mintak. tau kat mak mertua aku, kena marah nih.

My Simple Breakfast

tadaaaaaa... ni la breakfast aku hari jumaat hari tu. sebenarnya, aku tengok resepi kat buku resepi di rumah biras aku. nama asai, coney dog kalau tak silap..rasanya la..sebab pakai roti hot dog. tapi kat rumah tak dak roti tu, aku guna roti pita. ada la aku ubah suai sikit2..sebab aku tengok gitu ja.lupa bahan yang betoi.
 
 
tapi, asas dia lebih kurang la.
 
bahan2 :
roti pita
daging kisar - daging apa pun tak pa
sos spageti
bawang merah
bawang putih
garam sikit
 
cara2nya :
tumis bawang merah dengan bawang putih
masukkan daging kisar
masukkan sos spageti (ikut la byk ka sikit)
goreng sampai daging tu masak
boh garam sikit
goreng bagi kering sikit
 
roti pita, panaskan di atas api
belah dua roti tu
isikan dengan inti yang dimasak tadi
dalam roti tu, boh la daun salad, timun, bawang besar
dah boh inti, tuang sos sikit
 
then....ready to ngap
 
hmmm boleh bawa bekal pi kerja ni..kena dua biji, kenyang dah. bleh save duit makan tengah hari.
 
p/s : kuantiti bahan ikut la banyak mana suka k.
 
 

Jeruk Pelam Asam Boi..Femesssss

tu diaaaaa..mai nah..jeruk pelam asam boi. amboi sakan depa dok boh dalam instagram la, dalam fb la. ha, aku tengok pun teruja. pelam dengan asam boi..memang la best kan? 



balik kerja hari khamis lepas, aku pi kedai buah. 2 biji pelam sala campur dengan asam boi sepeket, all together rm 6.70. ha, murahkan. balik rumah, aku dengan pantasnya, ptong buah pelam tu, boh gula, potong cili api, boh garam sikit, boh semua sepeket asam boi tu. 



ha, ni dia, besaq ni pelam sala. memang puas la. dapat 2 bijik besaq2 nih. kalau potong kecik2 dapat la banyak. aku potong agak besaq la jugak. 


dari 2 bijik, dapat banyak nih, puas makan. depa dok juai, balang kecik ja rm10, ada lagi dasat rm12. campuq dengan kos pos, rm8.. buat sendiri, modai tak banyak mana. puas pun puas. aku buat petang, malam dah licin. bukan ada orang lain makan, aku dengan laki ku ja. sedappppp sangat.

bahan-bahannya :
cili api - ikut banyak mana suka
asam boi sepeket
buah pelam - yang rapuh lagi cantik
gula - ikut kesesuaian
garam sikit

cara buat : 
potong pelam ikut suka la nak potong bentuk macam mana,
campuq semua bahan tadi,
gaulkan
boh dalam peti ais dalam sejam dua
makan masa sejuk2..
perghhhh...terangkat..

selamat mencuba.. kalau sapa malaih nak buat, habaq mai kat aku.aku tolong buat. sebekas besaq cam kat atas tu, aku caj rm20.. kos pos asing ler..hehehehe

p/s : satg nak buat lagi.ketagih la plak.

Wednesday, 22 October 2014

Fenomena Jeruk Pelam Dengan Asam Boi

tu diaaaa..la ni jadi fenomena plak, jeruk pelam dengan asam boi..ada yang juai sebekas rm 5 ada yang juai sebalang kecik rm10..kalau sapa rajin tak payah beli, buat la sendiri. modai tak besaq, senangggg ja nak buat. chewahhh, aku cakap ja, aku pun tak buat lagi. balik satg baru nak pi cari pelam. aiseyyy sedap plak rasa yang kawan bagi nih. dah la letak kat atas meja aku. aku perabih satg, jangan marah arrr...
takpa, aku cuba sedaya upaya akan buat sendiri..
benda mudah, baik cuba buat kan?

Sunday, 19 October 2014

Integriti..

la ni kat paper dok keluaq crita bab integriti saja. kat sana kena tangkap pasai rasuah, sini kena tangkap pasai rasuah. pegawai kastam, berapa orang yang kena tangkap,pangkat besaq besaq plak tuh. kalau yang besaq pun makan, yang kecik takkan tengok saja kan? biasanya anak buah tengok orang atas buat atau orang lama buat, depa pun ikut la skali. takkan depa nak makan sorang dak? yang terbaru di kuala sepetang. baru dok ingat nak pi makan mi udang kuala sepetang yang femes tu. tak sangka plak kawasan yang tenang macam tu ada ada aktiviti salah plak. nah amik kau, 5 agensi sekali terlibat. aku pun baca kat paper la ni. bab mesin judi haran pun tak selesai lagi walaupun dah kena rush banyak kali. kebai sungguh depa nih. moga yang bertanggungjawab akan tingkatkan usaha dan yangdok buat kerja jahat, tak amanah tu, sedaq-sedaq la noh..di sini selamat, akhirat belum tahu lagi. tahniah kepada pihak berkuasa yang jujur dan amanah buakt kerja.

Wednesday, 15 October 2014

Orang Atas

apa maksud orang atas? aku merujuk kepada orang yang berpangkat besaq. aku pangkat kecik, hampa pangkat besaq kot?manager ka, ketua supervisor ka, engineer ka, ketua jabatan ka, apa saja la. kadang-kadang orang atas ni ada ego depa sendiri. mentang-mentang pakat besaq, orang respect, pegang plak title, jurutera daaerah, pengarah jabatan, eksyen bukan main nooo.. orang bawah buat salah, amboiiii sakan kena tindakan, kalau salah tu dari pihak hampa bleh plak dok buat diam. aci ka macam tu? yang hampa tau, kerja kena betoi.cuba guna perikemanusiaan sikit. salah sikit bagi surat, salah bagi surat.pakai la tolak ansur sikit. kalau nampak salah tu, bukan main lagi nak amik tindakan. ada setengah tu, pakat sama tapi bila dok di ibupejabat eksyen macam pegawai besaq. yang macam tu pun ada..apa punya manusia.
aku memang menyampah dengan orang perangai cam ni. ingat hampa masuk kubuq esok Tuhan tanya ka hampa mati pangkat apa? tarak la oiii..aku pernah ada bos yang ya ampunnnnn punya teruk la nak kena layan. macam menteri. menteri pun kalah.ish ish..awat la jadi camni? bukan keturunan kerabat pun, orang biasa ja tapi title ketua pengarah..jangan kata kami, orang lain pun heran, nanti aku cita. kenangan melayan ketua pengarah yang tak tau nak describe. hahahah bila dah pencen, ada orang ingat. sori la..tak heran pun. selisih bahu pun tak layan oiii...
aku pernah kursus sekali dengan sorang pegawai nih, punya la sombong. fresh graduate, dapat jawatan pegawai..aiseyyy..sombong ya amat, aku tanya kawan aku yang kerja sekali dengan dia.hmmm depa dok berdoa bila pompuan sombong ni nak pindah. ada gak yang tak tinggi mana jawatan, tapi dah dia pegang kewangan, semua perkara bab duit kena rujuk dia. waaa besaq la pala tu. aku pun pernah kena dengan dia. kan bleh dok tanya pasai claim tak tentu hala. memang kena la. padahai duit kita. contohnya, hari ni la, submit claim hujung bulan 9, hr ni baru tau claim reject, sakit tak hati. semua tengah bengang dengan dia nih.. tu la punca aku tulis entri ni.heeeeeee selamat membaca..

Mainan Harga

boleh dikatakan hampir setiap hari pasaraya ada buat promosi kan? tambah-tambah nak raya , tak kira la raya melayu ka, cina ka, india, ka serani ka, messsssti ada promosi barangan, jualan murah tahap gaban walaupun tak la murah tera mana pun. ada setengah barang tu aku perasan, cam sama ja rega dengan sebelum sale. tak pun kurang singgit dua ja. kalau yang ada depa tampal rega baru atas rega lama tu, cuba koyak elok2 yang di atas tu, dapat la tgk betoi ka rega tu kurang.
kat tempat aku nih, ada 2 pasaraya besaq. tak yah la sebut nama. tapi bagi aku, dua2 tak bleh pi kalau nak beli barang keperluan. cthnya, susu anak ka, pampers ka, apa saja la. sebab,pasaraya besaq ni, boh kat iklan, susu dutch lady 123, 456 promosi 21.90rm, tulis kat situ harga asai rm30.00 kurang rm8.10. padahai, kat pasaraya kecik macam minat supermarket tu, memang dok juai dah rega rm21.90 tu. pi kat pasaraya shaan ka, carnival ka rega sama ja. kalau beza pun takat rm0.50 ja pun. yang kata pasaraya besaq ni saja nak buat promo, kata kalau beli kat depa jimat banyak, pigi dah bohong semata-mata. aku cukup meluat tgk iklan camtu yang depa dok mai hantaq kat rumah.
kalau pasaraya besaq ni buat promosi susu contohnya, terhad untuk satu orang 5 pack, kalau habis atas rak tu pakai tak dak dah la. kena tunggu time loading barang plak. pukoi 2 katakan, pukoi 2 baru nak boh barang tu kat rak. kalau mai nak beli pukoi 11 pagi, pakai balik tangan kosong la. aku pernah kena sebab tu aku brani cakap. aku pi sampai 2 kali. pagi sekali, kata time petang nak loading barang. pi petang kata petang sikit. rega susu offer rm 19.90 se pek. aku pun pulun nak pi beli..bleh la jimat duit sikit. penat pi ja la, apa pun tak dak. lastly, beli la kat supermarket dekat rumah..senang crita kan????

Makanan Di R&R Dan Food Court

sapa yang suka makanan di foodcourt dan hentian r & r? angkat tangan tinggi-tinggi...hmmmm tak nampak ponnnnn.. tak dak la tuuuu.. ok, aku memang tak suka beli makanan di hentian r & r atau foodcourt. kalau bleh avoid, avoid la dari beli sebab bila beli, mesti akan komplen. melainkan ada kawan rekemen, sizzling kat situ sebab, ok, kita try. sebabnya satu, rega mahai, rasa? nak kata bleh tahan pun tak bleh kata.cth, kawan aku beli spageti di foodcourt tesco, rega rm7..mahai kan tapi rasa, macam spageti yang tak berapa lembut tu digaul dengan sos.bleh bayangkan?apa pun takada dlm spageti tu. hampehhhh geram betoiii..
tak padan dengan rega.
aku beli makanan di hentian r & r, bihun sup.kuah macam air masak ja.bahan ada la secubit ayam, bihun keras. telan ja sementara nak sampai rumah. nak memilih kedai mana satu best, tak dak pun yang aku tau best.aku pun heran awat yang kualiti makanan depa tak standard dengan rega. mahai dan tak sedap. kalau sedap pun, apa masalahnya. hampa yang masak takkan tak bleh rasa masakan hampa sedap atau dak.kalau nasi berlauk tu ok biasanya, yang jenis, mi sup, bihun sup ni. aku rasa ni bukan aku saja yang kata macam tu, ramai yang sependapat dengan aku rasanya.
apa solutions? bawa bekal sendiri.heeee

Tuesday, 14 October 2014

First Trial

hampa suka makan semperit? biskut yang bentuk bunga tu. sebab masa aku study kat UiTM dulu, semperit aku bawa, bentuk bunga, semperit kawan aku panjang plak. aku pangge semperit, dia pun kata biskut dia bawa semperit.mana satu yang betoi?lantak la, janji bleh makan dan sedap. nak dijadikan crita, aku memang suka semperit tapi semperti susu la. semperit yang pakai tepung kastard aku tak suka. bulan posa hari tu aku dah ada resepinya, kawan aku bagi tapi aku perammmm ja. malaih nak buat.lagipun mak mertua aku order dari adik-adik dia. tak payah la buat. makan ja yang mak order.
tapi memandangkan buttercup dalam peti sejuk tu dah lama, aku beli masa bulan posa masa rega seketoi rm 3.49, ishhh nak buat apa dengan buttercup nih? so, aku pun tengok resepi yang dok terperam tu, try la buat. dengan gembiranya masa hari raya haji pertama, dengan semangat waja dan penuh semangat aku pun stat buat.bahan-bahannya amatlah mudah. buttercup seketoi,susu pekat setengah tin, tepung jagung 600 gm dan sikit esen vanilla. putaq buttercup dengan susu sampai sebati, pastu boh tepung jagung dengan esen vanila.gaul sampai sebati cantik semua,bleh la stat tekan. haaa tang tekan nih,masalah pertama aku.sebabnya, aku tak pernah dok tekan pun semperit nih, bila dah tekan, oiiii bunga aku ada yang senget, ada yang kembang lebih, ada yang meninggi bunganya. hmmm first tray memang la tak cantik. second tray baru la bunga nampak cantik sikit.
masalah kedua, tima bakaq biskut tuh. aku guna api atas bawah, jadinya, terlebih la masak biskut tu. kaler jadi kuning cam nak hangit sikit. tapi rasa still ok. ok la tu, baru first time buat. aku nak set time pun tak reti.boh 20 minit, cam hangit, boh 15 minit, tak masak plak. semuanya kaler sama ja biskut aku tu. takpa, nanti aku buat lagi. aku try api bawah saja. acuan pun kena beli sendiri sebab hari tu pinjam cu aku punya. ok, lepas ni try buat kek karot plak. yes, kena cuba buat.ni pun ada niat nak buat juai.heeee berangan kuat betoi aku nih.

Mak Dah Balik..yeyyyyy

yeyyyy mak aku dah balik dok kampung. sebelum ni mak aku ikut abang aku pi dok di Klang. sebulan la aku tak balik kampung. sebabnya, ada adik ja. malaih la nak balik. lagipun depa kerja, mana ada orang kat rumah. tapi sebelum raya haji mak balik. abang aku, mak dan kakak ipaq semua balik. abang aku nih, kawin sama tahun dengan aku tapi belum ada anak, belum rezeki. wife dia keturunan jawa. kami pangge dia kak manja. baru ni dia balik buat pecal.sedappppp.. rugi aku tak bawa balik pecal tu sikit. tapi lain la dari pecal yang aku tau sebab ada mi kuning, aku ingat pecal tu bahasa baku, sebab ala-ala pecal kami pangge gado-gado.cubanya tak ada mi ja. suka sangat aku sebab bila dah berkumpul ramai-ramai, tengok astro sama-sama, sembang -sembang criat bab tu, bab nih, best la aku rasa. malam tu kat astro ada crat penanggal, pastu layan astro first, crita seram gak. nasi tangas, ok la..not bad sangat.. tapikan, laki aku tak brani tengok sebab seram katanya. diakan dok masuk hutan, takut katanya. hahhaha anak aku dua-dua berjaga tengok crita tu. yang mak aku dok tanya abang aku, bila hampa nak tidoq, abang aku jawab, mata semua dok besaq gi tengok tv. bila nak tidoq. yang Mohsin plak dok bersembang dengan fakrul tak berenti2..ndak plak abang aku beli mainan sorang satu. lagi la ralit depa main. best moment i guess bila berkumpul camni.

Dapat Cucu Lagi..

kalau dah adik beradik ramai, pastu anak sedara lebih tua dari mak sedara, confirm la akan jadi tok awai. tok tu maknanya nenek la. cam aku nih, 2.10.2014 hari tu, anak sedara aku bersalin anak kedua, maknanya bertambah la sorang lagi cucu sedara aku. aku dah lupa berapa cucu aku ada. haaa elok la kalau jadi tok pun sebab dah lupa bilangan cucu sedara. anak sedara aku ada 33 orang, daripada 32 tu, 7 dah kawin, 2 daripadanya lebih tua dari aku, sorang sama umur dengan aku, 6 orang dah beranak pinak, sorang ja kawin dah lama tak beranak lagi. la ni amik anak adik dia jaga.cam anak angkat la. cucu aku rasanya ada 15 orang. malas nak kira, agak-agak ja la.heeeee
time raya, bajet duit raya memang ketat la. anak sedara plus cucu sedara plus sepupu yang kecik2..sakit la. yang dah kerja tolak tepi dah. tak payah bagi. tapi sekarang duit raya mana mau rm1 kan, lekeh2 pun rm 5. gamak ka nak bagi rm1 kat anak sedara kan?ha cuba pikiaq.oleh sebab mak dia amik plan perlindungan wanita yang bila bersalin bleh claim tu, aku pun try la hantaq claim dia. dapat memang akan dapat tapi tak tau la berapa rm, stay 3 malam tapi dia bersalin hari kedua. cam tak dapat penuh ja, dapat 2 malam pun jadi la kan? dari tak dapat langsung.
haaaa aku ni hamper pun tak beli lagi. nanti la aku g cari.hamper yang aku dah bayar pun tak beramik lagi. jangan dia juai kat orang lain sudah. nangis aku.heee hamper pun bukan murah, mahai gak oo..tengok pada barang la kan. takpa, yang penting ikhlas. itu yang lebih penting kan?

Ain Is Turning 2

alkisahnya, anak dara aku tu dah umur 2 tahun. aku ni rancang la dengan abah dia nak pi makan-makan kat luar. biasanya yang nak join makan - makan ni aku anak beranak, famili abah din , family pak ngah dia. kutip-kutip ada la dalam 15 orang semuanya. tapi amatla dukacitanya, kedai yang kami aim nak pi tu, tutup la plak. kami ni dok di kulim, nak pi makan di Bandar Putra Bertam tu. awat yang jauh sangat? sebab tokey kedai tu baik dengan abang ipaq aku. kami makan sebelum ni, 4 ekoq ikan siakap, bersama dengan makan-makanan lain cthnya kailan ikan masin, teluq bungkus, sup tulang, somtam kos baru rm 150. murahkan? tu yang kami nak pi situ. depa tutup sebab raya haji pakat balik pattani semuanya. lambat la plak nak bukak kedai. so, aku dah tempah kek besday, buat potong kek ja la. goreng nugget, kentang  dengan hotdog, cicah dengan sos. jadila..sambutan kecil-kecilan. nanti kedai dah bukak kita makan la besar-besaran..hahahaha...yang lawaknya, aku tempah kek tu kat kawan mak ain, aiseyyy spelling plak salah. ingat orang muda yang buat, rupanya orang tua. hmmm sabar ja. nasib kek sedap.. tulisan dia agak la tak cantik.. nak buat camna, nanti cari orang lain la..

Monday, 13 October 2014

Tahniah Mohsin..

14.9.2014 (ahad) hari tu, tadika anak aku ada pertandingan nyanyian. singing competition. anak aku masuk untuk kategori 4 tahun. kiranya under nursery. dia nyanyi lagu one little two, indian boys..aku dah selalu dengaq dia nyanyi lagu nih. tadika dia rajin buat aktiviti. story telling baru ni dia dapat saguhati ja. so, yang ni pun aku tak la harap sangat. al budak-budak..masuk ja la apa yang cikgu suruh.
masa turn penyampaian hadiah tu, aku dok tunggu la, bilaaa turn mohsin, sebab yang cenderahati dah setel, aikkkk anak aku dapat top 3 ka? heeee no 3 dah pangge, no 2 dah pangge, first prize, mohd mohsin ikmal.. MC pun, sebut nama pun salah..ikmal mohsin jadi mohsin ikmal.. waaaa tahniah mohsin, dapat no 1. la ni kan, dia dah pandai bukak almari yang kami dok simpan piala abah dia dapat masa dulu-dulu, piala pak long dia dapat, dia kata, abang nak tengok piala abang. ada kat dalam nih.chewahhhh baru 2 je mohsin..bagi la dapat banyak sikit..heeee anak kecik, dapat piala dah seronok padahai yang satu tu saguhati ja pun.

Tulis La Direct..

aku memang tak suka dan memang menyampah bila kat paper kuar crita produk ni ada bahan merbahaya, produk ni ada bahan yang boleh menyebabkan kanser, minuman ni ada racun berbahaya, syarikat ni buat bihun dengan cara kotor, pengeluar roti benggali ni uli doh dengan kaki...bla bla bla..tapi nama produk haram tak disebut, nama company tak ditulis nama syarikat boh kiasan, produk terkenal keluaran sebuah syarikat.. hampa ingat semua tau ka syarikat mana yang kuarkan produk femes.. kadang a kata produk ni femes, b kata produk ni yang femes.. kan baik hampa tulis secara terang dan jelas. baru la orang faham, orang akan berhati-hati tak beli produk jahanam tu. baru la orang ramai akan avoid dari beli produk syarikat tu. ni tulis guna kiasan..mana orang nak tau. kalau dah sah ada bahan kimia, dah sah hampa tangkap depa tengah uli doh roti dengan kaki, tulis ja nama syarikat tu, baru orang tau si pengotoq tu.. geram aku bila baca paper, tak tulis dengan jelas. serupa juga la dengan orang terkenal yang kena tangkap, bekas ahli politik tu, bekas penyanyi tu..tulis terang-terang.. senang crita.

Pertandingan Futsal Rembat Kasi Golllllll..........

pertandingan futsal ini mendapat kerjasama daripada KEDA daerah Kulim, Komuniti 1Malaysia Kg Sg Seluang, Pejabat YB Sabrina dan juga Pejabat Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu. ALhamdulillah, sumbangan yang diberi dapat digunakan untuk menjayakan program ni. Penyertaan pada asainya 16 team tapi masa hari pertandingan hanya 12 team yang dapat hadir. ok la tu, banyak gak tu. yuran penyertaan aku caj hanyalah rm 40 per team. agak murah katanya tapi matlamat aku bukan nak kaut untung cuma nak merapatkan hubungan antara team kawasan fokus aku dengan jabatan-jabatan kerajaaan yang lain. tean kawasan fokus aku yang dapat join hanyalah 4 team daripada 6 team. short 2 team. tu yang aku macam tak hepi.
pengadil pertandingan ni aku jemput yang memang qualified punya, yang dapat certificate untuk jadi pengadil. senang crita, aku tengok kawan aku anjur dulu, ramai yang komplain pasai pengadil sebab depa amik kawan2 ja jadi pengadil. so, aku tak nak orang komen pasai pengadil sebab main bola ni jangan buat main-main. bleh bergaduh nih. aku bagi la saguhati sikit kat dia. sebab tak la mencabar sangat tournament ni katanya, dia pernah handle yang lebih besaq dan lebih havoc lagi daripada nih. pengdail tu pun staff kami tapi dari daerah berbeza. rupanya ramai gak staff jabatan aku yang ada qualified pengadil, aku yang tak tau.
untuk hadiah, aku bagi cash dengan hamper. asainya untuk tempat pertama sampai ketiga tapi dah ada duit lebih, aku bagi la jugak hamper untuk tempat keempat. dsat gak tema yang main nih. aku punya kawasan fokus punya team menang tu, tempat pertama dengan ketiga. so, jangan pandang rendah kat team kawasan fokus ni. berbisa uuuu..
aku berjaya buat program ni dengan bantuan kawan2 sepejabat aku. makan, kami masak sendiri sebab lebih jimat dari nak cari katering. hadiah hamper aku dapatkan sumbangan dari cikgu asmadi (pemuda umno), nurizan agency dan syarikat pembekal yang aku selalu guna untuk nak claim LO.haaa tak lupa, bank rakyat kulim, bagi jugak 2 hamper. terima kasih yerr semua. walaupun ada yang berdengki dengan aku , hasut staf yang di pejabat aku jangan bantu aku buat program tapi berjaya juga aku buat. bagi aku, benda ni aku boleh buat, aku cuba buat. cari sumbangan, cari tempat nak main, cari penyumbang hamper. apa la yang didengkinya sangat dengan aku nih. benci aku. tepon sana sini bagitau, aku buat program tak jemput orang tu tak jemput orang nih. buat apa aku nak jemput sedangkan depa tak dak kepentingan dengan program aku nih. aiseyyy orang tu memang sakitkan hati aku la. sabarrrr ja la. moga kau dapat la balasannya. hati busuk la hang ni.


dengaq taklimat dulu..syarat pertandingan pa semua dulu


pakat-pakat la ligan bola


ha..kepong kepong jgan bagi lepas


sapa menang dapat hadiah..hamper dan wang tunai


amik gambaq kenangan dulu sebelum bersurai bersama dengan pemenang-pemenang