Saturday 25 October 2014

Jeruk Pelam Asam Boi..Femesssss

tu diaaaaa..mai nah..jeruk pelam asam boi. amboi sakan depa dok boh dalam instagram la, dalam fb la. ha, aku tengok pun teruja. pelam dengan asam boi..memang la best kan? 



balik kerja hari khamis lepas, aku pi kedai buah. 2 biji pelam sala campur dengan asam boi sepeket, all together rm 6.70. ha, murahkan. balik rumah, aku dengan pantasnya, ptong buah pelam tu, boh gula, potong cili api, boh garam sikit, boh semua sepeket asam boi tu. 



ha, ni dia, besaq ni pelam sala. memang puas la. dapat 2 bijik besaq2 nih. kalau potong kecik2 dapat la banyak. aku potong agak besaq la jugak. 


dari 2 bijik, dapat banyak nih, puas makan. depa dok juai, balang kecik ja rm10, ada lagi dasat rm12. campuq dengan kos pos, rm8.. buat sendiri, modai tak banyak mana. puas pun puas. aku buat petang, malam dah licin. bukan ada orang lain makan, aku dengan laki ku ja. sedappppp sangat.

bahan-bahannya :
cili api - ikut banyak mana suka
asam boi sepeket
buah pelam - yang rapuh lagi cantik
gula - ikut kesesuaian
garam sikit

cara buat : 
potong pelam ikut suka la nak potong bentuk macam mana,
campuq semua bahan tadi,
gaulkan
boh dalam peti ais dalam sejam dua
makan masa sejuk2..
perghhhh...terangkat..

selamat mencuba.. kalau sapa malaih nak buat, habaq mai kat aku.aku tolong buat. sebekas besaq cam kat atas tu, aku caj rm20.. kos pos asing ler..hehehehe

p/s : satg nak buat lagi.ketagih la plak.

1 comment:

jerukmanggaasamboi said...

Saya ada jual Jeruk Pelam Asam Boi Banjir untuk sekitar Seri Hartamas, Bukit Kiara, Mutiara Damansara, Manjalara, Gombak dan Kuala Lumpur

Jeruk Pelam Asam Boi Banjir ini dibuat dengan penuh citarasa. Anda pasti berselera, Dijamin Bersih & Halal. Saya mempunyai stok buah pelam/ mangga muda yang segar dari ladang dibuat mengikut tempahan semasa.

Ada 2 saiz bekas :

Saiz kecil - RM 5.00
Saiz Besar - RM 10.00
Saiz ikut kilo bagi majlis 15.00
Beli banyak ada diskaun lagi.

★ boleh request tahap kepedasan★
- Extra pedas
- Sederhana pedas
- Kurang pedas

Hubungi saya @ sms @ Whatsapp : Kak Nor 0173837039
Saya suka berhubung whatsapp untuk tempahan segera.

Penghantaran adalah percuma bagi tempat yang dinyatakan.Selain daripada itu dikenakan bayaran penghantaran.

http://jerukpelamasamboi.blogspot.com