Wednesday, 15 October 2014

Makanan Di R&R Dan Food Court

sapa yang suka makanan di foodcourt dan hentian r & r? angkat tangan tinggi-tinggi...hmmmm tak nampak ponnnnn.. tak dak la tuuuu.. ok, aku memang tak suka beli makanan di hentian r & r atau foodcourt. kalau bleh avoid, avoid la dari beli sebab bila beli, mesti akan komplen. melainkan ada kawan rekemen, sizzling kat situ sebab, ok, kita try. sebabnya satu, rega mahai, rasa? nak kata bleh tahan pun tak bleh kata.cth, kawan aku beli spageti di foodcourt tesco, rega rm7..mahai kan tapi rasa, macam spageti yang tak berapa lembut tu digaul dengan sos.bleh bayangkan?apa pun takada dlm spageti tu. hampehhhh geram betoiii..
tak padan dengan rega.
aku beli makanan di hentian r & r, bihun sup.kuah macam air masak ja.bahan ada la secubit ayam, bihun keras. telan ja sementara nak sampai rumah. nak memilih kedai mana satu best, tak dak pun yang aku tau best.aku pun heran awat yang kualiti makanan depa tak standard dengan rega. mahai dan tak sedap. kalau sedap pun, apa masalahnya. hampa yang masak takkan tak bleh rasa masakan hampa sedap atau dak.kalau nasi berlauk tu ok biasanya, yang jenis, mi sup, bihun sup ni. aku rasa ni bukan aku saja yang kata macam tu, ramai yang sependapat dengan aku rasanya.
apa solutions? bawa bekal sendiri.heeee

No comments: