pertandingan futsal ini mendapat kerjasama daripada KEDA daerah Kulim, Komuniti 1Malaysia Kg Sg Seluang, Pejabat YB Sabrina dan juga Pejabat Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu. ALhamdulillah, sumbangan yang diberi dapat digunakan untuk menjayakan program ni. Penyertaan pada asainya 16 team tapi masa hari pertandingan hanya 12 team yang dapat hadir. ok la tu, banyak gak tu. yuran penyertaan aku caj hanyalah rm 40 per team. agak murah katanya tapi matlamat aku bukan nak kaut untung cuma nak merapatkan hubungan antara team kawasan fokus aku dengan jabatan-jabatan kerajaaan yang lain. tean kawasan fokus aku yang dapat join hanyalah 4 team daripada 6 team. short 2 team. tu yang aku macam tak hepi.
pengadil pertandingan ni aku jemput yang memang qualified punya, yang dapat certificate untuk jadi pengadil. senang crita, aku tengok kawan aku anjur dulu, ramai yang komplain pasai pengadil sebab depa amik kawan2 ja jadi pengadil. so, aku tak nak orang komen pasai pengadil sebab main bola ni jangan buat main-main. bleh bergaduh nih. aku bagi la saguhati sikit kat dia. sebab tak la mencabar sangat tournament ni katanya, dia pernah handle yang lebih besaq dan lebih havoc lagi daripada nih. pengdail tu pun staff kami tapi dari daerah berbeza. rupanya ramai gak staff jabatan aku yang ada qualified pengadil, aku yang tak tau.
untuk hadiah, aku bagi cash dengan hamper. asainya untuk tempat pertama sampai ketiga tapi dah ada duit lebih, aku bagi la jugak hamper untuk tempat keempat. dsat gak tema yang main nih. aku punya kawasan fokus punya team menang tu, tempat pertama dengan ketiga. so, jangan pandang rendah kat team kawasan fokus ni. berbisa uuuu..
aku berjaya buat program ni dengan bantuan kawan2 sepejabat aku. makan, kami masak sendiri sebab lebih jimat dari nak cari katering. hadiah hamper aku dapatkan sumbangan dari cikgu asmadi (pemuda umno), nurizan agency dan syarikat pembekal yang aku selalu guna untuk nak claim LO.haaa tak lupa, bank rakyat kulim, bagi jugak 2 hamper. terima kasih yerr semua. walaupun ada yang berdengki dengan aku , hasut staf yang di pejabat aku jangan bantu aku buat program tapi berjaya juga aku buat. bagi aku, benda ni aku boleh buat, aku cuba buat. cari sumbangan, cari tempat nak main, cari penyumbang hamper. apa la yang didengkinya sangat dengan aku nih. benci aku. tepon sana sini bagitau, aku buat program tak jemput orang tu tak jemput orang nih. buat apa aku nak jemput sedangkan depa tak dak kepentingan dengan program aku nih. aiseyyy orang tu memang sakitkan hati aku la. sabarrrr ja la. moga kau dapat la balasannya. hati busuk la hang ni.
dengaq taklimat dulu..syarat pertandingan pa semua dulu
pakat-pakat la ligan bola
ha..kepong kepong jgan bagi lepas
sapa menang dapat hadiah..hamper dan wang tunai
amik gambaq kenangan dulu sebelum bersurai bersama dengan pemenang-pemenang
No comments:
Post a Comment